Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dah umum!




Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dah umum! |
Hye! Ada ke yang macam Huda yang menanti bila KPM nak umum Kalendar akademik sesi 2023/2024 ? Semalam bila huda dapat tahu terus check dengan penuh debaran? kena berdebar? Actually dah tempah tiket flight next year dan nervous sangat kalau clash dengan bukan waktu cuti. Dan lepas check , pasrah jer lah! 

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dah umum!


Huda kongsi ni dari sumber yang sahih, direct dari website www.moe.gov

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 untuk kumpulan A 


Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 untuk kumpulan B


Cuti Perayaan - Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 


Anak-anak huda bersekolah di area kumpulan A dan huda tak puas hati dengan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 sebab korang boleh tengok jumlah hari persekolah lebih harinya dari kumpulan B. Kenapa tak buat betul2 balance. Tengok tambah cuti perayaan pun kumpulan A dan B berbeza. Entah la rasa macam tak adil sebab total hari persekolah tak sama walaupun dalam satu negara Malaysia. Sepatutnya kena lah sama kan jumlah hari persekolahan dan hari cuti tambahan. Takpe lah, mungkin anak-anak kumpulan A akan terlebih bijak sebab sekolah lebih sikit. Huhu.. 

Cuti raya pun alamak ciputnya,. terbayang jem nak balik kampung..huhu. mesti rasa tak meriah, balik kampung sekejap jer, tak sempat lah nak raya puas-puas. 

Dan huda tengah serabut nak reschedule flight sebab booking flight date clash dengan date bukan cuti sekolah. Kesian anak-anak kalau kena ponteng nanti. Tahun depan si abang dah masuk darjah 5 dan adik darjah 3. Silibus makin mencabar, harap anak-anak kita sihat walafiat dapat datang sekolah ikut takwim akademik yang ditetapkan oleh KPM.