Hye! How your weekend. Weekend ni Allah uji sikit dengan allergic attack. Hanya yang pernah hadapi allergik jer tahu, how bad the condition.. Tak boleh tidur dengan lawan rasa gatal, dan bercampur dengan mood swing PMS. Sangat-sangat tak best! Banyak task huda KIV, harap next week dapat balik momentum untuk kerja. Sebab tengah malas nak buat apa-apa , huda terlayan reality show Dubai Bling di Netflix. Just tengok for fun, but end up rasa macam "tak best".....
Layan Reality Show Dubai Bling di Netflix Terus Rasa Macam Dunia ni.....
Lepas layan semua episod, huda rasa takut dengan dunia sekarang. Orang semakin kaya, semakin tiada agama dalam hidup diorang. Ini kali pertama huda tahu realiti kehidupan masyarakat Arab di Dubai. Ya Allah, teruknya... Terfikir, nama diorang adanya nama islam, diorang ni Muslim ke Kafir?
Then, google jumpa ni..
Then, google jumpa ni..
Zeina, Kris and kris’s wife are Christian. LJ, Loujaine Omain, Danya & her husband Dj Bliss, Ebraheem, Safa & her husband, and Farhana are all muslim
Last episod, wedding kawan Christian diorang, berparty sampai malam. Hmm, dengan tak menutup aurat, dan ada masa ke diorang ni solat yer?
Memang betul lah islam , sebab pergi umrah.
Tapi lifestyle, ya Allah, macam orang kafir dah. Jumpa kawan perempuan, cium, hug. Pergi pool mandi pun memang tak menutup aurat.
Entah lah.. Malay Muslim pun ramai sekarang hidup macam orang barat.
Takutnya realiti zaman sekarang, Muslim sekular. Memang kaya raya, tapi "miskin" perihal agama. Pergi umrah pun macam pergi bercuti. Pergi umrah pakai telekung, lepas tu pergi holiday dubai terus tayang itu ini.
Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah lindungi kita semua, dan pilih kita jadi Hamba Allah yang selayaknya ke syurga....
Huda nak kongsi hadis tentang umat akhir zaman...
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].
Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).
Dua penyakit dikatakan itu ialah;
Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.
Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:
1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
Apa yang Nabi kita sampaikan sudah berlaku. Dan huda teramat takut dengan nasib agama Islam.....
Semakin banyak huda tahu, semakin huda rasa gentar dan takut... Semoga Allah perlihara iman kita dari fitnah dunia...
0 Comments