Borneo Trip 2023 - Day 2 | Semporna

 


Hari kedua Borneo Trip  2023 kami luangkan masa seharian di atas laut di Semporna. Another wishlist granted! Alhamdulilah, syukur sangat-sangat dan sampai sekarang terasa mimpi bila semua plan Allah permudahkan. Kami check out dari hotel Seafest, dan terus jalan kaki 180 meter lebih kurang 2 minit ke jetty Seafest Semporna. 

Selfie depan Semporna Seafest jetty. sementara tunggu boat. Area sini ada starbuck, tealive juga, boleh lepak2 sambil tunggu boat. Tapi kami dah kenyang breakfast buffet di hotel. 


Excited nak terokai Taman Laut di Tun Sakaran. Nak ke sana ada pakej dan harga berbeza. Tapi huda dah tempah pakej dengan NH Travel. So tak payah fikir dah, hanya tunggu jer boat sampai bawa kami sepanjang di Semporna. 

Time ni masih excited lah, tapi mula rasa sedikit stress, sebab orang boat pergi pick up ramai lagi orang di lokasi resort berbeza di tengah laut semporna ni. Korang bayangkan kami antara orang pertama naik boat dalam pukul 9.45 am. Turun boat untuk ke destinasi pertama iaitu Bohey Dulang pukul 11 lebih. kami pusing-pusing pergi pick up orang lain.. Kalau lah boleh next time nak jer booking private boat untuk kami sendiri, boleh hiking awal pagi. 

Antara resort yang kami kena tunggu atas boat sebab nak ambil penumpang lain untuk trip ke Bohey Dulang adalah Nasakuya Resort. Glamour kan resort ni. tengok kat sosial media macam cantik jer kan. tengok depan2 biasa jer. Nasib kami dah booking Dayang resort. alang-alang datang jauh2 ni kena la pilih resort yang paling best kan?

Tak tahu ni resort nama apa, tapi unik sangat dindingnya. 

Bohey Dulang dari atas boat


Akhirnya, pukul 11.10 am kami ready nak hiking 700 meter menuju ke puncak Bohey Dulang. 


The hiking trail


11.55 am kami sampai ke puncak. Actually boleh jer sampai lebih awal. Tapi biasalah, dah lama tak hiking, semput la juga, banyak kali berhenti. hehe. Anak-anak memang laju ke depan. Diorang stress tunggu mama lambat..hehe..



Bohey Dulang yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran. Sebab huda nak sangat hiking ke sini, so skip Pulau Mabul. Takpe next time visit semporna kami teroka sana pulak. 




Selepas luangkan masa lebih kurang 30 minit bergambar sakan di atas puncak Bohey Dulang, kami terus ke Mantabuan Island untuk berehat dan makan lunch pack. Kemudian snorkeling sekitar Mantabuan Island. Next pit stop, Sibuan Island. Tersangat cantik kat sini.


Berehat sekejap kat sini kemudian sambung snorkeling di Sibuan Island.

Nak nangis tengok air laut di Semporna yang teramat cantik! 



Trip kali kami hanya sempat explore 3 pulau sahaja. Kemudian terus hantar sorang demi sorang penumpang. Sadly, we are among the last. Habis snorkeling di Sibuan pukul 3.40pm dan kami sampai Dayang resort pukul 5.15 pm. Kelam kabut nak kejarkan solat jamak asar zuhur time ni. Masa ni mula stress sebab boat banyak berhenti hantar orang. Hanya mampu redha.


langit pun hampir gelap


Lepas solat, staff dayang resort ajak tea time. Sebab dah masuk dalam pakej. Ini la makanan tea time. kek dan keledek goreng. Kek tu macam kek biasa lah kita makan, yang unik keledek goreng tu. sticky2 sikit, maybe sira dengan gula kot. Sebab dah lapar, makan jer la alas perut sementara tunggu dinner time pukul 8 malam. 


Anak-anak masih tak puas snorkeling, so apa lagi, layan sunset sambil snorkeling dan kayaking.

Sunset di Dayang Resort

Semporna yang Sempurna. Alhamdulillah, for today. 

Gigih tau staff Dayang Resort amikkan gambar family kami. so share lah kat blog. Hehe...


Sebab kalut sangat nk kejar masa, time check in, tak sempat sangat nak rakam moment indah mula-mula check in sini. Ini lah keadaan dalam bilik kami. 2 katil queen yang comfy. Bilik luas dan sangat bersih. 


View malam di beranda luar bilik. Ketenangan dan memori indah di sini, kekal sampai bila-bila. So worth it every penny spent for Semporna trip.

Dinner time style mini buffet.

Kami jadi antara orang terakhir di Cafe di Dayang Resort. Staff suruh habiskan lauk semua. Hehe, kami anak beranak memang ratah ketam dengan tenang sambil tengok laut di malam hari. Setiap kali makan ketam pasti teringat moment makan ketam di Dayang Resort... 

Habis sudah, day 2 Bornoe Trip. Penat memang penat, tapi memori yang terukir terlalu indah untuk kami. Stay tuned for Day 3 in the next post! 





Post a Comment

0 Comments