Travelog Penang - Hompton By The Beach Penang | Hotel kedua yang huda check in untuk #TripPenang2021 adalah Hompton By The Beach. Huda memang tertarik dengan view dari hotel ni. Hotel ni pun banyak dapat award. Rezeki kami dapat rate murah teramat sangat untuk hotel 4 bintang di Penang, sama macam hotel kami check in hari pertama di Penang.
Jom layan video room tour bilik kami, Bilik jenis Deluxe, plan nak upgrade bilik tapi dah penuh dah... so redha jer dapat bilik Deluxe pun okay, luas dan view best
Kebetulan kat shopee pun ada voucher hotel ni, dan jimat RM 100 pulak tu, Terus beli voucher masa awal tahun hari tu. Kos stay The Hompton by The Beach, hotel bertaraf 4 bintang, selama 3 hari 2 malam termasuk sarapan cuma RM 150 selepas tolak diskaun.
P/s : yer wak, kite mmg duta shopee..tu yg semua hotel cek in kat penang beli voucher kat shopee jer. Hehe..
Nah link.. https://shp.ee/zknny33?smtt=0.0.9
Sepanjang stay sini 3 hari 2 malam memang puas hati sangat, tahap kebersihan tip top, kemudahan bagus.
Staff semua friendly, sampai penat nak senyum. Pergi mana2 diorang tegur dan senyum. walau pakai mask still nampak smiling eyes.
Rasa best sangat dengan view cantik dari dalam bilik, view kat restoren cantik, view sebelum naik lif cantik, view kat pantai sunrise, sunset, moon light semua lah cantik. Jom layan gambar percutian family kami di Hompton By The Beach
View Sunrise
View dari restoren time kami breakfast. Owh ya, rate breakfast add on untuk kanak-kanak umur 7 tahun ke atas pun murah RM 15 jer, dah lah pilihan menu banyak dan semua sedap2!
Moon light dari bilik kami di tingkat 31.
View dari lif tingkat 31. Dah kenapa anak beranak duduk tepi tingkap ni? Huhu... setengah jam tunggu turn untuk naik lif , asyiklah fully occupied sebab memang timing orang check out. Lenguh dah berdiri masing-masing, duduk jer layan view...
#PenangTrip2021 #HudafizFamilyTravel #TravelBlogger #CeritaHudaDotCom #KBBA9
So rekemen korang stay sini. Hompton Hotel Penang memang hotel di Penang yang best!
0 Comments