Sembang-Sembang Petang "Tunch" Buffet di Ames Hotel Melaka Memang Berbaloi! | Hye korang! Thanks datang singgah blog huda. Previosu artikel, huda ada kongsi pengalaman bercuti di Ames Hotel dan juga dinner dengan tema Peranakan dan BBQ. Kali ni huda nak kongsi tentang satu lagi promosi menarik di Restoren The Munch di AMES Hotel . Pernah dengar perkataan "Tunch" ? Restoren The Munch, AMES Hotel telah menghasilkan konsep baharu yang dipanggil Tunch Buffet yang merupakan gabungan makan tengah hari ( Lunch) dan Hi-Tea.
Nasi Beriyani dan Kari Kambing Wajib Try!
Sembang-Sembang Petang "Tunch" Buffet di Ames Hotel Melaka
Girls Power!
Sembang-Sembang Petang "Tunch" Buffet Restoran ini eksklusif pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 4.00 petang. Promosi ini available bermula sekarang sehingga 13 November 2022.
Harganya pula adalah RM70 bersih setiap dewasa dan RM60 bersih untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Chef Eksekutif hotel Ramu Suppiah dan pasukan chefnya telah mencipta pelbagai perisa, daripada hidangan istimewa makan tengah hari hingga ke kegemaran waktu minum teh.
Salad Bar
Mulakan di Salad Bar dengan pelbagai salad segar, timun, lobak merah dan tomato. Wajib cuba Salad Ayam Hawaii dan Sandwic Croissant.
Sandwic Croissant.
Pelbagai jenis kerabu juga turut di hidangkan
Kemudian korang boleh menikmati pelbagai menu yang sedap menjilat jari untuk makan lunch dan juga minum petang antaranya :-
Marinated Chicken Wings, Yong Tau Foo, Chicken Mutabak, Pasta Aglio, Aglio, Egg Foo Yong, Bungkus Nasi Lemak, Kari Kambing, Chicken Mai, Udang Goreng Berlada, Deep fried Wantons dan Salted Egg Sotong.
Marinated Chicken Wings
Spagetti
Di sini turut menyajikan Sate Ayam & Lembu yang sangat sedap. Lembut isi sate di sini, kuah kacang pun sedap sangat tau!
Nasi Beriyani dan Kari Kambing Wajib Try!
Dah tekak orang melayu, wajib cari nasi bila makan lunch kan? Korang tengok la nasi beriyani dan kari kambing ni, sangat menyelerakan sungguh! rasanya sedap sangat.
Nasi Beriyani
Kari Kambing
Kalau korag tak suka makan kambing, boleh pekena nasi beriyani dengan Sambal Udang dan juga Sotong Salted Egg yang menggiurkan ni...
First time jumpa ni di buffet di hotel.
Dah puas makan menu berat, masa untuk makan menu pencuci mulut dan pelbagai menu hi-tea yang menarik di sini.
Menu Hi-Tea yang Menggoda...
Bahagian desert dan manisan sememangnya sangat menggoda! Rasa nak cuba semua menu!Nikmati buah-buahan potong tempatan, Pastri Perancis, Aneka Kuih Melayu & Nyonya, pelbagai perisa Aiskrim, Ais Kacang Bubur, Kacang Merah dan Madelines.
Nikmati secawan teh-tarik yang menyegarkan dengan Goreng Pisang, Goreng Keledek dan Cocodok.
Hilangkan dahaga anda dengan minuman Kordial, Kopi/Teh dan Lemonade.
Jom jangan lepaskan peluang nikmati Sembang-Sembang Petang "Tunch" Buffet di Ames Hotel Melaka
12.00pm - 4.00pm ( Every Saturday & Sunday )
RM 70 ( Adult) | RM 60 ( Children/Senior)
valid till 13th November
+60 12 698 2957 / +60 17-267 1106 or email dine@ames-hotel.com
𝑩𝒆 𝑨𝒘𝒆𝒔𝒐𝒎𝒆. 𝑩𝒆 𝒂𝒕 𝑨𝑴𝑬𝑺.
1 Comments