The Raw. Bawakan Konsultasi Penjagaan Kulit Secara Langsung Kepada Rakyat Malaysia di Shopee Live


The Raw., jenama penjagaan kulit tempatan mendidik pengguna tentang kepentingan memiliki kulit sihat melalui Shopee Live. Syarikat ini mengendalikan sesi interaktif secara langsung yang membawakan konsultasi penjagaan kulit, ilmu berinformasi tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap produk mereka, dan meningkatkan kesedaran terhadap rangkaian penjagaan kulit mereka yang dicipta khusus buat rakyat Malaysia.



Pakar penjagaan kulit The Raw. yang berpengetahuan menawarkan konsultasi secara langsung buat pengguna yang berkongsi masalah kulit mereka dan seterusnya berbincang tentang produk yang disokong sains terbaik dan rutin berdasarkan jenis kulit di Shopee Live. Mereka berkongsi pengalaman peribadi dengan pelbagai jenis serum, tunjuk gambar sebelum dan selepas, dan menjelaskan sains disebalik bahan aktif dalam produk dan keberkesanannya untuk jenis kulit berlainan. Kaedah ini memupuk semangat komuniti dalam kalangan penggemar penjagaan kulit, dan mencipta ruang selamat untuk mereka didengari, difahami, dan diperkasakan untuk menjaga kesihatan kulit mereka.

Antara soalan yang ditanya penonton ketika strim langsung adalah: ‘Saya ada masalah kulit kering, bolehkan saya gunakan produk solusi jerawat?’, ‘Bolehkah saya campur serum niacinamide dan asid askorbik?’ Adakah produk ini akan menyebabkan saya berjerawat?’ ‘Bolehkah serum arbutin digunakan oleh wanita mengandung atau menyusu?’ dan banyak lagi. Pakar berkongsi nasihat bermakna tentang bagaimana untuk menggunakan sesuatu produk.

“Shopee Live merupakan alatan berguna buat The Raw. untuk berhubung dengan rakyat Malaysia dan berkongsi kepakaran penjagaan kulit kami. Kami percaya konsultasi dalam talian dan perkongsian kaedah penjagaan kulit membantu kami membina kepercayaan pelanggan sementara membantu kami lebih memahami tentang keperluan penjagaan kulit mereka. Saya berharap untuk berterusan untuk menggunakan Shopee Live untuk mendidik rakyat Malaysia tentang sains di belakang kesihatan kulit untuk membantu mereka mencapai matlamat kulit sihat,” kata Adibah Mazlan, pengasas The Raw., dan ahli farmasi berdaftar.

Keputusan The Raw. untuk menggunakan Shopee Live sebagai saluran untuk mendidik terbukti membawakan kejayaan dengan lebih 30% daripada pesanan mereka adalah dari strim langsung pada 2023. Tahun ini sahaja, 31,000 produk mereka telah terjual, enam kali ganda lebih banyak daripada tahun sebelumnya. Syarikat ini merancang untuk meningkatkan frekuensi strim langsung dari 110 jam ke 140 jam seminggu, dalam misi mereka untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kulit buat rakyat Malaysia.

"Dagangan secara langsung telah membawa revolusi dalam cara pelanggan berhubung dengan jenama, dan The Raw. merupakan contoh terbaik dalam transformasi ini. Kami percaya Shopee Live membawakan saluran unik buat jenama untuk menjalankan perbualan dua hala pada skrin, berkongsi informasi bermakna, dan menunjukkan produk mereka secara interaktif. Kami berbangga mempunyai The Raw. dalam Shopee Live dan akan berterusan menyokong mereka berkembang di platform ini,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.

.


Gambar sebelum dan selepas Adibah Mazlan yang menggunakan produknya sendiri selama tiga bulan untuk memperbaiki kulitnya

Produk The Raw. dicipta dengan bahan yang terbukti secara saintifik yang sesuai digunakan untuk mengatasi beberapa masalah kulit seperti jerawat, kedut, dan kulit kering. Sejak pengenalannya pada 2020, produk mereka telah terjual lebih 47,000 di Shopee. Produk terlaris mereka ‘Acne Spot Drying Solution’, telah membantu lebih 17,000 rakyat Malaysia yang mengalami masalah jerawat, dengan hampir 2,000 botol terjual setiap bulan.

“Semangat saya terhadap penjagaan kulit berasal daripada pengalaman saya dalam memperbaiki masalah kulit berjerawat saya. Saya mendapati kebanyakan produk di pasaran mempunyai formula bahan aktif berperatusan tinggi yang mungkin tidak sesuai untuk semua jenis kulit untuk menyelesaikan masalah khusus kulit mereka, dan saya mahu memperbaiki masalah ini. Dengan pengetahuan farmaseutikal dan perubatan, The Raw. dilahirkan untuk membawakan produk selamat, berkualiti tinggi, efektif, dan paling penting produk mampu milik untuk kulit rakyat Malaysia,” akhiri Adibah.

No comments