Tahniah HEGIRA! Pembukaan Butik Pertama di Kota Bharu

Tahniah HEGIRA! Pembukaan Butik Pertama di Kota Bharu | Pada Jumaat yang lalu, 1 Julai 2022 huda turut menghadiri majlis meriah pembukaan butik Hegira pertama di Malaysia yang terletak di Aeon Mall Kota Bharu , Kelantan. Hegira merupakan peneraju hijab inovasi dan berinspirasi di Malaysia. Hegira  melangkah setapak ke hadapan dengan membuka butik pertama setelah tiga tahun berada dalam pasaran. 

Sebagai permulaan, butik pertama ini dibuka di AEON Mall Kota Bharu Kelantan Darul Naim dan bakal membuka satu lagi butik di Selangor.  Sebagai anak syarikat Siti Khadijah, nama Hegira diilhamkan daripada kemuliaan perkataan 'hijrah atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Tahniah HEGIRA! Pembukaan Butik Pertama di Kota Bharu

KOTA BHARU DIPILIH SEBAGAI LOKASI PERTAMA PEMBUKAAN
 BUTIK HEGIRA 

H E G I R A - nama yang unik penuh maksud tersirat . Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab yang dikeluarkan Hegira dalam usaha menampilkan keperibadian setiap wanita supaya tampil lebih bersederhana dan mengangkat martabat dan nilai diri mereka. Prinsip utama Hegira yang mengangkat inovasi telah berjaya meletakkan Hegira berada di barisan hadapan dalam pembangunan dan rekaan hijab yang tersendiri.


Butik Hegira pertama di Malaysia terletak  di Lot F-08. AEON Mall, Kota Bharu


Hegira menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO's) dan PS laitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO's) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So. Charmingly-So. Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita.

Nama pun catchy dan memang design pun cun, trendy , up-to-date. berbaloi sangat shopping di Hegira Butik ni.. 

Majlis Grand Opening Butik Hegira Pertama di Aeon Mall Kota Bharu


Majlis Grand Opening Butik Hegira Pertama di Malaysia di Kota Bharu di hadiri oleh Yang Berhormat. Dato' Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan. Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, En Mohammad Munzir Aminuddin. Group Chief Executive Officer. Siti Khadijah dan Puan Suri Daman, pengasas Hegira.

Puan Suri Daman  di Majlis Grand Opening Butik Hegira 

Pengasas Hegira, Puan Suri binti Daman yang sangat komited berkata dalam ucapan beliau :-  

"Butik pertama Hegira ialah tempat titik pertemuan antara  peminat Hegira dan juga kami sebagai pereka dan pengeluar. Dengan "dekatnya dua pihak ini, kami yakin untuk mengukuhkan lagi pengeluaran produk produk yang boleh menjadi solusi kepada cabaran cabaran yang di lalui wanita moden hari ini"

"Visi saya adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita, menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar. Kami akan terus mereka bentuk tudung. pakaian dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita-wanita ini. Lebih penting lagi, sesuai dengan slogan kami 'Ubah Nasib Anda', kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri. Kami juga merancang untuk menjadikan Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh Malaysia mulai tahun ini dan seterusnya"
Majlis akan disempumakan oleh Yang Berhormat. Dato' Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan. Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan

Huda sempat menemu ramah pengasas Hegira , Puan Suri Daman yang sangat peramah orangnya. Semoga Hegira terus maju jaya di masa hadapan dan menjadi hijab pilihan utama muslimah di Malaysia. 


 'Change Your Destiny' merupakan tagline jenama Hegira.

 Ia memberi inspirasi kepada muslimah untuk tampil lebih yakin dalam menempuh hidup yang kian mencabar , lagi-lagi bergelar muslimah di zaman kini. Sebuah lagi butik Hegira bakal di buka di IOI City Mall, Putrajaya tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini  Hegira boleh klik di pautan berikut :- 


Post a Comment

0 Comments