Rezeki datang melalui anak
7 Perkara Jangan Berkira Dengan Anak
Huda nak share sikit ilmu hari ni, perkongsian dari Parenting Coach , Mohd Fhais Salim
1. Makanan
Anak nak makan apa layankan, nak minum apa berikan. Selagi ia tak berbahaya dan memudaratkan beri je. Jangan cerewet dan berkira sangat bab makanan. Makanan pun rezeki juga.Moment happy anak-anak. Balik sekolah, mama ajak beli food kegemaran diorang.
2. Alat mainan
Semua anak gembira dapat mainan. Tapi tak ada la hari-hari nak kena hadiahkan mainan, kopak macam tu. Boleh jadikan reward untuk kelakuan baik atau pencapaian anak-anak kita.Bila anak semakin besar, permainan anak-anak pun semakin mahal. Dah takde jual mainan anak-anak di kedai ECO. Tempat ni lah anak-anak beli permainan diorang.. Huhu.. takpe anak-anak, duit mama sentiasa ada untuk korang shopping.
3. Pelajaran
Jangan hanya pilih sekolah yang murah, yang dekat, yang senang masuk sahaja tapi cuba usaha yang Terbaik ikut pada kemampuan anak kita. Usaha untuk anak tak boleh berkira-kira, baru anak usaha beri yang terbaik pada kita.
P/s : Huda sangat recomend korang daftarkan online tuisyen dengan Flyhigh Education Center. Anak-anak huda memang suka sangat online tuisyen ni, cikgu semua hebat-hebat tau! Memang nampak anak-anak ada peningkatan prestasi belajar. Seronok kan tengok anak jadi best student. Kita tumpang bangga dan bahagia!
4. Perlindungan
Anak nak membesar sihat dan bijak dia kena rasa selamat dan terjamin. Dia kena tahu bahawa kita boleh jadi “support system” yang dia bergantung harap. Contoh macam medical card, itu pun perlindungan. Kalau jadi apa-apa senang, rawatan anak terjamin.Ikut kemampuan masing-masing kan? Huda daftarkan anak-anak SSPN-i Plus. Menabung untuk masa depan dan juga ada perlindungan. Serendah RM 30 jer sebulan.
5. Ilmu Keibubapaan
Tak ada satu pun amal jariah kita yang boleh berkekalan sampai bila-bila, walau setelah kita mati melainkan ilmu yang bermanfaat. Tak pernah rugi tambah ilmu keibubapaan ni.Ilmu tanpa amal tu gila, amal tanpa ilmu tu sia-sia. ( Imam Al-Ghazali )
Ilmu parenting ni, kita kena jadikan diri kita contoh terbaik untuk anak-anak. Dari segenap segi, contohnya lifestyle kita, kena la aktif. Bawa anak-anak bersukan contohnya, cara komunikasi yang baik dan adab dengan orang tua.
Parents are the ultimate role models for children. Every word, every movement, and action affects. No other person or outside force has a greater influence on a child than a parent.
6. Keperluan Harian
Macam baju dan seluar. Ada anak suka pakai baju gambar dinasour, warna favourite. Layankan sahaja, asalkan dia gembira. Alah, shopping ikut kemampuan, macam huda suka shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Murah dan berkualiti. Sekali sekala time raya jer la shopping mahal sikit.7. Jalan-jalan
Selain bermain dan alat mainan, jalan-jalan adalah benda yang paling anak suka. Tak yah jauh-jauh pun, jalan-jalan depan rumah bawa ke taman permainan pun diorang dah cukup gembira sakan punya.Jalan-jalan tu asbab je, sebenarnya anak ni mahu ada Kualiti Time dengan kita je. Layankan selagi boleh layan.
Ada orang tanya, macamana huda boleh asyik travel jer? Jawapan hanya satu..
Rezeki anak-anak
2 Comments