McDonald’s Dekati Belia di Media Sosial Dengan Drama Mini “Kau Sundaeku”

 

Photo 1


Platform sosial media menjadi nadi dan sebati dalam kehidupan masa kini terutama golongan belia. Maka, McDonald’s Malaysia mengambil langkah proaktif dan kreatif untuk mendekati golongan belia melalui saluran media sosial mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. Pendekatan inovatif dan menarik, restoran khidmat segera terkemuka ini memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam McDonald’s Malaysia 

 





 Drama Mini “Kau Sundaeku”


Catchy kan tajuk drama mini “Kau Sundaeku” ? Jom kita sama-sama tengok drama mini sembilan episod ini. 


Kau Sundaeku Ep 1

Episod 1 : Orang Baru di Mekdi


Kau Sundaeku Ep 2

Episod 2 : KL Aku Mai! 

Kau Sundaeku Ep 3

Episod 3 : Hari Di Mekdi

Kau Sundaeku Ep 4

Episod 4 : Jauh Tapi Dekat


Kau Sundaeku Ep 5

Episod 5 : No Pain No Gain

Kau Sundaeku Ep 6
Episod 6 : Kamu Tidak Keseorangan

Kau Sundaeku Ep 7
Episod 7 : Kau Sundaeku 



Kau Sundaeku Ep 8
Episod 8 : Alamak, Macam Mana Ni?


Kau Sundaeku Ep 9

Episod 9 : Keluarga Mekdi 


Dah habis tengok semua 9 episod? Best tak?
Huda tonton 9 episod bersama anak-anak. Diorang enjoy dengan storyline dari siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.



Mesej di sebalik “Kau Sundaeku”

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan melalui drama ini.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.


Kenapa Belia Harus Memilih Kerjaya di McDonald’s ? 


Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah pengiktirafan berikut :- 


  • Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)


  •  Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. 


  • Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. 


  •  Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 


  • Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013


Program Perantis Vokasional McDonald’s 

McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.


“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.


Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.


Latarbelakang McDonald's
McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan jumlah pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. McDonald's memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran seluruh negara sepanjang 40 tahun McDonald's di Malaysia. McDonald’s Malaysia McDonald's juga mempunyai lebih 14,00 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangungan. Maklumat lanjut, korang boleh layari www.mcdonalds.com.my


 


Post a Comment

0 Comments