GL Play Tawar ‘Play Lóng Lóng’ Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Istimewa Sempena CNY 2024


Cuti Perayaan CNY dan cuti sekolah pada hujung minggu ni, apa perancangan anda? Jom luangkankan masa bersama keluarga dan grab promosi istimewa ‘Play Lóng Lóng’, GL PLay -‘ultimate leisure hub’   di sekitar Selangor bermula dari 6 Februari sehingga 10 Mac ini. Antara tempat menarik yang wajib anda terjah  adalah Taman Air SplashMania di Gamuda Cove, Banting dan juga FunPark di Gamuda Luge Gardens, Rawang.

GL Play Tawar ‘Play Lóng Lóng’ Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Istimewa Sempena CNY 2024

 ‘Play Lóng Lóng’ - Promosi Combo Paling Seronok! 


Pada majlis media preview ‘Play Lóng Lóng’ huda sempat luangkan masa di Splashmania dan saksikan majlis perlancaran yang meriah di sini dengan persembahan menarik! 


“Pada Tahun Naga yang bertuah ini, kami di Gamuda Land menjemput anda untuk bermain ‘Play Lóng Lóng’ tidak hanya di SplashMania, Gamuda Cove tetapi juga di FunPark, Gamuda Luge Gardens. Di mana kami telah menyediakan pelbagai persembahan untuk cuti sekolah anak-anak anda!

“Kami bercita-cita untuk menyediakan pakej kombo, di mana semua orang boleh merasai pengambaraan pada tahun baru. Malah, GL Play bukan sekadar hab riadah sebaliknya kami adalah kanvas yang menghidupkan budaya Malaysia,”
- Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Liong Ve Lyn.

 Seronok Sertai Aktiviti Treasure Hunt di Splash Mania  

Selepas majlis perlancaran , kami semua para media menyertai pertandingan treasure hunt sekitar splashmania. Alhamdulillah, tak sia-sia 2 jam terokai dan lengkapkan segala misi yang diberi, huda berjaya meraih tempat kedua! 


Tarikan Terbaru di Splashmania 


Bukan itu sahaja, buat pengemar aktiviti ekstrim Taman Air SplashMania turut menawarkan dua tarikan baharu yang bakal menguji tahap adrenalin anda. SplashMania turut memperkenalkan dua tarikan baharu iaitu Zoomi’s Runway dan Sky Leap.



Landasan Zoomi Runway iaitu zipline yang akan membawa anda turun daripada Kapal Amazonia ke Omba’ King Cove sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Sempena ‘Play Lóng Lóng’ anda kini boleh menikmati harga promosi yang digabungkan dengan Surf Mania pada harga RM30 satu tarikan RM50 untuk dua tarikan dan RM60 untuk ketiga-tiga tarikan tanpa had (unlimited).

Lebih menarik lagi mereka yang memiliki tiket Taman Air SplashMania boleh menikmati diskaun ekslusif sehingga 50% untuk tarikan lain di Gamuda Cove. Anda boleh memilih ‘Adventure Pack’ atau ‘Nature Pack’ dan melawat ke Wetlands Pusat Arboretum untuk melihat alam semula jadi.

Pakej ini sah selama dua bulan selepas pembelian, so anda cukup masa untuk redeem nanti!

Aktiviti Meriah Sempena CNY di SplashMania dan FunPark





Sempena perayaan CNY pengunjung akan menikmati  pelbagai aktiviti dan persembahan tradisi perayaan Tahun Baru Cina seperti tarian naga, persembahan Orkestra Cina.

Paling di nantikan Skuad Splash akan tampil dengan pakaian Tahun Baru Cina ketika bertemu dengan para pengunjung sepanjang perayaan ini.

Anda juga dapat melihat Dancing Dreamer di atas pentas sementara Soaring Dragon (naga) akan terbang untuk membuat persembahan yang memukau di mana anda juga boleh melepaskan sifat pahlawan anda dengan persembahan ‘Kung Fun Mania’.

Aktiviti lain ditawarkan adalah ‘Giant Lo Sang’ dan persembahan klasik permainan ‘naga dan tangga’ selain terdapat pelbagai barangan cendramata menanti. Jadi tunggu apa lagi jangan lupa untuk rasai pengalaman yang penuh kejutan dan kegembiraan sepanjang musim ini.

GL Clix - Nikmati Photo Digital Percuma 

Uniknya di Splashmani ada pasukan paparazi SpalshMania juga  sentiasa bersedia untuk merakamkan aksi para pengunjung di sini. 

Anda juga boleh memuat turun secara percuma foto digital menerusi aplikasi di GL Play. GL Clix juga akan menawarkan kombo sempena Tahun Baru Cina yang unik untuk dibawa pulang sebagai kenangan. So pastikan singgah dahulu ke GL Clix sebelum anda keluar dari taman tema air Splashmania ini. 

Harga bagi kombo tersebut adalah RM180 dan tetamu akan mendapat gambar bercetak di dalam bingkai dan magnet bertema Tahun Baru Cina.


Jadi tunggu apa lagi? Ajak keluarga atau rakan-rakan anda raikan Tahun Baru Cina ini di Gamuda Cove dan Gamuda Luge Gardens. Tempah tiket anda sekarang di aplikasi GL Play atau layari laman sesawang di sini.

Post a Comment

0 Comments