Hani Homestay Shah Alam - Lokasi Strategik dan Pilihan Terbaik Homestay di Shah Alam!


Hani Homestay Shah Alam - Lokasi Strategik dan Pilihan Terbaik!  |
Hai semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Huda nak share pengalaman huda menginap di Hani Homestay Shah Alam minggu lepas. Huda dan keluarga  pergi raya staycation  di Shah Alam sambil tu ambil peluang hari raya ni ziarah raya ke rumah saudara mara di area Selangor. Jom huda kongsikan pengalaman huda raya staycation di Hani Homestay Shah Alam. 



Lokasi Strategik - Hani Homestay Shah Alam 




Huda suka dengan lokasi Hani Homestay yang sangat strategik di Seksyen 7 , Shah Alam. Ia berhampiran dengan kedai makan, stesen minyak dan juga institusi pendidikan. 

  • Berhadapan dengan UNISEL & Stesen Minyak Shell 
  • 2 min drive ke UITM Shah Alam 
  • 4 min drive ke Masjid Kristal Sek 7, AEON MALL, ICITY, JAKEL, Ariani, Hospital Shah Alam, I-City Theme Park, Central i-City Mall, JPJ Selangor 
  • 5 min drive ke Pusat Bandar Shah Alam - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Muzium Sultan Alam Shah - Kompleks Taman Seni Islam - Dataran Shah Alam - Perpustakaan Raja Tun Uda - Taman Tasik Shah Alam - Skytrex Shah Alam - Taman Botani Shah Alam - Laman Seni 7 - Laman Budaya, Galeri Shah Alam - Uptown Shah Alam - Taman Tema Air Wet World - Plaza Alam Sentral, SACC, Kompleks PKNS, Plaza Perangsang, MBSA, Aggerik Mall, Decathlon, Shah Alam Mall, AEON Mall Sek 13 - Stadium Shah Alam - IDCC 
  • 7 minit drive Ke Bandar Klang 
  • 10 min Aeon Mall sek 13, Stadium Shah Alam, pusat pusat perniagaan Sek 13 
  • 15 min drive Subang Jaya, Setia Alam 
  • 30 min ke Kuala Lumpur
So untuk korang yang plan bercuti atau hantar anak masuk universiti atau konvo di Shah Alam, sangat rekemen stay di sini. mudah semua dekat jer!
Antara tempat makan berdekatan dengan Hani Homestay adalah : KFC, MC DONALD, ANI SUP UTARA, RESTORAN LAN KEDAH, RESTORAN HAKIM, RESTORAN NASI ARAB AR- RAWSHA dan macam-macam lagi. 

Selain itu, kemudahan yang penting juga bagi huda adalah dobi 24jam juga sangat berdekatan dengan Hani Homestay. Huda memang bagi 10 bintang untuk lokasi Hani Homestay yang sangat strategik! 


House Tour - Hani Homestay 



Jom ikut huda house tour Hani Homestay 

Hani Homestay ini ada 4 bilik, kesemua bilik ada aircond. 

Bilik Utama :1 Queen+Tandas+Aircond + Water Heater  



Bilik Kedua :1 Queen + Aircond;  


Bilik Ketiga: 1 Queen + Aircond + Tandas + Water Heater  


Bilik Keempat: 1 Queen + AirCond 



Kemudahan di Hani Homestay 


Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan set sofa 7 Seater , ada aircond  di setiap penjuru ruang . Ruang santai bersama keluarga menonton televisyen yang lengkap dengaan saluran Njoi. Dengan adanya free Wifi yang laju , memang tak bosan sepanjang menginap di Hani Homestay. 



Terdapat juga set meja besar lengkap dengan 8 kerusi sesuai untuk big family gathering.  Bersebelahan meja ini juga terdapat siniki. Huda bersantai minum petang dengan keluarga di sini sambil menonton TV.

Akak huda tapau jer nasi Kandar Hakim , order dengan GRAB. Rumah selesa macam ni, nak keluar pergi kedai makan walau dekat jer rasa lagi best makan di rumah.  Bertambah special bila adik huda , barista yang expert brew coffee untuk minum petang. 

Menu minum petang. Sebelum check in sini, huda pergi Pavilion, beli pastries di Paris Baguette. 

Jom kita tengok bahagian dapur pula. Masuk jer dapur nampak set meja makan berserta 6 kerusi. Paling best ruang dapur pun ada aircond. Memang sesuai sekarang musim panas, wajib pasang aircond disegenap ruang dalam rumah.  



Sepanjang menginap di sini, boleh memasak sebab pelbagai peralatan memasak di sediakan, antaranya :- Rice Cooker, Microwave, Dapur Gas, Water Filter (hot & cold), Peti Ais, pinggan, periuk, kuali, cawan dan lain-lain. 




Huda paling suka ada  mesin basuh berserta sabun disediakan oleh tuan rumah. Boleh la mendobi baju anak-anak yang basah lepas main air di pool.  Kemudahan lain turut tersedia di sini adalah  seterika dan  ironboard . 


 Intex Private Pool Sesuai ) Untuk dewasa & kanak-kanak. 
(Large Size) (450cmx 220cm x 84cm @ 14.7ft x 7.2ft x 2.75 ft

Overall, sepanjang staycation 2 hari 1 malam di sini, kami sekeluarga sangat puas hati dan selesa. InshaAllah di masa akan datang jika ada urusan di Shah Alam, huda pasti akan memilih menginap di Hani Homestay lagi.
 

Selesa, Bersih, Strategik


Cara Tempahan Hani Homestay




Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Hani Homestay
Whatsapp: wasap.my/60192162077 
                 wasap.my/601156998919

Post a Comment

3 Comments

Izyan Balqis said…
menarik la homestay ni, cantek pun cantek. lokasi hot plak tu, kalau ada convo dekat uitm shah alam ke politeknik ke sesuai ni
Nadia Johari said…
Serius..lawa sangat rumahnya..dahla besar, ada pelbagai kemudahan