TEMPAT MAKAN MALAM PALING BEST DI KELANTAN #KBBSTEAK

Food hunting ke Kelantan nak makan di mana yang best? Hah, artikel kali ni huda nak kongsi dengan korang semua, port wajib singgah untuk makan malam bersama keluaraga dan kawan-kawan iaitu di KBB Steak. Tempat makan malam paling best ni menawarkan suasan restoren yang diberi nafas baru dan lebih selesa. Pilihan menu yang pelbagai dan pastinya harganya yang mesra poket!

Kelantan Syurga Makanan

Setiap kali huda dan keluarga pergi ke Kelantan memang rambang mata nak pilih nak makan apa. Memang tak dinafikan Kelantan ni ibarat syurga makanan, perfect place for food hunting untuk foodie macam huda ni! Jika pada waktu pagi dan tengahari dah makan nasi, waktu malam huda prefer nak cari makanan western style.


KBB Steak - Steakhouse Terkenal di Kelantan


Pilihan terbaik untuk nikmati hidangan steak yang sedap dan mewah pastinya di KBB Steak! Majoriti orang Kelantan mesti tahu lokasi restoren ni. Bertempat di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, berhadapan JKR Kelantan. Restoren KBB Steak kini berwajah baru, semakin selesa untuk pelanggan. Walaupun restoren sudah di naik taraf, namun harga tetap sama! Terbaik lah KBB Steak. Keselesaan pelanggan diutamakan. 



Pilihan Menu di KBB Steak


Di KBB Steak, bukan sekadar menghidangkan steak sahaja namun terdapat pelbagai pilihan menu antaranya burger dan pasta. Steak pula terdiri daripada pelbagai jenis pilihan dan baka berbeza. Huda boleh katakan, restoren yang hidangkan makanan mewah dan premium ni sangat mesra poket pelanggan, so boleh makan bersama keluarga pada bila-bila masa.







Keunikan di KBB Steak

Antara keunikan di KBB Steak adalah cara masakan steak yang menggunakan arang. So rasa steak di sini memang padu! Korang kena cuba sendiri baru tahu!!

Paling huda suka makan di KBB Steak ni, selain makanannya yang sedap-sedap, layana staff semua mesra pelanggan memang menambahkan pengalaman menarik di sini. So huda memang huda bagi 5 bintang untuk makanan dan juga servis disini. 100% rekemen korang datang sini ok!

Cawangan KBB Steak

KBBSteak ada 2 outlet, satu di Kota Bharu, Kelantan dan satu lagi di Kuala Terengganu. So korang kalau ke Kelantan dan Terengganu wajib singgah food hunting ke KBB Steak. Confirm puas hati dan nak repeat lagi. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari https://kbbburgerandsteak.com/

Post a Comment

1 Comments

Sue Izza said…
makin maju doh klate lamanyaaa atak balik rinduuuuuu huhuuuu...