Pengalaman Buat Treatment Back Pain dan Slip Disc di The Rehab & Physiotherapy




Sejak huda di zaman sekolah rendah, huda dah alami kemalangan yang menyebabkan huda hampir lumpuh kerana jatuh kerusi sebab abang huda tarik time huda nak duduk. Segar dalam ingatan, masa itu di dapur . nak makan. Abang Huda yang memang suka bergurau, dia menarik kerusi sebelum sempat huda duduk. Sejak itu bermula la episod huda sakit belakang dan hampir lumpuh. Ingat lagi, huda terpaksa pakai tongkat time tu. Keadaan sakit huda itu kembali menjadi lebih teruk selepas melahirkan anak sulung. Maka, minggu lepas huda luangkan masa pergi bertemu dengan pakar fisioterapi di The Rehab dan Physio untuk periksa tahap kesihatan tulang belakang huda yang kini kembali mula terasa sakit-sakit.

Gejala dan Punca Back Pain dan Slip Disc


Gejala-gejala Slipped dics yang huda alami adalah sakit belakang dan juga huda pernah alami sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah) 

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.Punca berlakunya sakit belakang dan slip disc ni kebiasaanya

  • Perubahan kepada disc
  • Kecederaan otot
  • Postur tidak betul
  • Patah tulang belakang (jarang)
  • Kelemahan otot stabiliti

Punca sakit huda pula sebab jatuh terduduk yang menyebabkan berlakunya kecederaan pada otot dan hentakan kuat pada tulang belakang.


Bermula dengan gurauan, ia mungkin mendatangkan mudarat yang berkekalan kepada mangsa.
Ia bukan perkara yang lucu, mangsa akan terjatuh dalam posisi terduduk dan boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang.

Bergantung pada tahap serius kecederaan,
Ia boleh menyebabkan mangsa lumpuh dari pinggang ke bawah. Mangsa akan alami masalah tidak dapat mengawal kencing dan berak sehingga perlu memakai lampin atau tiub kencing.

Untuk jangka masa panjang, pesakit boleh alami pelbagai komplikasi lain akibat terlantar lama. Sampaikan mesej penting ini kepada anak anak. Hentikan gurauan tarik kerusi- Public Health Malaysia

Rawatan Back Pain Dan Slip Disc



Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan antaranya

1)Senaman dan regangan untuk sakit belakang

Antara rawatan slip disc yang berkesan adalah senaman dan regangan. Terdapat beberapa cara senaman yang anda boleh cuba:
  • Pelvic tilt
  • Hip rolling
  • Lower abdominal exercise
  • Cat and camel 
  • Hip Extension

2) Rawatan Fisioterapi

Rawatan fisioterapi dijalankan oleh ahli terapi fizikal. Ia bertujuan untuk mengurangkan sakit dan menguatkan otot belakang dan abdominal. Rawatan slip disc ini berkesan dan melegakan rasa sakit belakang untuk jangka masa panjang

Pengalaman Buat Treatment dengan Pakar Physiotherapy di The Rehab & Physio



Mungkin orang kata, sakit belakang atau pun back pain ini boleh jer pergi mengurut. Tapi korang tahu tak ?
Kaedah urutan atau massage hanya membantu melegakan lenguh-lenguh badan, relaxation dan melancarkan pengaliran darah. Teknik yang dia gunakan adalah menggunakan tangan dan tekanan semasa urut, dengan ilmu yang mereka pelajari dari orang lain.
Manakala ahli Fisioterapi telah mendapat bimbingan dan pendidikan serta pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M) dari institusi pendidikan yang bertauliah. Ianya juga merupakan salah satu cabang dalam bidang perubatan bertujuan membantu mengembalikan fungsi badan atau keupayaan fizikal manusia ke arah paling optimum.


Okay, huda nak kongsi pengalaman dan rawatan yang huda dapatkan di The Rehab & Physio Sebelum treatment, pakar fisiotherapy bertanya jenis penyakit yang kita alami Kemudian sesi treatment bermula.


Antara treatment yang dapatkan adalah :-



1) Manual Therapy


2) Electrotherapy dan Heat Therapy
3) Senaman/Rengangan Otot



Selepas treatment, memang rasa sangat lega. Segala perkongsian ilmu dan tips senanam untuk mengurangkan sakit dari pakar memang sangat bermanfaat. Harap huda rajin praktikkan sendiri di rumah nanti. 

Senarai Rawatan di The Rehab & Physio

1)Terapi manual merujuk kepada rawatan tangan terhadap otot, tendon, ligamen dan gangguan sendi. Teknik terapi manual digunakan untuk meningkatkan pergerakan terhad, meningkatkan kebolehlanjutan tisu, mendorong kelonggaran, memodulasi kesakitan, memperbaiki corak pergerakan dan mengurangkan pembengkakan tisu lembut.

2) Pemulihan neurologi ialah program yang khusus untuk mereka yang mengalami masalah neurologi seperti strok, kecederaan otak traumatik, kecederaan saraf tunjang atau sebarang keadaan yang melibatkan otak dan atau saraf badan. Program ini biasanya memberi tumpuan kepada membantu pesakit mencapai kebebasan dalam aktiviti harian.

2) Pemulihan kecederaan sukan menangani semua keadaan dan/atau kecederaan yang dialami semasa sukan atau aktiviti. Matlamat kami adalah untuk membantu memulihkan atlet kepada pra-kecederaan atau keadaan optimum mereka untuk mengurus dan mencegah kecederaan atau komplikasi selanjutnya.

3) Elektroterapi termasuk pelbagai rawatan menggunakan arus elektrik untuk mengurangkan kesakitan, meningkatkan peredaran, membaiki tisu dan menguatkan otot. Ini termasuk rawatan seperti rangsangan saraf elektrik transkutaneus (TENS), arus interferensi (IFT), ultrasound terapeutik dan rangsangan otot elektrik (EMS).

4) Senaman terapeutik melibatkan pergerakan yang ditetapkan untuk membetulkan kecacatan, membaiki fungsi otot dan rangka dan/atau mengekalkan keadaan kesejahteraan. Ini boleh termasuk senaman aerobik, rintangan, fleksibiliti dan neuromotor yang diberikan oleh ahli fisioterapi



Berminat untuk dapatkan rawatan boleh hubungi  untuk tempahan :- 
The Rehab & Physiotherapy
Alamat :
No-24 G, Jalan SP 5/4, Pusat Perdagangan BSP, , Jenjarom, Malaysia
Tel dan Whatsapp : 011 5553 2903

Post a Comment

0 Comments