Jom Nikmati Keunikan Makanan Melaka di Peranakan & BBQ Buffet Dinner di Ames Hotel Melaka


Jom Nikmati Keunikan Makanan Melaka di Peranakan & BBQ Buffet Dinner di Ames Hotel Melaka |
Hye korang! Last weekend huda staycation di Ames Hotel, dan untuk dinner huda bawa family makan-makan di The Munch di AMES Hotel. Teruja nak rasai makanan authentic Melaka yang terkenal dengan keunikan budaya Baba dan Nyonya atau juga dikenali dengan Peranakan. 

Peranakan & BBQ Buffet Dinner di Ames Hotel Melaka




Restoren The Munch di AMES Hotel menyediakan dinner buffet dengan tema Peranakan dan Makan Malam Bufet BBQ pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam. Promosi yang berakhir pada 22 Oktober 2022 sahaja! 


Harga Peranakan dan Makan Malam Bufet BBQ 

  •  RM98 bersih dewasa
  • RM60 bersih ( kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun / warga emas berumur 60 tahun ke atas.) 


 Chef Eksekutif hotel Ramu Suppiah dan pasukan chefnya telah mencipta menu yang terdiri daripada sup, pembuka selera, hidangan panas dan pencuci mulut yang menggoda dan menyelerakan...



Appertizer 

Mulakan makan malam  dengan Hot & Spicy Seafood Soup atau Sup Ayam ABC yang dilengkapi dengan pelbagai jenis roti. 


Sedap sangat cicah roti bun dengan sup. Sebelah kiri sup Sup Ayam ABC, dan sebelah kanan ada Hot & Spicy Seafood Soup. Both are delicious! 


Next jom ke kaunter salad. Huda memang wajib amik salad kalau pergi buffet dinner. Sayur kan bagus untuk tubuh badan kita, before makan protein huda memang amalkan makan sayur dahulu. 


Sedap kerabu ni. Huda dan suami memang suka kerabu ni.


Tauhu sumbat ni pun sedap sangat makan dengan kuah kacang. Huda makan ini juga sebagai appetizer. 

Main courses / Menu Utama

Antara menu main course yang patut korang try Nyonya Style Fried Rice, Udang Masak Lemak Nenas, Ayam Pongteh, Daging Rendang Nyonya, Acar Awak, Kupang Goreng Cili Bawang, Ikan Siakap Cili Garam, Kailan dan Bawang Putih dan Chicken Lasagne. 


Udang Masak Lemak Nenas

Siakap Cili Garam

Nyonya Style Fried Rice

Saksikan cef beraksi di stesen memasak secara langsung sambil mereka menyediakan Nyonya Laksa dengan Udang Galah, Pizza Rendang Ayam Nyonya, Chicken Lobak dan Otak Otak Roll. 

Nampak tak oven pizza belakang tu. best tengok time chef masak dan hidang panas-panas pizza.. 



Di Seafood Bar, korang boleh menjamu selera dengan Udang dan Kerang dan seterusnya di BBQ Grill, jangan lepaskan pandangan anda dari Ayam Perap Portugis, Ikan Bakar Portugis dan Sotong Bakar. 





Jom layan video yang sempat huda rakamkan di sini...





Terliur tak tengok menu-menu menarik di  Peranakan & BBQ Buffet Dinner , Ames Hotel ni ? 

Jom tempah sekarang!  

+6012 6982957
dine@ames-hotel.com

Post a Comment

0 Comments