Tempat Menarik KL - MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR



Tempat Menarik KL -  MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR | Hye korang! Suka bergambar dan mencari tempat menarik untuk spend time dengan family dan kawan-kawan? Huda rekemen korang datang ke Museum of Illusion KL. Alhamdulilah, bulan lepas huda berkesempatan ke Museum Of Illusions (Muzium Ilusi) yang bertempat di Ansa Hotel Kuala Lumpur berdekatan dengan Bukit Bintang. Nama pun muzium ilusi kan ? So tempat ni fokuskan kepada tarikan interaktif yang berkaitan visual ilusi yang menarik! Terdapat lebih 70 pameran ilusi yang direka untuk membuat korang meneka persepsi terhadap realiti sebenar. Serius memang enjoy dan berbaloi datang sini!


Tempat Menarik KL -  MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR


Head On The Platter

Asal usul Museum Of Illusions ini dikatakan dari Zagreb, Crotia. Ia merupakan muzium interaktif yang menawarkan pengalaman visual ilusi dan pendidikan yang menarik serta meghiburkan yang sesuai untuk semua kumpulan umur, dari tadika hingga ke kumpulan pesara. Anak-anak huda sangat enjoy dengan ilusi Head on the platter ni.. 


The Chair Illusion

Muzium of Illusions mempamerkan ilusi yang menghiburkan dan mengajak kita bermain dengan minda, ianya turut mengajar tentang penglihatan, persepsi, otak manusia, dan sains serta mengajar kita mengapa mata kita mungkin melihat perkara-perkara yang tidak difahami oleh otak.


Ilusi... tengok dari dekat dan jauh memang berlainan. Hebat sungguh! 

Dalam banyak-banyak ilusi di sini, huda sangat suka dengan Ames Room ni. Dua subjek yang sama saiz menjadi berbeza. Imej yang membingungkan yang memainkan trik pada diri kita sehingga mengelirukan mata dan otak kita. Ilusi visual ini hanyalah satu peringatan bahawa deria kita tidak sempurna dan persepsi kita terhadap dunia sering diputarbelitkan.



Berikut adalah tarikan yang ada di sini, kena datang dan lihat banyak lagi koleksi dari ilusi optik yang pasti buatkan anda terhibur dan terfikir-fikir.













Wajib singgah di kedai cenderahati sebelum keluar dari Museum of Illusion ni. Ada banyak cenderahati menarik yang berkaitan dengan permainan minda dan ilusi dijual yang boleh di jadikan kenang-kenangan atau boleh hadiahkan pada anak seperti mainan pendidikan, congkak, puzzles, baju, pensel atau buku nota serta banyak lagi yang korang boleh pilih untuk di bawa pulang.


Jom ke Museum of Illusion KL! 


Untuk info lanjut anda boleh layari website official Museum of illusions di :
www.museumofillusions.com
https://www.instagram.com/museumofillusions_kl/

Alamat :
Ansa Hotel 1st&2nd floor
101 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Phone: 03-21102654
info@museumofillusions.my

Working Hours :
Monday till Sunday
9:00 AM – 11:00 PM

Harga Tiket :
Adult: RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)
children (5-15 years): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)
family ticket:* RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)
*includes 2 adults with max. 2 children (5-15 years)


Kami enjoy to the fullest hampir 2 jam juga lah di sini. Dah dua kali kami repeat datang sini! Ada rezeki nanti nak datang lagi!



Post a Comment

0 Comments