Lyndung : Perlindungan Bil Perubatan Harga Rahmah Sesuai Untuk Semua


Suami pernah suarakan pendapat nak langgan medical card, tapi huda memang terpaksa bangkang, sebab menambah komitmen bulanan dan juga gaji suami yang masih belum stabil. Namun huda sedar, betapa pentingnya ada perlindungan , sebab apa yang bakal esok kita tak tahu kan? Jadi apa alternatif untuk mereka yang ada masalah macam huda tak kurang mampu nak membayar komitmen bulanan yang tinggi untuk medical card. Kita memang kalau boleh nak cari alternatif yang harga “rahmah”. Huda sangat tertarik dengan satu program perkongsian komuniti patuh syariah untuk bil perubatan yang di beri nama Lyndung. Huda baru jer tahu pasal Lyndung ni minggu lepas, dan teruja nak kongsi dengan semua pembaca blog huda, semoga ia memberi manfaat untuk kita bersama.

Lyndung : Perlindungan Bil Perubatan Harga Rahmah Sesuai Untuk Semua


Pengenalan Lyndung

Lyndung
Lyndung adalah program perkongsian komuniti patuh syariah untuk bil perubatan dengan pelbagai jenis perkongsian manfaat perubatan untuk dinikmati ahli berdaftar bagi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup.

Visi Lyndung adalah mewujudkan komuniti di mana penjagaan kesihatan boleh di akses dan berpatutan. Lyndung turut memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai sendiri kemudahan penjagaan kesihatan, bertindak menyediakan rawatan yang berpatutan dan mewujudkan masyarakat yang sihat dan bertanggungjawab dari segi sosial.

Patut Syariah dan mendapat pengiktirafan

Lyndung telah diasaskan dan di urus tadbir oleh Lyndung Sdn Bhd (1454883-V) dan kewujudan Lyndung adalah bertujuan untuk menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang kurang mampu. Legit ke Lyndung ni? Jangan risau kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung.

Lyndung Patuh Shariah


Bagaimana Lyndung Boleh Melindungi Bil Perubatan kita?


Program ini membolehkan ahli komuniti membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan mereka secara sama rata. Melalui perkongsian ini, ahli komuniti dapat menikmati manfaat daripada fasiliti perubatan pada harga serendah RM10 sahaja sebulan. Memang betul-betul harga rahmah kan? InshaAllah jika RM 10 sahaja sebulan rasanya semua orang mampu untuk sertai Lyndung dan nikmati pelbagai manfaat kesihatan.

Contohnya, jika jumlah bil hospital adalah RM20,000. Bil ini ada di kongsi sama rata dengan 2,000 ahli Lyndung. RM20,000/2000 orang = RM 10 seorang.
Lyndung

Cara dan Yuran Pendaftaran


Untuk pendaftaran, ahli perlu menyumbang RM100 sebagai Sumbangan Perkongsian Awal selain daripada yuran keahlian. Sumbangan ini dikumpulkan untuk tujuan pembayaran bil perubatan ahli Lyndung yang berdaftar sahaja. Keseluruhan sumbangan ini disimpan oleh syarikat amanah yang tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 untuk menjamin ketelusan pengurusan sumbangan.

Jumlah maksimum sumbangan perkongsian yang telah ditetapkan berjumlah RM50 sebulan bagi menjaga kebajikan ahli. Ini bermakna, jika jumlah perkongsian bulanan melebihi RM50 pada bulan tersebut maka baki yang ada akan dibawa ke bulan yang seterusnya. Seandainya, tiada ahli Lyndung yang perlukan dana bil perubatan maka tiada perkongsian yang perlu di laksanakan.

Dengan hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun untuk kos pentadbiran dan tiada kos tersembunyi yang lain dikenakan kepada ahli, program ini dapat memberi manfaat yang cukup besar buat ahli yang berdaftar.

Lyndung
Shamsuddin Salleh Chief Executive Officer Lyndung ( di tengah-tengah) bersama team Lyndung

“ Ini menjadikan kami sebagai syarikat yang menawarkan perlindungan perubatan paling rendah harga dan mampu milik untuk rakyat Malaysia dan sememangnya disasarkan kepada golongan B40 dan M40 yang masih belum mempunyai sebarang perlindungan perubatan," - Shamsudin Salleh


Syarat Menjadi Ahli



terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tanpa penyakit sedia ada berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan pendaftaran dibuat secara dalam talian. Boleh klik di sini untuk pendafataran : https://lyndung.my/sign-up


9 Manfaat Program Lyndung

1.Bil Perubatan Kemalangan
- RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.

2.Bil Perubatan
-RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.

3.Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.

4.Pemindahan Organ
- RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.

5.Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.

6.Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.

7.Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.

8.Bilik Dan Makanan Hospital

- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.

9.Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Kenapa Korang Harus Daftar Lyndung Hari ni?


Lyndung

Lepas huda tahu tentang program ni, memang terus nak ajak suami daftar sama. Dengan yuran keahlian yang rendah tanpa agen serendah RM10 sebulan atau RM120 setahun sahaja, dah boleh mendaftar sebagai ahli.

Tambahan pula, Lyndung juga ada ada Penyediaan Juruaudit Perubatan Profesional Ketiga (TPA) yang akan menguruskan perkara-perkara berkaitan mengenai kemasukan ke hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan.

Ringankan beban bil perubatan korang hari ni juga dengan berkongsi bersama secara sama rata bersama ahli berdaftar. Dengan menjadi ahli komuniti Lyndung, korang boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM1 juta setahun. Serius sangat berbaloi dan pastikan pilihan bijak untuk mereka yang tidak mampu untuk membayar komitemen medical card yang tinggi pada zaman sekarang.

Ketahui lebih lanjut mengenai program komuniti Lyndung dengan layari pautan berikut :-

Website: https://lyndung.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Lyndung.my
Instagram: https://instagram.com/lyndung.my











Post a Comment

9 Comments

Oo macam konsep takaful lah ni.. memang penting ada perlindungan kewangan dan perubatan akibat masalah kesihatan ataupun kemalangan ni.. penting untuk prepare dengan medical card.. utk hari2 kecemasan.. tq share tentang Lyndung…
Ruby said…
Comel je nama Lyndung ni. Ini adalah solusi dan pilihan yang bagus untuk mereka yang belum ada insuran atau ingin tambah polisi insuran extra. Nanti Ruby nak daftar lah. Sebelum mencecah 40 ni kita kena siap sedia. Kos rawatan sekarang ni mahal.
First time know about this Lyndung app. good ya let us all support the community
Kitkat Nelfei said…
Good to have this platform kan. Seriously sgt mampu milik looking at the fees kan and pelindungan yang diberi pun sgt competitive, membantu disaat memerlukan!
iena eliena said…
First time dengar tentang Lyndung ni, menarik sebab patuh syariah. mmg plan pelindungan macam ni yg org beragama islam cari :)
Aiman said…
Perghh murah betul. Memang sesuai la untuk yang ada bajet rendah tapi ingin juga dapatkan perlindungan. Memang kena ada sekarang ni kan.
Haiqal Rawlins said…
Thanks sebab perkenalkan Lyndung. Macam very protective and berpatutan. Nak perkenalkan pada my cousins yang masih belum ada insurans
AlongMurni said…
Banyak betul kelebihan berdaftar dengan Lyndung. AM pun nak apply juga. Tawaran harga yang menarik dan mampu untuk semua peringkat usia dan masyarakat.
仙妮 said…
Thanks so much for sharing this good protective& reasonable price Lyndung plan here, gonna checking out more this insurance plans. Cheers SiennyLovesDrawing