Selamat Pagi yang indah dari Dayang Resort Semporna. Awal pagi hujan, kami dah mula rasa down, dapat tak nak terjun main air lagi hari ni. Alhamdulillah, lepas solat subuh, hujan berhenti dan kami terus keluar bilik menikmati pemandangan matahari naik. SubhanaAllah. Rasa syukur, Allah hadiahkan sinar indah untuk kami pagi ini. Kami hanya ada beberapa jam sahaja sebelum check out dari Dayang Resort, maka haruslah manfaatkan setiap detik barulah rasa berbaloi dengan kos ribuan ringgit yang kami dah laburkan demi percutian di tengah laut di sini.
Dayang Resort Semporna, hanya ada 5 unit sahaja. So memang terasa eksklusif dapat stay di sini.
Selepas breakfast, kami terus pakai life jacket dan ready untuk main kayak dan juga snorkeling di sekitar resort. Luangkan sejam dua sebelum bersiap untuk kemas.
Kami terpaksa check out awal sebab Air Asia reschedule flight kami ke Kota Kinabalu. Agak sedih juga harus rushing. Namun disebalik kekalutan nak kemas beg, nak check out, nak tuggu boat balik ke darat, sempat juga kami rakamkan moment indah di sini. Staff di Dayang Resort ni memang sangat-sangat baik. Gambar dan video kami diorang yang offer untuk ambilkan.
View dari beranda bilik kami. Cantik kan? Memang hati ni tertinggal di Semporna. Bila entah boleh datang sini lagi.
Alhamdulillah,cuaca okay, perjalanan menaiki speed boat pagi ni lancar. Tak sampai 10 minit dah sampai jeti. Dan terus jumpa driver dari NH Travel untuk bawa kami ke airport Tawau yang memakan masa 1 jam 30 minit dari jeti Semporna. Alhamdulilah, perjalanan dipermudahkan Allah dan kami selamat sampai ke Airport Tawau dan ready nak fly ke Kota Kinabalu.
Senyuman birthday boys. Trip ni untuk anak-anak, semoga mereka ingat sampai bila-bila. Birthday trip Abang Arif ke 11 dan Adik Hakim ke 9, tahun 2023.
Sampai ke Kota Kinabalu Airport terus kami jumpa staff NH Travel untuk ambil kereta sewa untuk road trip Kota Kinabalu-Kota Belud-Kundasang. Ini kereta sewa kami untuk 3 hari 2 malam. Mantap juga kereta baru Alza ni. Overall kereta sewa dari NH Travel memang semua mantap-mantap tau! Rekemen korang nak bercuti ke Sabah hubungi mereka untuk sewa kereta dan pakej travel.
On the way dari KK ke Kota Belud, singgah di Likas beli makanan. Antara yang menarik adalah nasi lemak ni. RM 1.00 jer tau. Sedap la juga , buat alas perut perjalanan kami lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kota Belud.
Nampak tak Gunung Kinabalu di sebalik awan tu? Alhamdulillah, selamat sampai sebelum malam. Time ni pukul 6 petang. Lagi setengah jam nak azan maghrib time ni.
Anak-anak manfaatkan setengah jam sebelum azan maghrib, sempat lagi diorang mandi air sungai. sejuk lah juga. Tapi dah nama yer budak kan, apa diorang kisah. Pengalaman tu yang lebih penting.
Macam tak percaya.. Dalam masa 1 hari, Sunrise di Semporna, dan Sunset di Kota Belud.
One by one Allah makbulkan impian travel kami. Syukur...
Waktu malam kami keluar dari homestay dan jalan-jalan menikmati deruan air sungai di Nahandang Melangkap Homestay and Campsite, Kota Belud, Sabah. Stay tuned for next adventure! Esok kami nak ke Kundasang pula!
1 Comments