Review Movie Emergency Declaration - Huda Bagi 4 Bintang!






Review Movie Emergency Declaration - Huda Bagi 4 Bintang!  | Hye semua pembaca blog CeritaHuda.Com. Hari ni huda nak sharing satu review movie yang huda tengok baru-baru ini yang berjudul Emergency Declaration . First rasanya huda tengok filem korea di wayang. Semua yer sebab baca review kawan yang dah pergi dan orang lain review kata movie ni best dan emotional. So why not, grab tiket harga murah di kala weekdays dan kidnap my hubby join sama pergi movie date!

Sinopsis Emergency Declaration




Semasa menyiasat ancaman pengganas yang berlaku dalam talian, pihak berkuasa Korea mendapati bahawa seorang suspek baru-baru ini menaiki penerbangan menuju ke Hawaii. Apabila penumpang yang sihat dalam pesawat yang sama tiba-tiba meninggal dunia, panik meletus dalam penerbangan dan juga di darat. Dengan bahan api yang semakin berkurangan dan penolakan antarabangsa untuk menawarkan bantuan, kapten dan anak kapal mengambil langkah kecemasan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menyelamatkan nyawa semua penumpang.



Filem menjalankan pengambaran pada bulan May 30 - October 24, 2020.
Pada asalnya filem ni sepatutnya ditayangkan pada Januari 2022, namun delay sebab COVID. At last bulan Ogos baru available untuk public. 


My 2 cents about Emergency Declaration


Sebelum pergi tengok, memang dah ready nak nangis, sebab banyak sangat orang review movie ni sedih. Plot dari awal sampai habis memang best sangat, dan huda memang menanti part mana lah yang sedih sangat yang orang canang-canangkan tu... Bila sampai part hampir ke penghujung.... adudu... air mata mengalir dari slow jadi laju plak.. huhu. Bila sentuh part family, kita semua yang ada family members, akan boleh relate dan sebak.. 

Movie ni kita akan dapat banyak pengajaran antaranya dalam menghargai hubungan kekeluargaan, pengorbanan seorang ibu yang tak pernah lupa tanggungjawab sediakan makanan untuk family. Sebelum pergi bercuti pun sempat sediakan makanan siap-siap untuk ahli keluarga yang di tinggalkan. 

Pengorbanan seorang ayah yang berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anaknya. 

Pengorbanan seorang menteri demi rakyat... 

Watak villain yang pyscho dan mati di pertengahan "battle" dan bagaimana plot terus berkembang untuk membocorkan rahsia disebalik bio-terrorist atack yang berlaku dalam plane. 

watak villain yang wujud adalah sebab tekanan masa kecil, sampai dia jadi psycho. 

memang betul sangat, bila parenting tak betul, efek pada anak dan end up merosakkan diri anak tu dan berikan kesan negatif pada masyarakat yang tidak bersalah. 

Lepas habis tonton movie ni, selain efek mata yang sedikit bengkak lepas nangis, hati pun jadi semakin sayu teringat pada family... 

Overall bagi huda berbaloi tengok movie ni, bukan setakat hiburan tengok wayang, tapi sarat dengan mesej yang boleh kita relate dalam life kita as human. 

Mudarat tu ada di mana-mana sahaja, di langit dan di bumi. Dan tangan manusia sendiri yang selalu menjadi punca kerosakan dimuka bumi. 

Sebab tu kita sebagai orang Islam, jangan pernah lupa untuk baca doa minta perlindungan Allah yang Maha Kuasa. 

Last but not least.. 

Miracle Do Happen...



Post a Comment

0 Comments