Rawatan Melasma Terbaik di Renora Clinic


Kecantikan dan kesempurnaan wajah bebas cela memang impian setiap wanita termasuk diri huda sendiri. Sedih kan bila muka kita ada masalah hyperpigmentasi seperti melasma. Mungkin boleh pudarkan dengan concealer dan foundation untuk tambah keyakinan diri setiap kali keluar, tapi masalah melasma ini sangat wajar di atasi segera!. Melasma adalah keadaan di mana terdapat bintik-bintik gelap atau coklat pada kulit, biasanya di bahagian muka. Melasma boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti hormon, pendedahan matahari, penggunaan produk kosmetik atau ubat-ubatan tertentu.

Apa itu Melasma ?

Satu jenis hiperpigmentasi khusus ialah melasma, keadaan yang menjejaskan majoritinya wanita, namun ia juga berlaku pada lelaki. Walaupun ia juga merupakan sejenis keadaan yang dicirikan oleh tompok kulit yang lebih gelap, melasma dibezakan daripada bentuk hiperpigmentasi lain terutamanya oleh puncanya; bukan hanya berkaitan matahari, melasma disebabkan sebahagiannya oleh perubahan hormon dalam badan. Inilah sebabnya mengapa melasma sering dirujuk sebagai "pregnancy mask" kerana wanita hamil lebih berkemungkinan mengalami keadaan ini. 

Malah, melasma ditemui lebih kerap pada wanita - hamil atau tidak - sebahagiannya disebabkan oleh sebab hormon ini. Melasma juga dirujuk sebagai "mask kerana ia hampir selalu menyasarkan muka seseorang, mengakibatkan tompok gelap kulit pada dagu, pipi, hidung dan bibir . 



Melasma kadangkala boleh ditemui di bahagian lain badan, biasanya yang terdedah kepada lebih banyak pendedahan matahari, seperti bahu. Walaupun tidak berbahaya, lokasi tompok gelap ini boleh menyebabkan ketidakselesaan di khalayak ramai

Punca Melasma


Punca melasma adalah kompleks; ia merupakan gangguan fotopenuaan dalam individu yang terdedah kepada punca yang boleh menyebabkan melasma berlaku. Melasama adalah merupakan salah satu jenis pigmentasi yang terhasil daripada pengeluaran berlebihan melanin oleh melanosit (sel pigmen); sama ada melanosis epidermis melanosis dermal, melanophages. 

  • Pendedahan matahari dan haba — cahaya ultraungu dan kelihatan menggalakkan penghasilan melanin
  • Perubahan hormon — kehamilan dan penggunaan kontraseptif oral yang mengandungi estrogen/progesteron, peranti intrauterin, implan, dan terapi penggantian hormon, terlibat dalam 1/4 wanita yang terjejas; gangguan tiroid (terutamanya hipotiroidisme) boleh dikaitkan dengan melasma
  •  Ubat – terapi sasaran baharu untuk kanser dan ubat antiepileptik 
  •  Produk wangi — sabun wangi, peralatan mandian dan kosmetik boleh menyebabkan reaksi fototoksik untuk mencetuskan melasma

Rawatan Melasma




Rawatan melasma bergantung kepada punca dan tahap keparahan masalah kulit tersebut. Rawatan melasma boleh merangkumi kaedah-kaedah seperti:

- Penggunaan krim pemutih atau pencerah kulit yang mengandungi bahan-bahan seperti hidrokuinon, asid azelaik, asid kojik, arbutin atau vitamin C. Krim-krim ini bertujuan untuk mengurangkan penghasilan melanin, pigmen yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
- Penggunaan krim pelindung matahari (sunscreen) setiap hari dengan SPF sekurang-kurangnya 30. Ini penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit dan memburukkan melasma.
- Penggunaan rawatan laser atau cahaya berintensiti tinggi (IPL) yang bertujuan untuk menghapuskan sel-sel kulit yang mengandungi melanin berlebihan. Rawatan ini boleh memberikan kesan yang cepat dan ketara.
- Penggunaan rawatan kimia (chemical peel) yang menggunakan bahan-bahan asid seperti asid glikolik, asid salisilik atau asid trichloroacetic untuk mengelupas lapisan atas kulit dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru yang lebih cerah. Rawatan ini juga boleh memberikan kesan yang baik, tetapi memerlukan masa penyembuhan yang lebih lama dan mempunyai risiko kesan sampingan yang sama seperti rawatan laser atau IPL.
- Penggunaan ubat-ubatan oral seperti tranexamic acid atau glutation yang bertindak sebagai antioksidan dan menghalang penghasilan melanin. Ubat-ubatan ini boleh membantu mengurangkan melasma, tetapi perlu diambil dengan nasihat doktor kerana mempunyai risiko kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, alahan atau gangguan hati.

Rawatan melasma bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan segera atau sekali sahaja. Ia memerlukan komitmen dan konsisten daripada pesakit untuk menjaga kulit dengan baik dan mengelakkan faktor-faktor pencetus melasma. Selain itu, pesakit juga perlu bersabar dan realistik dengan hasil rawatan, kerana melasma mungkin tidak hilang sepenuhnya atau mungkin berulang semula. Oleh itu, pesakit perlu berunding dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan melasma yang sesuai dengan keadaan kulit mereka.

Pengalaman Rawatan Muka di Klink Renora



Minggu lepas huda dapatkan rawatan wajah di Renora Clinic di Bangi. Tujuan utama huda adalah nak cek tahap kesihatan kulit seterusnya mendapatkan rawatan dari pakar. Maklum lah umur di hujung 30-an ni, memang berisiko untuk mengalami masalah melasma. Gaya hidup huda yang aktif, kerap travel dan suka aktiviti di pulau, buatkan huda kerap terdedah dengan UV . Di mana ianya adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang pigmentasi  seperti melasma.



Selepas skin analysis, dapat result skin aging mula di ketara dan hyperpigmentation mula di kesan di sekitar dahi dan pipi. Selepas pemeriksaan kondisi kulit huda yang agak kering, treatment pertama yang huda perlu buat adalah hydration treatment. Sangat bagus skin analysis di Renora Clinic. Pakar akan pastikan kondisi kulit sihat baru boleh buat laser treatment. Kalau laser treatment di buat ketika kulit kering atau pernah ambil bahan aktif skincare yang boleh rosakkan kulit, procedure laser akan di tangguhkan. Itu pentingnya, kita pergi ke klinik yang pakar bukan sekadar pergi buat rawatan laser tanpa skin analysis yang terperinci.


Sesi konsultasi dengan Dr. Ruhil sangat berinformatif , macam-macam info tentang kesihatan kulit, tips jaga kulit dan macam-macam lagi. Sangat berpuas hati dapat konsultasi dari doktor yang pakar.

Antara tips yang paling penting untuk huda amalkan sekarang ini adalah rawatan awal Melasma

Sesi Rawatan Wajah di Renora Clinic



Huda sangat berpuashati dengan rawatan yang diterima. Staff di Renora sangat professional dan berikan khidmat terbaik. Bukan sekadar facial treatment, bonus dapat massage sekali. Memang seronok dapat "me time" di sini. 

Rawatan akan datang

InshaAllah, akan datang huda akan datang semula ke Renora Clinic untuk dapatkan rawatan Brigthening Laser. Rawatan ini efektif dan bestnya tiada "downtime". So dapatkan huda cerahkan tona kulit serta merawat pigmentasi dari dalam lapisan kulit supaya kulit lebih cerah dan tidak kusam. Dan ianya merupakan alternatif terbaik bagi rawatan melasma. 


Rawatan lain di Renora Clinic Bangi 

  • Acne Scar Treatment
  • Under Eye Dark Circle Treatment
  • V-Shape Face Treatment
  • Slimming Treatment
  • Laser Treatment ( Minor surgical - Xanthelasma/Skin Tag)
  • Body and hair treatment


RENORA CLINIC BANGI

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

• Facebook: Renora Clinic
• Instagram: @renora_clinic

Alamat:
C-11-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Post a Comment

0 Comments