Mencari Tempat Berkumpul dan Bergembira Bersama Tersayang? Tony Roma’s Lah!

Terasa seperti perayaan yang berterusan di Tony Roma’s apabila melihat pelanggan-pelanggan yang datang untuk menikmati tulang rusuk dan stik yang lazat sepanjang tahun. Pintu Tony Roma’s sentiasa terbuka buat pelanggan untuk memastikan apa-apa sambutan menjadi lebih indah dengan memberikan pengalaman makan yang eksklusif tanpa melupakan keselesaan, membuatkan ia sesuai untuk semua ahli keluarga.



Kempen terkini Tony Roma’s, “Tony Roma’s Lah!” kena tepat dengan kehadiran Ramadan dan juga Syawal yang kian hampir. Ia adalah jawapan buat soalan yang kerapkali ditanya untuk mecari tempat berbuka puasa ataupun tempat untuk berkumpul. Hidangan-hidangan dengan harga berpatutan direka untuk dikongsi bersama bagi mencipta saat-saat berharga yang cukup sinonim dengan perayaan.

 

“Kami di sini bersedia untuk bersama-sama meraikan detik penting para pelanggan kami, tidak kiralah keraian yang besar mahupun keraian kecil yang menggembirakan hari mereka. Bersama dengan hidangan berpatutan kami yang enak, ia akan menjadi suatu jamuan untuk dinikmati bersama. Kami berharap Tony Roma’s menjadi pilihan tempat makan untuk mecipta memori baharu bersama yang tersayang.” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd.

TONY ROMA’S LAH! RAMADAN DAN SYAWAL INI

Tony Roma’s memperkenalkan Roma’s Platter yang baharu untuk dikongsi bersama. Lamb + Soda Tower (RM179.90) datang bersama Australian Lamb Ribs terkenal yang dibakar bersama rencah dan disaluti dengan madu dan plum. Roasted Half Chicken dalam hidangan ini dihidangkan bersama sos mangga salai. Untuk rasa makanan laut, Signature Kickin’ Shrimp yang lazat akan membuatkan pelanggan kecur air liur. Set ini mempunyai hidangan sampingan nasi Mendhi yang harum, brokoli, Crispy Onion Ring, dan Soda Tower 1.5L, sesuai utuk dikongsi bersama sehingga tiga orang. Set ini mengandungi semua hidangan yang terlaris, jadi tiada dilema untuk membuat pesanan.

Roma’s Platter Lamb + Soda Tower

Hidangan ini juga terdapat dalam variasi lain untuk pelanggan yang menggemari daging iaitu Beef + Soda Tower (RM199.90). Roma’s Platter ini datang dengan sajian yang sama, tetapi daging kambing ditukarkan kepada Australian Beef Ribs empuk yang disaluti dengan sos BBQ asli Tony Roma’s untuk menonjolkan rasa daging yang berlemak. Hidangan yang mengenyangkan ini juga boleh dipesan sebagai ala carte (RM105.00). Ia disajikan bersama sup harian sebagai permulaan hidangan dan juga Coca Cola yang boleh diisi semula.


 Roma’s Platter Beef + Soda Tower

Terdapat juga hidangan kombo yang cukup untuk dikongsi berdua. Combo 1 (RM159.90) sesuai buat pasangan yang mahu mencuba kedua-dua jenis daging. Kombo ini menawarkan Australian Beef Ribs (Rack), Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Coca Cola untuk dua orang. Kombo ini juga datang dengan hidangan sampingan yang sama dengan Roma’s Platters.

Untuk yang ingin mencuba hidangan pasta, Combo 2 (RM89.90) ialah set hidangan mengandungi Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Spicy Chicken Pasta yang telah digoreng bersama bawang putih, daun basil, tomato pesto dan sedikit cili chipotle. Minuman yang boleh diisi semula juga dihidangkan bersama.

 


 

      Combo 1   


 

Combo 2

 

Pelanggan boleh menambah Mendhi Rice (RM6.00) yang dikukus dengan bawang putih dan rempah ratus dan juga Soda Tower (RM14.90) secara ala carte bersama hidangan pilihan masing-masing. Buat penggemar rasa manis, boleh menambah Duo Panna Cotta (RM12.90) sebagai pemanis mulut setelah selesai makan.

 

    

   Coke Tower


        Duo Panna Cotta

Set dan kombo Tony Roma’s Lah! boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s bermula 5 Mac sehingga 31 Mei 2023. Ayuh raikan detik-detik anda bersama kami untuk pengalaman yang asli dan cuba hidangan kami yang menarik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my



FB @TonyRomasMalaysia

IG @trmalaysia

Tiktok @trmalaysia

#TonyRomasLah

#TimeForTR

 

-

 





Post a Comment

1 Comments

YB Shehan said…
Teringin nak ke sini. Tapi risau dengan harga. Tapi so far nampak macam ok. Boleh lah nk try nanti