Borneo Trip 2023 - Day 1 | KL - Tawau


Setiap orang ada target dan impian dalam hidup. Huda pun sama, dan impian paling besar adalah nak bawa anak-anak travel and explore hidden gems di Sabah dan Sarawak. Sempena birthday trip anak-anak tahun ni , huda dah rancang sejak tahun lepas untuk Borneo Trip ni. Alhamdulilah, rasa seperti mimpi semuanya terjadi dengan mudah. Hebat rezeki Allah yang dikurniakan untuk anak-anak. Jom huda kongsi pengalaman kami untuk Day 1 - Kuala Lumpur ke Tawau

Borneo Trip 2023  - Day 1 | KL - Tawau

Menginap di Tune Hotel KLIA2



Flight kami awal pagi, dan kena check in around 4 am. Jadi kami decide nak stay di Tune Hotel KLIA2. Harga 1 malam di sini RM273.46 ( tempah online di Trip.Com) berserta breakfast. Kami stay hanya 7 jam di bilik untuk rehat secukupnya sebelum menempuh hari-hari yang mencabar di negeri orang.


Huda request take away breakfast sebab pukul 4 pagi dah nak gerak ke departure gate. Bagus lah macam ni, tak la rasa rugi terlepas waktu breakfast kan? Dapat 2 bungkus nasi lemak dan 2 kopi.
Dan pengembaraan kami bermula dengan berjalan selama 16 minit menuju ke gate pelepasan.

Pertama Kali Naik Flight MyAirlines


Kaunter Check in untuk Flight MyAirlines di kaunter Z dibanjiri ramai traveller seawal 4.30 am. Tiada kaunter khusus untuk penerbangan ke Tawau. So kira semua destinasi beratur di tempat sama untuk urusan check in. Setelah setengah jam berlalu, lega sangat bila dah dapat assigned seat dan beg dan check in. Huda memang tak beli seat, sebab jimat. So masa check in baru lah pihak airline akan assign seat. Alhamdulilah, dapat window seat.

Feeling honeymoon sekejap,actually our honeymoon trip 11 years ago ke tawau dan semporna. Tapi, plan Allah lain untuk kami 11 tahun lepas. Takpe lah burn semua tix flight, demi jaga "baby arif". 

Overall nice experience naik MyAirlines ni, seat okay lah. Luas sikit dari Air Asia walau seat yer nipis, still selesa. Pramugari dalam flight pun kelakar, time promote airline merchandise cara dia menjual macam pasar malam pun ada, banyak betul celoteh. Pakaian pramugari pun nampak lebih sopan berbanding AA. Time landing pun , pilot cekap, rasa smooth jer landing di Tawau Airport.

Owh ya, sebab flight ni kena check in before azan Subuh, kami dah siap amik wuduk untuk solat Subuh. Patut masuk dalam perut kapal terbang pukul 5.50 am, tapi ada technical issues, kena duduk semula lepas beratur 10 minit. Tabah jer la, terus kami solat di ruang menunggu. Nak pergi surau agak jauh sebab gate pelepasan betul2 yang hujung sekali. Lepas solat baru technical issues resolved dan kami boleh masuk ke kapal terbang.

Detail Flight
KUL - TWU
6.15 am - 9.10 am
Harga : RM 139 per person
Check in baggage 20 kg : RM 85 ( prebook online)
Meal - Nasi Lemak : RM 17.50

Pertama Kali Jejak ke Tawau

Memandang ini kali pertama kami jejakkan kaki di Tawau, huda pun gunakan perkhidmatan travel agen di Sabah. Ingat Sabah, ingat NH Travel! So huda pun booking Tawau - Semporna Trip dengan NH Travel. Sampai ke airport , driver sudah menunggu. Tapi lambat sikit keluar dari airport sebab kena lalu imigresen dan pick up beg.



Sampai jer ke kereta, wah masing-masing dah excited sebab dapat naik Vellfire! Merasa la jadi orang have-have sekejap. Hehe.



Lokasi pertama dan wajib singgah bila sampai di Tawau semestinya Tawau Waterfront. Bergambar dengan replika Ta Wau. Alhamdulilah, cuaca sangat cantik, maka hasil gambar pun cantik!



Kemudian kami pergi singgah ke sekolah rendah encik suami. Dulu suami pernah tinggal di Tawau dan bersekolah rendah di St. Patrick , Tawau. Layankan dia bergambar sekejap di pintu pagar sekolah kami terus food hunting untuk lunch.



Driver kami recommend makan menu rare di Tawau iaitu Ikan Boulu. Satu set ikan ni berserta free nasi sebekas dan sayur cuma RM 15. Huhu, murah sangat kan? Boleh tahan sedap juga rasa ikan ni. Ikan boulu ni sebenarnya banyak tulang, tapi semua tulang sudah di bersihkan. So boleh makan tanpa risau tercekik tulang yer.

Menuju ke Semporna


Dari bandar Tawau kami teruskan perjalanan menuju ke Semporna. Terasa bagai mimpi, one of wishlist ni nak sampai Semporna!!

Selepas 2 jam perjalanan dari bandar Tawau ke Pekan Semporna, kami terus check in Seafest Hotel. Hotel ni sangat dekat dengan jeti, so esok pagi mudah nak ke Pulau. 

Check in Seafest Hotel , Semporna 


 Bilik kami di Seafest Hotel. Tengok jer tingkap, boleh nampak banyak bot nelayan dan perkampungan atas air. Rare nak tengok view ni. 



Kami rehat untuk solat dan bersihkan diri. Kemudian selepas asar, plan jumpa semula dengan driver untuk tengok sunset di Bukit Perapat , Semporna. Tapi driver lambat sampai, maka terlepas view sunset. 

Mengejar Sunset di Bukit Parapat, Semporna



Still langit sangat cantik kan? Instead of pergi Bukit Parapat , driver bawa kami ke Taman Bukit Kuala Bibang, bersebelahan dengan bukit parapat. Still view cantik di sini. 


Taman Bukit Kuala Bibang, bukan sahaja port hiking tapi ada campsite juga tau. 



Kemudahan asas, seperti surau, toilet dan warung burger pun ada di atas ni. best kan? Boleh la masuk wishlist, one day nak datang sini camping pula lepas ni. 


Lama juga kami lepak sini, layan view malam dari atas. 

Ready nak turun balik. Habis sudah borneo trip- day 1. What a long day, start dari pukul 3.30 am , dah bangun. Sebab masing-masing dah exhausted, driver terus bawa kami balik ke hotel dan kami dinner order grab jer. malas nak jalan-jalan foodhunting. Rest and recharge for day 2. Stay tuned! 


Post a Comment

0 Comments