Shopping Baju Raya 2023 Di Butik Shara Othman, ECM Kuantan


 

Shopping Baju Raya 2023 Di Butik Shara Othman, ECM Kuantan | Pantas sungguh masa berlalu, lebih kurang 2 minggu kita semua bakal sambut raya tahun 2023! Wah, excited tak nak raya tahun ni? Korang raya belah mana? Team Raya warna apa? Hah, banyak betul soalan cliche bila mood nak raya ni kan? Huda tahun ni turn balik Johor! Serius excited, semoga kami adik beradik 10 orang dapat berkumpul semua. Kami dah pakat nak sedondon tahun ni! Dan baru-baru ni huda pergi shopping di East  Coast Mall (ECM)  Kuantan, singgah butik Shara Othman sebab terpesona dengan design baju raya klasik dan moden di sini! 

Koleksi Raya 2023 di Butik Shara Othman





Bila huda melangkah masuk ke butik Shara Othman yang terletak di aras 1 , ECM, Kuantan ni, terus di sambut mesra dengan staff. Diorang rekemen huda tengok-tengok koleksi baju raya 2023. Rambang mata nak pilih tau! Di sini terdapat 3 kategori pakaian yang boleh korang pilih antaranya :-
  • Pakaian tradisional
  • Pakaian kasual dan moden
  • Pakaian sedondon (dewasa dan kanak-kanak)
Suka design klasik? Korang boleh dapatkan Soama , rekaan kebaya labuh klasik dengan material kain cotton bercorak belang. Lagi menarik jika digayakan bersama dengan aksesori dokoh.




Khas untuk mommy yang ada gegurl tu, memang wajib kan pakai sedondon time raya kan?  Di Butik Shara Othman ni pun ada pelbagai koleksi baju sedondon untuk ibu dan anak  Antara koleksinya adalah :

1. Kartini
Koleksi Kartini ni merupakan baju kurung potongan Riau dan menggunakan kain jenis Tafetta Silk + Cotton. 
Ramai berkenan design ni tau sebab warna-warna yang menarik dan menyerlah dan trendy gitu..




2. Tijah
Koleksi Tijah ni merupakan baju kurung potongan moden dengan belahan di hadapan dan menggunakan kain jenis Cotton Eyelet. Koleksi Tijah ni evergreen tau, sesuai pakai bila-bila masa dan nampak automatik sopan gaya wanita melayu terakhir. Ada pilihan warna putih dan hitam. 




3. Camelia


Koleksi Camelia ni pula merupakan dress labuh dan bertingkat-tingkat yang diperbuat dari kain lace + Satin Pleated Crush.  Huda paling berkenan design yang ni. Nampak macam jubah ala-ala dress, pakai terasa ayu dan cantik!



Selain itu ada koleksi sedondon lain yang menarik antaranya Kasturi dan Ramona. 


 

Luas juga butik Shara Othman ni, huda sambung cuci mata, jumpa baju kasual, baju songket dan lain-lain design yang cantik! Serius berbaloi sangat korang shopping baju raya di sini!!






PROMOSI di Shara Othman Sempena Raya 2023


Best kan shopping dan boleh nikmati diskaun! Butik Shara Othman baik hati tau bagi potongan harga, korang boleh rujuk gambar di atas yer.Promosi ni bermula 31 Mac 2023 hingga malam raya tau.

Untuk pembelian RM150 ke atas pula akan dapat sampul raya Percuma! 



Jom untuk korang yang berada di sekitar Kuantan tu singgah ECM dan pastikan singgah ke Butik Shara Othman! 

Butik Shara Othman
L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.

Oh ya, untuk orang KL , Selangor boleh terjah butik Shara Othman yang terletak di i-City, Shah Alam

Butik Shara Othman
L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.

Ada lagi satu tempat korang boleh dapatkan koleksi baju raya  Shara Othman di :- 
Butik Zalina,
Taman Bentong Prima, 
28700 Bentong, Pahang.

Jom follow social media Shara Othman untuk maklumat dan promosi terkini!

Social media :

Post a Comment

0 Comments