DewanEja11 Memudahkan Semakan Ejaan dan Tatabahasa Dalam Penulisan





Sebagai seorang freelance writer dan fulltime blogger, setiap hari huda menulis. Dan kerap kali huda hadapi masalah ejaan dan juga tatabahasa yang kadang-kala tidak disengajakan atau terlepas pandang. Namun, masalah huda ini dapat diatasi bila huda menggunakan perisian interaktif DewanEja11. Jom huda kongsikan lebih lanjut tentang DewanEja11.

DewanEja11 Memudahkan Semakan Ejaan dan Tatabahasa Dalam Penulisan

Kelebihan Aplikasi DewanEja11

1. AUTOCOMPLETE

Taip lebih cepat

Huda sangat suka ciri ini, sebab boleh jimat masa untuk menaip. Semasa menaip dalam MS Word, DewanEja 11 mengikut perkataan yang ditulis dan memaparkan cadangan dengan cepat. Hanya tekan TAB untuk melengkapkan perkataan. Mudah dan cepat!



2. AUTOPREDICTION
Lengkapkan frasa serta-merta

Selepas menaip perkataan, DewanEja 11 meramalkan perkataan seterusnya untuk anda, berdasarkan ribuan ayat bahasa Melayu yang dianalisis untuk data statistik. Sebagai contoh, taip "terima", dan "kasih" dicadangkan secara automatik. Hanya tekan TAB untuk menerima.



3. BERFUNGSI DALAM PELAYAR INTERNET ( INTERNET BROWSER ) seperti Chrome, Edge dan FireFox.


Sambungan penyemak imbas yang membolehkan huda menyemak ejaan dan tatabahasa ketika menulis blog, menjawab email clients dan menulis review di media sosial. Tambahan pula jika menulis draft untuk client, huda suka menulis di Google Words. DewanEja11 berfungsi dengan baik dalam membantu huda menulis dan menunjukkan kesalahan tatabahasa yang perlu diperbaiki sebelum menyerahkan draft kepada client.





4. IDEA Menulis dengan lebih Kreatif

 


Ada masanya tiada idea dalam memilih perkataan yang sesuai. Dengan adanya ciri Theasuarus BM , huda boleh dapatkan idea menulis dengan lebih kreatif!




Pengalaman huda selepas menggunakan DewanEja 11 ni pada permulaan agak lambat sikit aplikasi ini aktif. Mungkin bergantung speed laptop juga rasanya. Namun lepas dah aktif laju jer ia berfungsi. Ada masa ia kurang cekap, dan huda tak dapat nak cari ayat terbaik untuk menulis. Tapi semuanya okay jer, yang penting aplikasi ini sangat membantu!


Siapakah yang Wajib Menggunakan DewanEja11?


1) Freelance Writer

Dari pengalaman sendiri, huda memang rasa perisian DewanEja11 sangat-sangat memudahkan dan membantu proses menulis setiap hari. Maka produktiviti meningkat dan lebih efisyen.

2) Pekerja Akademik/ Pejabat

Tidak kira bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat yang memerlukan tugasan menulis seperti menulis rekod, laporan dan kertas-kertas kerja.


3) Pelajar

Sama ada pelajar peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat Universiti, aplikasi DewanEja11 ini pastinya sangat memudahkan proses pembelajaran. Antara ciri terbaik untuk dimanfaatkan oleh pelajar adalah fungsi kamus dan thesaurus.


Untuk maklumat lanjut berkenaan DewanEja11, boleh tekan link dekat bawah:


Website : https://bit.ly/dewaneja_huda

Facebook : https://www.facebook.com/DewanEjaPro/

Post a Comment

7 Comments

Rawlins GLAM said…
Ini sangat membantu bagi yang perlu menulis in BM - macam untuk siapkan tesis kan. Mudahnya ada DewanEja
Wah bagus ni untuk tingkatkan lagi gaya menulis kan
Kalau buat blog function juga apps ni untuk check kesalahan macam ni. Sangat berguna.
仙妮 said…
Ohh wow....this is really a good resource side for all writers especially, thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing
Sis Lin said…
Bagus sangat ni, Sis baru tawu juga ni, selalu guna je apps yang sedia ada dalam laptop tu.. nantin nak try laaa
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this, nanti sis pun nak try this coz sometimes memang tak sure sangat dengan ejaan
halimah muhiden said…
Bagus jugak ada apps DewanEja11 utk kita rujuk, kadang2 kita tak fahan bahasa melayu sjrg dah byk perubahan