Menikmati Mango Cheese Cake di Kula Cakes, Kuantan



Siapa jer tak tahu tentang mango cheese cake yang viral dari Kula Cakes Kuantan Pahang ni! Huda ni dah tahu lama, tapi bertahun-tahun tak berkesempatan nak pergi. Alang-alang ada kerja di Kuantan beberapa bulan lepas, huda pun cari hotel untuk menginap yang berdekatan dengan Kula Cakes ni, semata-mata nak pergi food hunting sini. Adakah betul-betul sedap Mango Cheese cake yang viral di Kula Cakes ni? 

Menikmati Mango Cheese Cake di Kula Cakes, Kuantan


  Lokasi Kula Cakes, Kuantan


Kula Cakes terletak di alamat No 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

So kalau korang ke Menara Teruntum, lintas jalan atau naik jejantas ke Kula Cakes. Buka setiap hari pada pukul 10 am hingga 6 petang kecuali hari Isnin. Isnin Kula Cakes tutup tau, so pastikan nak ke sini , bukan hari isnin. Kalau tak kesian korang datang jauh-jauh, kempunan pulak nanti.

Latar Belakang Kula Cakes

Kula Cakes bermula dengan membekalkan Manggo Cheese Cake kepada Restoran Lila Wadi sebagai pencuci mulut pada tahun 2011. Kemudian Manggo Cheese Cake mendapat populariti dan telah menjadi kegemaran ramai. Setahun kemudian Kula Cake membuka kedai untuk memenuhi keperluan peminat Manggo Cheese Cake.
Kula Cakes memulakan perniagaan dengan Manggo Cheese Cake dan perlahan-lahan menambah lebih banyak variasi kek seperti pavlova, kek coklat, Red Velvet dan banyak lagi. Rangkaian kek adalah sangat minimum kerana Kula Cakes memberi tumpuan kepada produk utama iaitu Manggo Cheese Cake dan memastikan kualiti terbaik dalam produk dan perkhidmatan mereka.

Harga Mango Cheese Cake

Harga untuk dine in RM 8.96, kalau korang nak beli whole kek pun boleh. Harga 500g - RM 63.6 dan harga untuk 1 kg RM 95.4 . 

Sedap ke Mango Cheese Cake Viral ni?


Nah view close up 1 slice mango cheese cake yang viral tu. Fuh, lepas satu suapan, memang sedap! Suapan kedua pun seterusnya terus puji, sedap yer!!! No wonder viral. Tak manis sangat, perfect blend rasa masa mangga dan cheese! 

beli 1 slice jer share dengan encik suami. Makan ni dengan kopi. Murah juga harga kopi kat sini.

 Bulan ni  ada urusan kerja di Kuantan, rasa macam nak repeat lagi beli Mango Cheese cake ni. Fuh teringat-ingat, rasanya memang tak sama kat tempat lain! 

Kula Cakes juga menerima tempahan , untuk info lanjut korang boleh hubungi mereka :-
Cakes Order:
Call / Whatsapp : +60179711296

Customer Service:
Call / Whatsapp: +60143671908

Email: kulacakes@yahoo.com

Follow social media 
Instagram : https://www.instagram.com/kulacakes/
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064268876544

Post a Comment

0 Comments