Pengalaman Bercuti di Lost World of Tambun- Staycation Birthday Arif ke 10 Tahun


Anak adalah amanah, untuk kita jaga dan hargai dengan penuh kasih sayang. Sempena Arif Haikal , anak sulung huda menginjak usia dua angka yang pertama dalam hidupnya , huda nak cipta memori indah untuk dia ingat sampai bila-bila. Selain bagi hadiah ketika birthday, birthday staycation juga menjadi kewajipan setiap kali birthday anak-anak. Lokasi pilihan untuk birthday staycation kali ni adalah Lost World of Tambun , Ipoh Perak.

Perjalanan menuju ke LWOT , kami memilih menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh yang memakan masa 2 jam 30 minit. Perjalanan lancar dari pukul 3.30 pm dan sampai di Ipoh pukul 6 petang. Sampai sahaja di stesen KTM Ipoh, huda tempah GRAB menuju ke Tambun dengan kos tambang RM 20 dan mengambil masa hampir 1 jam kerana kesesakan lalu lintas.



Sampai sahaja di hotel Lost World of Tambun, terus check in . Alhamdulillah urusan check in sangat lancar dan cepat!



Dapat sahaja kunci bilik dan berehat sementara menunggu azan maghrib dan solat jamak qasar dengan isyak. Selesai solat kami menuju ke Night Park di Lost World of Tambun. 


Sudah rezeki tertulis, hujan membasahi bumi sepanjang malam ketika kami di Night Park. Walau hujan dari lebat kemudian gerimis, persembahan Fire Show yang di jadualkan pukul 9 am terus berlangsung di dalam renyai hujan.
 

Sambil menunggu persembahan sempat juga huda beli kudapan di Ipoh Street. 


Total semua ni hampir RM40 juga,.. Paling menyesal beli 5 cucuk bebola dengan harga RM15. huhu…

Selesai menonton persembahan live Fireshow di main stage LWOT, kami sekeluarga mandi manda di kolam air panas.

Agak sedih juga, tidak dapat ronda-ronda bergambar dan menikmati pelbagai tarikan lain di Night park kerana cuaca hujan yang semakin lebat.

Pukul 10 malam kami pun beransur pulang ke hotel LWOT.

DAY 2 
Pada keesokan harinya, kami sekeluarga menuju ke untuk sarapan pagi. Huda dapat free sarapan pagi untuk 2 dewasa, manakala untuk anak-anak dikena kan caj RM 20 seorang.

Pilihan buffet breakfast di sini biasa-biasa sahaja.

Selesai sarapan kembali semula ke bilik untuk kemas-kemas dan ready to check out. Kami check in hanya 1 malam. Selepas check out dan letak beg di lobby dengan pengawasan staff kami terus ke Theme park LWOT.
Tiket dewasa sekali dalam pakej yang huda beli melalui website mattaonline.travel. Untuk tambahan tiket kanak-kanak huda beli di Shopee.

Malam semalam, ketika pick up tiket Night Park huda ada bertanya pada staff , pukul berapa buka theme park esok. Staff tu kata pukul 10 am. Maka seawal pukul 9.45 am huda mula beratur di kaunter untuk claim tiket yang dibeli secara atas talian. Namun tunggu punya lama, sekali staff yang bertugas kata kaunter buka pukul 10.30 dan theme park buka pukul 11 am. Berdiri hampir sejam untuk claim tiket. Kemudian kena beratur lagi untuk masuk ke theme park. Kemudian kena beratur lagi untuk beli pass locker untuk simpan barang. Fuh banyak kali juga beratur, sampai anak-anak mula kebosanan.


 

Pukul 11 lebih baru boleh nak berjalan-jalan di Theme Park. Kami skip jer bahagian taman tema , sebab anak-anak aim diorang nak main air jer.


 
Ada nampak train, ingat nak naik train dulu pusing-pusing theme park, namun jadual train masih lambat lagi, maka jalan kaki sahaja mencari tempat menarik sekitar LWOT. Sebelum baju basah, ajak anak-anak ronda petting zoo, Tarantula Alley dan kemudiannya kami mengelilingi Adventure River








Selepas 2 kali pusingan , kami mula lapar sebab jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Terus mencari makanan tengahari. Menu pilihan kami adalah set nasi ayam penyet yang berharga RM 10 satu set. Bagi huda quite affordable menu makanan di sini .



Tempat makan kami betul-betul menghadap Malayana Fortress dan membelakangi tasik. Di tasik ini boleh main swan paddle dengan kos RM 20 seorang.



 Selepas kenyang makan lunch, kami berjalan menuju ke Tin Valley. Di area sini juga menempatkan glamping site. InshaAllah one day nak repeat bercuti dengan glamping di sini.( Tak sempat nak snap gambar sebab tiba-tiba hujan dan terus cari tempat berteduh )  

Kemudian lepak sekejap minum kopi O dan biskut di Dulang Tea House. 



Selepas minum kedengaran show di kandang harimau sudah bermula. Anak-anak bergegas menuju ke Tiger Feeding Show.

Selesai menonton Tiger Feeding Show baru lah kami main air di Malayana Fortress. Memang best, luas dan seronok sangat. Actually banyak tarikan Water Park di Lost World of Tambun ni. Tapi sempat enjoy kat Malayana Fortress ni jer.. 



Setelah main air lebih kurang 1 jam di sini, kami menuju ke tarikan seterusnya iaitu Hot Spring. Memang seronok mandi kolam air panas dalam keadaan hujan renyai-renyai. Pengalaman menarik untuk diingati sampai bila-bila.

 
Jam sudah pukul 5 lebih, kami harus memulang pelampung sebelum pukul 5.45 petang. Kemudian kami menuju ke Jungle Wave Bay untuk bermain di lokasi terakhir , main sebentar dan huda memulangkan pelampung sebelum waktu sewa tamat. 



Setelah puas bermain air, bersihkan diri dan solat. Kembali semula ke hotel untuk pick up luggage dan tempah Grab menuju ke hotel lain di Bandar Ipoh.


Bye-Bye LWOT. Semoga murah rezeki kami dapat jejak sini lagi tahun depan!

P/s : Nak tips beli pakej LWOT Murah? Boleh baca SINI 

Stay tuned for next entry…thanks for stopping by!

Post a Comment

8 Comments

sueizza said…
bestnyaaaa sini pun tak pernah smapai lg...
Qaseh Dalia said…
Rindu lowt , nanti nak repeat bawak rania pulak
Nadia Johari said…
Pergh besar juga tempat dia ye. Bestnya. Harap ada rezeki ke sini. Tak pernh pergi sini lagi
Permatabiru said…
Best dah lama kitaorang x ke LWOT. Wishlist tahun ini harap sempat ke sana. Mmg best kan
Syiera Firdaus said…
Bestnya macam2 boleh buat
Anonymous said…
Ingatkan tempat ni kecik je. Siap ada rimau tu.. www.aisyaismail.com
Farah Samad said…
Bestnya tengok. Saya belum pernah sampai sini lg. Kena masuk dalam plan ni 😍
Ayue Rejaluddin said…
Lamanya tak pegi LWOT... Last pi bulan 1 tahun lepas ke 2tahun lepas ntah... Heheheheeh