Pada cuti sekolah yang lepas, huda dan keluarga luangkan masa bercuti ke Penang. Kami memilih untuk staycation di Olive Tree Hotel yang terletak di lokasi yang sangat strategik di Bayan Lepas, Penang. Selepas kami puas berjalan di area Georgetown , kami check in di hotel yang lebih tenang. Jarak hotel ni dari George town 15 km. Hotel ni juga hanya 4km sahaja jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Jika naik public transport , bas ekspress nak akses ke hotel ni pun mudah sebab jaraknya hanya 4.5km sahaja. Kalau korang road trip, hotel ni mudah di akses dari Jambatan Pulau Pinang , jarak dalam 7 km. Tambahan pula, Olive Tree Hotel ni betul-betul berhadapan dengan SPICE Arena. Okay, jom huda kongsikan pengalaman menginap di hotel taraf 4 bintang ini.
Bercuti di Olive Tree Hotel
Keluarga kami memang enjoy staycation selama 2 hari 1 malam di sini. Once check in , kami tak keluar mana-mana dah, just enjoy semua facilities yang ada di sini. Jom huda kongsikan bilik kami. Rezeki waktu kami check in, sehari selepas birthday huda, so masih mood birthday!
Bilik Selesa dan Serba Lengkap
Bilik kami jenis Deluxe, lengkap dengan katil queen yang sangat selesa. Patutlah selesa sangat rupa nya , bukan tilam biasa-biasa tau dia sini. Hotel ni menyedikan Chiro-Tech Coil mattress and microfiber pillows untuk keselesaan tetamu. Best kan?
Bilik ini juga lengkap dengan 40-inch LED HD television, High-speed Internet Access, Writing table & desk chair ,Iron & ironing board, In-room safe deposit box dan Bedroom slippers.
Selain itu, huda sangat suka dengan in room mini bar yang lengkap dengan drinking water, dan coffee & tea facilities. Hotel ni konsep green hotel. So takde lah botol air plastik. Drinking water with dispenser ni much better right?
Selain itu, huda sangat suka dengan in room mini bar yang lengkap dengan drinking water, dan coffee & tea facilities. Hotel ni konsep green hotel. So takde lah botol air plastik. Drinking water with dispenser ni much better right?
Jom tengok video untuk lebih jelas Room tour bilik kami.
Kemudahan di Hotel
Bila check in hotel, memang wajib kami terjah swimming pool. Korang tengok lah swimming pool hotel, memang onz kan? Paling best , swimming pool ni gunakan salt water. Terbaik lah!
Jom masuk Gym pula. Gym di sini luas dan ada juga table tennis dan trampolin untuk kanak-kanak. Free access jer untuk hotel guest, kami memang enjoy spend di sini
Dine in di Olive Tree Hotel
Breakfast Buffet
Huda boleh kata, ini antara breakfast buffet paling best yang huda pernah makan! Mungkin lepas ni akan repeat di sini semata-mata nak makan breakfast di sini. Buffet spread wide, susunan teratur, makanan cepat refill, semua sedap!Hi-Tea
Sambung cerita makan-makan di Olive Tree Hotel Penang. Sempena Hari Malaysia , sepanjang bulan September ada promosi menarik di sini.
Huda pun grab promosi Hi-tea di sini. Tak payah susah-susah keluar dari hotel, enjoy jer dine in di hotel.
Selain menu hi-tea yang sedap tu, korang juga boleh cuba Signature Mocktail yang memang padu. Rasa jus dragon fruit and orange. Ada juga buah laici dalam tu. Memang refereshing lepas minum.
Dinner - 3 Course Set Meal
Untuk dinner, kami order jer set promosi Celebrating Malaysia. Harga berbaloi sangat untuk 3 course set meal.
Apa yang korang dapat dalam set ni?
1) Appertizer : Broccoli Soup
2) Main Course - Pilihan Fish & Chips / Spagetti Carbonara with Salmon
3) Dessert
Puas Hati Bercuti di Olive Tree Hotel Penang!
Antara family pictures kami di sekitar Olive Tree Hotel. Ada banyak port cantik untuk ootd tau. Kami bergambar dengan lobby, di upcycling corner dan juga semestinya di restoren, Selah Cafe yang hidangkan makanan yang sedap-sedap belaka!
Yes, kami akan repeat staycation ke sini sebab kami sangat berpuas hati dengan servis hotel ni. Semua yang tip top! No wonder tau hotel ni award winning hotel.
Huda recommended korang datang staycation di sini juga. Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah :-
Website : https://www.olivetree.my/
Instagram :https://www.instagram.com/olivetreehotelpenang/
Facebook: https://www.facebook.com/olivetreehotelpenang
Tiktok : https://www.tiktok.com/@olivetreehotelpenang
0 Comments