Hai! Korang tengah cari tempat makan best di Kuala Terengganu? Huda nak rekemen satu restoren eksklusif - Coffee Garden. Huda sekali cuba tahun lepas, terus nak datang berkali-kali sebab makanan kat sini sedap, suasana restoren juga mendamaikan. Huda pernah kongsi sebelum ni, huda dan suami breakfast date di Coffee Garden, kali ni huda bawa anak-anak pula makan sini untuk hi-tea dan juga dinner. Jom huda kongsikan makanan yang kami makan di Coffee Garden , Kuala Terengganu.
Coffee Garden Terengganu - Makanan Sedap Pelbagai Pilihan Seisi Keluarga
Kami sekeluarga makan di sini pada minggu lepas. Lepas cuti raya haji, bila dah bosan nak makan menu raya, kami pun cari restoren yang hidangkan makanan western sedap. Sesekali tukar selera mat salleh apa salah yer kan? Lepas pick up anak-anak balik sekolah, terus bawa diorang ke restoren Coffee Garden ( UTC , Kuala Terengganu ).
Lokasi Coffee Garden Terengganu
Ada dua cawangan restoren Coffee Garden iaitu :-
1) Coffee Garden , UTC Kuala Terengganu
Lot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
2) Coffee Garden , Gong Badak
Lot 22785 Depan Petronas Gong Datok, 21030, Terengganu
Pilihan Menu di Coffee Garden
Coffee & Dessert
Tengok nama restoren ni pun dah tahu ni, ada jual kopi. Favorite's kopi huda kat sini adalah cappuccino.
a well-balanced acidity, bitterness, sweetness and the coffee aroma really made my day special...
Minum kopi dan makan tiramisu memang perfect combination. Menu ni memang perfect untuk hi-tea.
Tiramisu
Nak rasa kopi lebih kaw di makan bersama dessert? Korang wajib try Affogato di sini.
Curahkan a shot of hot espresso atas vanila ice cream. It taste like heaven...
Affogato
Selain pelbagai pilihan kopi panas dan sejuk di sini, pelbagai minuman yang sedap korang boleh nikmati di sini.
Dari kiri, Apple Asam Boi , Peach Tea , Iced Latte and Cappucino - antara minuman yang kami order tempoh hari.
Hi-Tea Menu
Kami datang waktu petang, lepas anak-anak balik sekolah. Huda dah syok minum kopi, untuk anak-anak huda order club sandwich.
Selain itu ada pelbagai juga menu hi-tea di sini antaranya spring rolls dan keropok lekor.
Asian Food
Kita ni kalau ikut tekak orang Asian yang makanan ruji, nasi, kalau tak makan nasi sehari tu kadang-kadang tak boleh kan? Jangan risau di Coffee Garden ni ada menu nasi. Kami cuba signature menu, Salted Egg Buttermilk Chicken with Rice.
Punyalah sedap, lemak berkrim, sampai anak sulung huda cicah fries dengan kuah buttermilk ni. Dia siap request nak ajak makan sini demi nak makan menu ni. So korang, wajib cuba tau bila datang makan di sini.
Western Food
Huda paling suka makan di sini selain rasanya yang memang sedap, huda puji plating. Serius cantik dan nampak diorang memang jaga kualiti dan bahan digunakan untuk makanan semua premium. Korang boleh rasa pada setiap suapan , rasa nak puji....
ermmm, sedap yer!
Spagetti Carbonara with Korean Chicken Bytes
Kids Menu juga huda order selera western memang favourite anak-anak.
The Minion Set : Spaghetti Carbonara with Fish Fingers
The Baby Shark Set : Fish & Chips
So korang yang mencari restoren yang makan breakfast, brunch , dinner atau port mengopi dan dating tempat ni huda memang recommended. Konfem korang akan datang berkali-kali sebab makanan sedap, servis staff kat sini pun bagus, paling syok suasana restoren yang tenang dan damai dengan dekorasi ala-ala garden gitu..
Follow social media Coffee Garden untuk maklumat lanjut dan promosi terkini
Instagram: https://www.instagram.com/coffeegarden.trg
0 Comments