GKB Probiotocs - Sihat Dari Dalam Dan Cantik di Luar |Hye semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Huda nak share dengan korang semua , makanan tambahan yang huda amalkan untuk pastikan diri huda sentiasa sihat dan bertenaga tanpa gangguan masalah penghadaman. Sangat penting kita jaga sistem penghadaman kita sebab dari perut punca pelbagai penyakit. Bila sistem penghadaman kita dalam keadaan baik, nutrien pun dapat diserap dengan baik, dan hasilnya terserlah dengan kulit yang sihat, cantik dan berseri.
Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).
Bagaimana Probiotic Bantu Anda Sihat Dari Dalam?
Sebelum huda kongsi lebih lanjut tentang produk GKB ( yang mengandungi probiotics) , huda nak kongsi dahulu bagaimana probiotic ni boleh bantu kita semua sihat dari dalam. Bila kita dah faham, kita lebih yakin untuk amalkan produk ni dengan konsisten.
Ilustrasi di atas, adalah gambaran apa yang berlaku jika kita amalkan probiotics/prebiotics dalam hidup seharian kita. Dan huda pilih amalkan GKB Probiotics!
GKB Probiotic - Perlindungan 4 Lapisan
GKB (GK BIO International Sdn Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil kolaborasi dua syarikat iaitu All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Sejak penubuhannya, GKB telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Misi syarikat adalah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan menyediakan pelbagai pilihan produk kesihatan dengan harga mampu milik agar orang ramai boleh menikmati hidup yang lebih sihat.
Produk Kesihatan yang diiktiraf
Produk kesihatan keluaran GKB diikttiraf oleh :- sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF. HALAL sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025
Kelebihan GKB Probiotics - Hasil Penyelidikan 145 Orang Penyelidik & Teknikal
Mesti anda tertanya-tanya, dari mana sumber probiotics dalam produk GKB ini? Untuk membangunkan produk yang bagus dan berkualiti,s eramai 145 orang penyelidik dan teknikal telah berganding bahu dalam menghasilkan kultur probiotik dan cendawan yang digunakan oleh GKB.
Hasilnya bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat dengan inovasi bioteknologi.
Antara kelebihan bakteria yang terkandung dalam produk GKB Probiotics :
- Bakteria ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan,
- meningkatkan bioflora usus yang mengubah ekologi flora bakteria untuk meningkatkan metabolisme dan imuniti,
- melegakan sembelit dan cirit-birit yang mana seterusnya dapat memperbaiki tabiat buang air besar.
- 100% semulajadi ( GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis probiotik dalam produknya)
- bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan
- sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan.
Kelebihan utama probiotik GKB - Teknologi Paten Lapisan Pelindung Pelbagai Antioksidan
Teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya.
Ia memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
Pengalaman Amalkan GKB Probiotics
1) GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
Bila huda dapat tahu ada produk GKB Probiotics yang boleh bantu atasi masalah berat badan, huda sangat teruja nak cuba! Lebih menarik lagi produk ini adalah yang paling laris dengan jualan 2 botol atau lebih dalam setiap jam
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini dalam vege capsul , nak makan pun mudah, hanya ambil satu capsul ( eat with meal- maksudnya lepas makan satu capsul ni terus makan heavy meal)
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 , 200 mg ini mengandungi 40 billion CFU. Banyak manfaatnya lepas amalkan, antaranya :-
- Mengurangkan penyerapan kalori ke dalam badan
- Mengurangkan berat badan*
- Meningkatkan tenaga
- Menyokong sistem penghadaman
- Meningkatkan kandungan air dalam kulit
2) GKB G-Pro Gold
Produk GKB G-Pro Gold ini direka khas untuk mereka yang selalu ada stomach cramp, selalu sembelit dan lifestyle yang stress yang selalu hadapi masalah penghadaman, mengalami masalah sindrom iritasi usus dan cirit-birit teruk. Dalam 1 capsule GKB G-Pro Gold ini ada 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik.
- Lactobacillus Acidophilus GKA7... 40mg
- Lactobacillus Casei GKC1... 40mg
- Lactobacillus Reuteri GKR1... 40mg
- Lactobacillus Bulgaricus GKB8... 40mg
- Lactobacillus Plantarum GKM3... 40mg
- Lactobacillus Brevis GKL9... 40mg
- Bifidobacterium Bifidum GKB2... 40mg
- Bifidobacterium Breve GKV1... 40mg
- Lactobacillus Rhamnosus GKG6... 40mg
- Lactobacillus Paracasei GKS6... 40mg
- Inulin...40mg
- Fructo-oligosaccharides... 17.6mg
Wow, banyak betul dan semestinya ia sangat berkesan. Macam huda sendiri, kerap sakit perut, especially bila tengah stress banyak kerja. Pasti ambil 1 capsul selepas makan.
Setiap capsul mengandungi 80 bilion jumlah probiotik bakteria hidup yang meningkatkan flora usus. Ia akan membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus. Maka ia membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, serta meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus.
So, huda memang sangat rekemen produk ni untuk amalkan demi kesihatan usus kita.
3) GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder
Banyak sangat manfaatnya terutamanya untuk wanita yang mengalami masalah keputihan ( candidiasis) dan masalah kulit sensitif.
Antara manfaat yang boleh di rasai selepas amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder :-
- Mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor / dysbiosis
- Mengatasi masalah kulit seperti atopic eczema , kulit kering
- Mengelakkan jangkitan Candida Albicans ( punca masalah keputihan)
- Mengelakkan serta melegakan simptom allergic
4) GKB Probizymes
Produk ni direka khas untuk korang yang ada masalah kembung perut, sakit perut sebab gastrik dan ianya boleh mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. Huda memang akan standby GKB Probizyme, terutamanya bila travel dan kadangkala terlewat makan sebab sibuk travel on the road, kena gastrik sebab makan tak teratur.
GKB Probizyme diformulasikan mengandungi Probiotics, Prebiotics, Carbohydrates Enzyme, Protein Enzyme dan Lipid Enzyme yang membantu masalah penghadaman .
1 sachet mengandungi 4.5 bilion CFU bakteria baik, cara makan pun mudah hanya bukak sachet dan terus makan (consume after meal)
5) GKB Probio+
- Kuatkan pertahanan terhadap bakteria berbahaya
- Mencegah cirit-birit
- Meningkatkan kandungan air najis
- Meningkatkan sistem imun
- Mengekalkan keseimbangan bakteria usus yang sihat
Bagaimana Nak Dapatkan Produk GKB Probiotics?
Produk GKB boleh didapati di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia antaranya :-
- Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
- Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
- Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
- Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
- East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
- Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
- Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
- Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
korang juga boleh rujuk sini untuk senarai terkini https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, boleh layari website www.mygkb.com.
Platform Media Sosial GKB:
Facebook: GKB International
Instagram: @mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
RED 1D:1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube: https://www.youtube.com/@mygkb01
#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit #lifestyleblogger #CeritaHudaDotCom #kbba9
2 Comments