Tarikan Terbaru di Jonker Walk - Tanglung Peranakan Terbesar , tersenarai dalam Malaysia Book of Records!
Tarikan Terbaru di Jonker Walk - Tanglung Peranakan Terbesar , tersenarai dalam Malaysia Book of Records! | Hye semua pembaca blog huda! Apa plan korang cuti long weekend sempena sambutan Chinese New Year ? Huda plan nak bawa family jalan-jalan ke Melaka dan singgah ke Jonker Walk. Kalau korang nak tahu, sekarang ada tarikan terbaru tau di Jonker Walk. So huda tak nak lepaskan peluang bergambar dengan tanglung Peranakan terbesar di negara ini yang ditaja oleh gula-gula Himalaya Sports. Tanglung gergasi berkenaan mempunyai rekaan menarik yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda oleh Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15, yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan kita. Menarik kan? So korang jom kita bawa family datang sini!
Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar”
Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, sepasang tanglung berkenaan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar” dan syarikat konfeksionari gula-gula Himalaya Sports dianugerahkan pengiktirafan pada pelancaran rasmi tanglung berkenaan, yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.
Secara rasminya , Perunding rekod kanan, Siti Hajar Binti Johor, menyampaikan sijil Malaysia Book of Records kepada Datuk Kenny Low, pengerusi dan pengarah urusan Nicko Jeep Manufacture di hadapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Tiong King Sing
Datuk Wira Gan Tian Loo bersama Datuk Kenny Low mengetuai perbarisan” the Biggest Peranakan Lantern “ di Jonker Walk.
Tanglung ini dipamerkan lebih awal daripada perayaan Tahun Baharu Cina untuk menerangi Jonker Walk yang bakal sibuk dengan penduduk setempat yang mengunjungi Chinatown itu ketika mereka membuat persediaan untuk menyambut perayaan di samping pelancong tempatan dan asing yang mengambil kesempatan untuk menikmati suasana meriah sepanjang percutian.
Himalaya Sports Menaja Gerbang Jonker Walk dengan 800 tanglung!
Pelancaran tanglung yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini yang mana ia juga adalah penaja rasmi gerbang laluan masuk Jonker Walk dan 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah Chinatown.
Datuk Kenny Low, pengasas dan pengarah urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. yang memiliki Himalaya Sports berkata,
“Ia suatu peluang yang hebat bagi Himalaya Sports untuk kembali sebagai penaja bagi tahun ketiga di Jonker Walk dan tanpa kekangan perjalanan kali ini, kami mahu meraikan perayaan ini dengan sesuatu yang istimewa dan menjadi kenangan. Tanglung Peranakan yang mencatat rekod dan reka bentuknya yang rumit itu memberi penghormatan kepada tradisi tanglung Cina, sejarah Melaka dengan negara China, serta permulaan kepada budaya Baba Nyonya yang membentuk suatu keunikan warisan khazanah pelbagai budaya Malaysia hari ini.”
Datuk Kenny Low juga berharap menerusi kerjasama dengan Jawatankuasa Jonker Walk ini dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong pemulihan industri pelancongan Malaysia yang terjejas, impak yang dahsyat akibat pandemik.
Tanglung Peranakan Terbesar itu bakal menjadi tarikan baharu untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Jonker Walk tahun ini sebagai tambahan kepada tempat kegemaran sekian lama seperti pasar malam hujung minggu, kedai antik di samping menyelami budaya Baba Nyonya di sekitar Jonker Walk.
Adunan unik adat Cina dan Melayu, budaya Peranakan terbukti dalam bahasa, pakaian, makanan serta seni tradisional pembuatan tanglung – sejenis kraf yang dipercayai dibawa oleh anggota kru berkemahiran Laksamana Cina Zheng He ke Semenanjung Malaysia ketika perjalanannya.
Secara tradisionalnya diperbuat daripada buluh yang melambangkan kekuatan dan kebaikan, tanglung digantung di laluan masuk ke rumah sepanjang perayaan yang menggembirakan ini dan hari sembahyang nenek moyang dalam kalangan Cina Peranakan. Ia juga dikenali sebagai tanglung nama keluarga kerana nama keluarga dan kelompok keluarga ditulis dengan ketara pada tanglung di samping lukisan menonjol yang melambangkan beberapa aspek budaya Cina, dan ia lazimnya diwarisi turun temurun.
Jom Join Contest SPOT, SNAP & WIN’
Menambah keceriaan Tahun Baharu Cina adalah peraduan ‘SPOT, SNAP & WIN’ Himalaya Sports. Mulai sekarang hingga 28 Februari, pengunjung boleh meneliti sepasang tanglung Peranakan itu untuk meneka bilangan pek gula-gula Himalaya Sports yang tersembunyi di dalam rekaan yang rumit itu dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM19,888 dan juga Himalaya Sports Goodies!
- Hadiah Utama – Hadiah wang tunai RM3,888 & Himalaya Sports Goodies
- 3 x Hadiah Pertama – hadiah wang tunai RM1,888 & Himalaya Sports Goodies
- 5 x Hadiah Kedua – Hadiah wang tunai RM888 & Himalaya Sports Goodies
- 8 x Hadiah Ketiga – Hadiah wang tunai RM388 & Himalaya Sports Goodies
- 21 x Hadiah Ke-4 – Hadiah wang tunai RM88 & Himalaya Sports Goodies
- 12 x Hadiah Saguhati – Himalaya Sports Goodies
Sertai sekarang dengan langkah mudah ini:
1. Cari tanglung Himalaya Sports di Pejabat Jawatankuasa Jonker Walk.
2. Cari seberapa banyak Himalaya Sports Candy Pack yang anda boleh cari pada kedua-dua tanglung.
3. Ambil swafoto dengan tanglung
4. Hantar swafoto anda dan jawab dalam komen Facebook
5. Like Halaman Facebook Himalaya Sports Malaysia
Hadiah menarik dan cara penyertaan pun mudah!
So korang semua, boleh la planning bercuti ke Melaka tahun ni bersama keluarga dan kawan-kawan. Pastikan dalam tentatif cuti-cuti korang tu wajib singgah Jonker Walk! Jom kita sama-sama datang dan melihat sendiri Tanglung Terbesar di Pejabat Jawatankuasa Jonker Walk pada bila-bila masa tahun ini sehingga 30 Jun 2023 sahaja tau!
#HimalayaSportsMalaysia #HimalayaSports #HimalayaSportsCandy
# BiggestPeranakanLantern #JonkerWalk #Melaka2023
#chinesenewyear2023 #contestmalaysia
1 Comments