Motivasi & Inpsirasi - 10 Pembohongan Pada Diri Sendiri


Motivasi & Inpsirasi - 10 Pembohongan Pada Diri Sendiri |
Hye Salam Ahad. Bagaimana dengan minggu yang sudah berlalu dan persediaan minggu baru esok? Huda kadang-kadang rasa down dan hilang motivasi dan inspirasi untuk buat apa-apa. Mungkin terlalu risau perkara yang tak pasti sampai terlupa untuk menghargai waktu sekarang. Pagi ni huda luangkan sekejap untuk menyuntik motivasi dalam diri sendiri. Huda kongsikan juga di sini semoga ia memberi manfaat. 


10 Pembohongan yang kamu katakan pada diri sendiri:

1. Saya tiada bakat, kemahiran, masa dan duit.


Hakikat : Semasa kamu membaca posting ini, bererti kamu ada masa. Masa adalah sumber utama untuk dapat mengasah bakat, membentuk kemahiran dan menghasilkan wang.
Gunakan masa kamu sebaiknya.


2. Saya akan mulakan nanti. Paling cepat esok!


Hakikat : Esok hari itu bukanlah satu jaminan kamu akan dapat. Kesempatan belum tentu datang esok hari. Maka kamu cuma ada masa hari ini sahaja.


3. Ia terlalu susah untuk saya.


Hakikat : Bermulalah walaupun kecil dan sedikit. Berusaha secara kecil, lama-lama besar jadi bukit juga.

4. Saya kesian dengan diri sendiri.

Hakikat : Kesian takkan mengubah apa-apa. Makin dikesian, makin membazir tenaga yang keluar. Hari ini, terus mula bertindak dan ubah kehidupan.


5. Saya dah selesa dengan apa yang ada.

Hakikat : Kehidupan sebenarnya bermula dihujung 'comfort zone'. Jika selamanya kamu rasa selesa, kamu sebenarnya sedang 'tidak bernafas'. Hidup adalah satu perjuangan!

6. Kalaulah saya ada masa, saya akan buat.

Hakikat : Bukan masa yang kamu perlu fikirkan tetapi keputusan. Buat keputusan cepat dan jangan buang masa!


7. Kalau saya buat hal itu, nanti orang fikir saya bodoh.

Hakikat : Ingat! Pendapat orang tak menentukan pun pendapatan kamu. Kamu yang kena bayar bil tiap bulan.
 

8. Saya ni tiada bakat, jadi susah nak berjaya.

Hakikat : Kalau dah mula-mula pun letak perkataan susah, memang susah nak berjaya. Kamu tiada hak katakan diri kamu tiada bakat. Bakat itu hanya membantu 1% sahaja. 99% pula adalah usaha keras!

9. Saya tak tahu nak mula dari mana, dan apa yang perlu saya buat.

Hakikat : Mulakan dengan membentang tikar sejadah dan solatlah. Berdoa pada Allah minta ditunjukkan jalan. Kemudian, bila sudah tenang, ambil sehelai kertas dan senaraikan 10 masalah yang kamu hadapi. Kemudian, fikirkan solusinya.

Kalau tak jumpa juga, berjumpalah dengan guru atau orang yang pernah berpengalaman dalam masalah tersebut, minta pandangannya dan ambil inspirasi dari cadangan mereka.

10. Saya dah terlalu tua untuk itu.

Hakikat : Semuanya berbalik pada pendirian kita dalam sesuatu perkara. Bila kita ada fokus dan matlamat untuk dicapai, itu tanda kita sedang memikirkan cita-cita dan masa depan.
Orang yang fikir masa depan sebenarnya adalah orang muda.
Sedangkan, orang yang fikir dan bercerita masa lalu pula adalah orang tua.
Usia bukan pada nombor tetapi pada kematangan dan pendirian.

Moga kita semua berlepas dari sebarang pembohongan diri dan siapsiaga untuk menjadi manusia yang lebih hebat dari hari ke hari ya!

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Post a Comment

0 Comments