Shopping Kurta Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf


Shopping Kurta Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf  | Hye semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dibulan mulia, Ramadan Kareem. Sehari sebelum bulan Ramadan minggu lepas, huda dan suami berkunjung ke Butik Aisy Asyraf di Bandar Baru Bangi untuk shopping kurta raya 2023. Kenapa encik suami teringin sangat nak beli kurta raya di sini? Jom baca sampai posting ni sampai habis! 



Shopping Kurta Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf 

Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dengan rekaan moden dan terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan.

Bagi edisi Raya 2023, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya, Aisy Asyraf telah mengeluarkan design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi.
 

Butik Aisy Asyraf di Bandar Baru Bangi

Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ada di pelbagai lokasi antaranya di Shah Alam, Bangi, Bertam, Johor Bahru, Bukit Jambul dan ada juga di Pattani Thailand. Kami berkunjung yang butik Aisy Asyraf terdekat iaitu di Bandar Baru Bangi. Landmark kalau nak ke sini, sederet dengan Al-Ikhsan dan bersebelahan dengan Bulan Grocer. Mudah jer nak cari. Boleh waze atau search google map : Butik Aisy Asyraf Bangi


Suka sangat shopping baju raya di sini sebab staff semua friendly dan susun atur baju-baju semua kemas, mudah nak pilih. Kami memang terus pergi ruang new arrival sebab target utama ke sini nak cuba kurta koleksi raya 2023. 


Koleksi Aisy Asyraf  Raya 2023

Kurta Gaya Kasual  & Kualiti Premium
Zaman sekarang, memang trend minimalist dan kasual, sesuai di gayakan bila-bila masa dan still nampak sopan di hari raya nanti. 

Kurta Nasz | Harga Asal  : RM149., Harga Promosi RM 109



Kolar Bulat & Lengan 3 Suku
Kain Sejuk & Anti Kedut
Lebih 15 Warna Yang Cantik


Kurta Nasz juga available untuk plus size dari size 3 XL ke 7XL 


Kurta Zayne | RM 99

 Kolar Bulat & Lengan 3 Suku
 Kain premium berkualiti ( Sejuk & Selesa di Pakai) 
 Lebih 27  Warna Yang Cantik


Kurta Afgan | RM 109 

Kolar Bulat & Lengan Panjang
Kain Sejuk & Selesa
Lebih 14 Warna Yang Cantik

Kurta Izzi | RM 99


Berkolar, Poket sisi kanan & kiri
Material lembut dan tidak panas
Lebih 27 pilihan warna menari

Huda sentuh semua material kurta di Aisy Asyraf ni, memang best betul kainnya. Sepadan dengan harganya dengan kualiti permium , Oxford Cotton Premium, memang huda bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
Memang rambang mata encik suami memilih design kurta yang mana satu pilihan hati. 
Setelah fitting beberapa jenis kurta akhirnya , Kurta Izzi berwarna mint green menjadi pilihan. 




Encik suami kata : 

Rasa segak pakai kurta Aisty Asyraf ni, sebab cutting cantik, kain selesa dan berbaloi beli
Selain dari koleksi New Arrival yang memang cantik-cantik semuanya, koleksi kurta lain, jubah , kurta kanak-kanak dan aksesori seperti sampin,capal dan songkok juga turut dijual di sini. 


Baju Melayu 


Jubah Adni, cutting cantik dan sangat selesa. Suami memang berkenan nak beli satu. 


Jubah Nur untuk wanita juga ada di sini. 


Kurta Kanak-kanak dan baju melayu kanak-kanak juga ada. 






 
Nak beli juga Baju Kurta Raya 2023 di Aisy Asyraf?



Korang boleh walk in :-
Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf cawangan Bangi

📍3-41-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
🚘 Waze: Aisy Asyraf Bangi Sentral
🛣 Landmark: Sebaris Kedai Sukan Al-Ikhsan

Waktu : 10 pagi - 8 malam ( Isnin-Ahad)
Contact : 012 - 5488210 / 019-4148210

boleh juga beli secara online:

@aisyasyraf_hq
#LejenRaya
#LejenRayaAA
#LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf
#bajuRayaAA
#aisyasyrafraya2023


Post a Comment

1 Comments

Semut Senyum said…
Asyik perempuan je rambang mata, kita kasi kaum lelaki pulak rambang mata. hehhehe