Kitsui Meal Replacement Plus - Rendah Kalori Bantu Turunkan Berat Badan

Kitsui Meal Replacement Plus - Rendah Kalori Bantu Turunkan Berat Badan | Hye semua pembaca blog huda. Hari ni huda nak kongsi satu produk yang huda amalkan dalam misi kurus 2023. InshaAllah, kita usaha sehabis baik untuk realisasikan impian nak kurus tahun ni. Serius, huda rasa penah dah gemuk! Dulu berat sebelum kahwin 49, then naik lepas mengandung jadi 60 kg. Agak-agak lepas kahwin 12 tahun dan ada anak 2 orang berapa berat huda sekarang? Nak share dengan korang pun segan tau!



Huda dah join macam-macam program nak kurus, so adalah juga ilmu nak kurus tu, tapi biasalah manusia, ada masa kita semangat, dan ada masa kita tak mampu nak bagi komitmen 100%. Satu cara paling mujarab untuk turunkan berat badan adalah pemakanan. Pemakanan yang paling memberi impak maksima, sebab kalori berlebihan merupakan penyumbang utama mengapa seseorang itu gemuk! Maka untuk mencapai misi kurus, 70% adalah melalui pemakanan dan selebihnya ( 30%) adalah senaman.

Bulan ni huda ambil langkah proaktif untuk turunkan berat badan dengan mengamalkan KITSUI Mel Replacement Plus (KMRP).


Dalam sekotak KMRP mengandungi 30 gram x 15 sachet yang berharga RM39.90 sahaja.
Produk ini juga HALAL, dan selamat di amalkan.

Kenapa Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) dalam menurunkan berat badan sangat berkesan?



Pengenalan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ( KMRP )




KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP adalah program diet yang sangat rendah kalori. Dapat Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari bermakna badan anda akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri.

Mudah disediakan, KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah.

KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti.

Apa kebaikan KMRP ?
  1. Pengurusan berat badan
  2. Penggantian Makanan yang seimbang

Apakah Ciri-ciri kebaikan KMRP ?

  • Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi
  • Rendah Kalori Hanya 124 kalori setiap sachet.
  • Mengandungi Vitamin & Mineral Penting antaranya 18 vitamins dan minerals penting (vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin )
  • Membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.
  • Sumber Serat yang Baik- membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.
  • Rasa Enak - Dirumus dengan chocolate milk powder dan cip biskut yang lazat dan sebagainya.


KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) diperbuat daripada bahan premium seperti Bijirin Oat, Oat protein, Konjac, L-Carnitine dan Biji Chia.


Bagaimana Mengamalkan KITSUI MEAL REPLACEMENT Plus (KMRP)

Okay kita dah kenal manfaat KMRP ni, so bagaimana pula cara makannya?


KMRP sangat mudah untuk diamalkan. Hanya perlu tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP ke dalam 200-250mL air sejuk atau air suam. Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa.

Kemudian kacau atau goncang untuk melarutkan , dan terus minum dengan segera. KMRP juga boleh dibancuh dengan air soya, susu badam atau ditambah buah-buahan atau lain-lain makanan yang berkalori rendah.

Anyone yang berumur 18 tahun ke atas sesuai amalkan KMRP, namun ia tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu .


KMRP ini boleh di amalkan sebagai penggantian makanan untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam.

DIET PROGRAM KMRP®️


1. DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1



Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)

2. DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2




Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)



3. DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3




Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)




Di mana nak dapatkan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)?








Korang boleh dapatkan KMRP dengan berkunjung ke Watson atau Guardian yang berhampiran dengan korang. Atau beli online jer, klik-klik jer link shopee atau lazada di bawah: -


Kitsui Links







So korang yang kurus dan turun berat badan, huda rekemen korang cuba KMRP. InshaAllah lepas sebulan mesti nampak hasil yang membanggakan. Jom kurus sama-sama!






Post a Comment

0 Comments