Bufet Ramadan di Ames Hotel Melaka - Nikmati 280 Hidangan dari 13 Negeri Malaysia!


Bufet Ramadan di Ames Hotel Melaka - Nikmati 280 Hidangan dari 13 Negeri Malaysia! |
Hye semua pembaca blog Ceritahuda.Com. Korang dah ready ke nak sambut bulan Ramadan bulan depan? Selain persediaan fizikal untuk berpuasa sepanjang hari, persediaan lokasi berbuka juga penting. So, apa kata korang tempah bufet Ramadan di Ames Hotel Melaka. 
Bulan puasa ini, Ames Hotel bersedia untuk mempersembahkan kepada anda lebih 280 hidangan tempatan, antarabangsa dan tradisional dari 13 Negeri Malaysia bermula dari 23 Mac – 21 April 2023 di Restoran The Munch. Pasukan kulinari yang diketuai oleh Chef Eksekutif Ramu Suppiah dan Executive Sous Chef Ang Sabri telah menghasilkan konsep unik Bufet Ramadan Warisan Kampung yang sungguh menyelerakan. 

Nikmati 280 Hidangan dari 13 Negeri Malaysia di Bufet Ramadan Warisan Kampung di Ames Hotel, Melaka


Wow, 280 menu yang diinspirasikan dari 13 Negeri di Malaysia, memang rambang mata nak pilih nak makan apa dulu.. Apa kata mulakan dengan Ulam-Ulam, Ikan Masin, Kerabu dan Urap, Lemang, Serunding Ayam, Serunding Kelapa dan Serunding Daging. 
Nikmati juga pelbagai jenis pencicah seperti Sambal Belacan, Budu, Sambal Hitam Ikan Bilis, Sambal Mangga, Sambal Tempoyak, Cincalok dan Sambal Kicap.


Bagi yang suka masam dan sedap, lihat bahagian Jeruk, Kerepek dan Rojak.


Tak lengkap makan-makan di Melaka tak cuba menu signature Melaka seperti Asam Pedas dan Laksa Melaka Udang Galah. 

Korang tengok lah, Udang segar dan besar. Masak panas-panas  dan makan ketika berbuka memang sedap!

Uniknya menu asam pedas , ada pelbagai pilihan ikan segar. Kuah Asam pedas yang pekat dan memang padu! Wajib try okay! 


Chinese Counter menghidangkan menu masakan cina seperti  Salt & Pepper Fried Fish, Stir fried squid Kam Heong dan Mee Goreng Tengkera. 



Yang bestnya ialah gerai-gerai yang menghidangkan Roti John, Sup Tulang Daging, Ayam Sharwarma, Goreng- Goreng, Ayam Gulai Kawah, Daging Rendag Tok , Asam Pedas, Char Koay Teow, Aneka Satay dan Kambing Biri Biri Golek.

Terdapat bahagian  yang menarik di mana anda boleh membangkitkan selera anda dengan Grissini, Lavash, Pita, Tabouleh, Fattoush, Nasi Briyani Palestin, Keju Fatayar dan Dhall.


Tak lengkap berbuka puasa kalau tak makan nasi berlauk kan? Jangan lupa cuba Ayam Kurma Berkentang, Kepah Masak Masam Manis, Mutton Vindaloo, Sambal Udang Nenas, 

Counter Western 



 Spaghetti Aglio Olio, Chicken Parmiagiana, Stew Daging Lembu dan Pelbagai Piza tersedia di Western Counter untuk dinikmati. 

Kaunter minuman yang menyajikan pelbagai jenis air pastinya korang rambang mata nak pilih. Favourite huda adalah Air Lemonade yang sungguh sedap! 




Lengkapkan hidangan berbuka dengan pelbagai pilihan pencuci mulut. Antara pencuci mulut yang terdapat di sini aneka Pastri Perancis, Puding Warna-warni, Jeli Pelangi, Krim Vanila Brulee, Flan Buah, Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang,  Ais Krim , Kuih Apam Gula Melaka, Biskut, Pulut Panggang, Ketayap, Seri Muka, Dodol, Kurma, Pelbagai jenis buah-buahan , Ais-Kacang dan Lai Chee Kang.

Bufet Warisan Kampung bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam. Tawaran promosi pembelian awal ialah RM108 bersih bagi setiap dewasa dan RM78 bersih bagi setiap kanak-kanak berumur 6-11 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan sah dari sekarang hingga 18 Mac 2023.

Harga biasa untuk Bufet Warisan Kampung selepas 18 Mac 2023 ialah RM 118 bersih bagi setiap dewasa dan RM78 bersih bagi setiap kanak-kanak berumur 6-11 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

Beli 10 baucar dewasa dan dapatkan 1 baucar secara percuma (tidak berkenaan untuk tawaran awal). Kanak-kanak di bawah 6 tahun makan secara percuma semasa bulan puasa.Sepanjang Ramadan ini, akan ada jualan kraftangan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Jom Buat Tempahan Bufet Ramadan di Ames Hotel Melaka sekarang!


Untuk tempahan, hubungi +60126982957 atau e-mel: dine@ames-hotel.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Ames Hotel dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari http://www.ames-hotel.com and ikuti social media  https://www.facebook.com/ameshotel

Post a Comment

1 Comments

Syu Deris said…
Bestnyer
Banyak pilihan menu 🤤