Jom Nikmati Masakan Peranakan di Restoren Madam Zee , Ancasa KL


Huda memang suka explore macam-macam jenis makanan dan salah satu favourite huda adalah masakan peranakan kerana ianya mempunyai rasa yang unik. Ia melambangkan citarasa Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum seperti Melayu dan Cina. Ia juga mencerminkan kekayaan warisan masyarakat Peranakan dalam setiap juadah seperti yang huda telah nikmati di restoren Madam Zee di AnCasa KL tempoh hari. 

Jom Nikmati Masakan Peranakan di Restoren Madam Zee , Ancasa KL

Restoren Madam Zee , Ancasa KL

Restoren Madam Zee yang terletak di Mezzanine Floor di AnCasa Hotel Kuala Lumpur merupakan restoren yang menghidangkan Peranakan Cuisine atau juga di kenali dengan masakan Baba Nyonya. Restoren ini beroperasi enam hari seminggu ( tutup pada hari Ahad) dan mempunyai dua waktu operasi. Iaitu pada lunch hours (11.30am - 3.00pm) dan Dinner ( 6.00pm - 9.00pm). Huda sangat rekemen korang mencuba sendiri makanan di sini dan rasai keunikan rasanya yang lain dari yang lain. Huda berpeluang menikmati makan tengahari di sini yang pastinya menjadi gastronomic experience yang takkan huda lupakan! 

Ruang Restoren yang Selesa

Saat melangkah ke dalam restoren Madam Zee, huda sudah terpukau dengan dekorasi restoren yang aesthetic dan sangat selesa. Di sini ada ruangan makan secara terbuka dan juga ada private room. So perfect untuk korang yang buat private event dan juga santai-santai makan bersama kawan-kawan dan keluarga.

Keunikan Masakan Peranakan di Madam Zee 

Masakan Peranakan adalah campuran bahan masakan  Cina dan kaedah memasak serta rempah ratus Malaysia/Indonesia.  Maka, proses penyediaan masakan peranakan ini kebiasaanya memerlukan penyediaan yang agak kompleks dan terhasillah rasa masakan yang sangat sedap! 

Menu Signature Wajib Cuba

  Nyonya Menu yang huda nikmati sepanjang lunch di restoren Madam Zee , AnCasa KL
 
APPETIZER | Nyonya Pai Tee 


Nyonya Pai Tee Top Hats Filled with Julienne Jicama (Sengkuang), Sliced Omelette, Cilantro and Prawns with our Homemade Chilli Sauce

Honestly, rasa Nyonya Pai Tee kat sini sangat berbeza dengan pai tee yang pernah huda makanan sebelum ni. Rasa kombinasi semua bahan dan homemade sauce sangat sedap! Serius korang memang tak cukup satu tau! 

APPETIZER | Nyonya Ngoh Hiang

Menu pembuka selera yang kedua , Huda try di sini adalah Nyonya Ngoh Hiang - Chicken Roll Stuffed dengan Diced Chicken, Sengkuang dibalut dengan Five Spiced Powder dan juga  kulit Tauhu. Perfect blend rasanya. Sangat sedap dengan setiap suapan. 

MAIN COURSE CHICKEN | Ayam Buah Keluak 


Hidangan signature untuk masyarakat Baba Nyonya yang penuh adat istiadat dan tradisi. Buah keluak juga dikenali dengan nama buah kepayang. Rasa menu Ayam Buah Keluak yang unik dan boleh di katakan sedikit mirip dengan ayam gulai masyarakat melayu di tambah dengan rasa lemak dari Buah Keluak. 


Close up buah keluak yang sudah di masak dan di makan bersama nasi. Sangat unik rasanya, korang wajib try okay! 

MAIN COURSE SEAFOOD | Ikan Chili Garam Melaka 




Menu Ikan Chili Garam Melaka ini nampak macam simple jer kan? Ikan talapia goreng dan sambal. Tapi rasa ikan yang segar, sambal yang tak terlalu pedas namun penuh dengan rasa. Laju jer bertambah nasi makan lauk ini sebab kombinasi ikan goreng yang di masak sempurna, tidak terlalu kering namun cukup crispy memang sedap! Ramuan masakan yang hanyalah chili dan garam. Unik kan? 

MAIN COURSE SEAFOOD | Udang Sambal Petai 




Peminat petai wajib makan ni! Ini antara menu favourite huda sebab rasa petai yang segar dan juga udang segar bersaiz sederhana yang di masak sempurna. 


SIDE DISH VEGETABLE | Sayur Masak Lemak Keledek 




Rasa sayur masak lemak keledek ini cukup berbeza dengan sayur masak lemak yang kita biasa makan tu tau! Dengan kuah lemak yang pekat dan kombinasi sayur dan juga keledek memang padu rasanya. 



DESSERT | Nyonya Cendol 


Penutup santapan masakan Peranakan di sini adalah Nyonya Cendol. Kalau korang yang tak suka manis, this one is so perfect untuk korang. Santan yang digunakan sudah di masak dengan garam memberi rasa lemak yang cukup sedap! Bagi huda sedap dan unik rasanya sebab cendolnya tak manis. 



Owh ya, sepanjang makan di sini, minuman yang dihidangkan adalah Longan Tea eksklusif ramuan di restoren Madam Zee. Sedap dan refreshing lepas minum. Longan tea ini banyak tau manfaatnya untuk kesihatan dalaman wanita. 

Kesemua hidangan yang Huda telah cuba di restoren Madam Zee  ini mempamerkan keseimbangan rasa yang rumit—manis, masam, pedas dan masam—yang mentakrifkan masakan Peranakan. So korang, huda dah try. korang bila lagi?!


Untuk maklumat lanjut layari 
https://www.ancasahotels.com.my/ancasa-hotel-kuala-lumpur
Tempahan :+603 2026 6060 ext 7705






Post a Comment

0 Comments