McDonald’s Malaysia Membayar Zakat Korporat RM200,000 dan Menyumbang 12 Ekor Lembu Korban kepada negeri Kelantan



McDonald’s Malaysia Membayar Zakat Korporat RM200,000 dan Menyumbang 12 Ekor Lembu Korban kepada negeri Kelantan | Sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu, McDonald’s Malaysia tidak melepaskan peluang merebut keberkatan bulan Zulhijjah dengan melaksanakan ibadah korban dan menyumbangkan 22 ekor lembu bagi ibadah korban di beberapa negeri di Malaysia. Daripada jumlah itu 12 ekor adalah khusus bagi negeri Kelantan sahaja, iaitu yang terbanyak setakat ini, di mana pembahagian daging telah diagihkan kepada golongan asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak MAIK.



Pada 12 Julai lalu,McDonald’s Malaysia juga telah membayar zakat korporat berjumlah RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), serta melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf dengan kerjasama MAIK. Pembayaran zakat korporat ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar kepada negeri Kelantan sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017, sejak diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. Alhamdulillah, Tahniah McDonald’s Malaysia, semoga terus maju jaya dan berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat yang memerlukan.


Majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua MAIK, yang juga menghadiri majlis sebagai penerima sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia daripada Dato’ Azmir Jaafar.



Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia:-


“Sempena Hari Raya Aildiladha, adalah menjadi harapan kami agihan daging korban ini dapat serba sedikit meringankan beban keluarga asnaf serta membenarkan mereka untuk meraikan perayaan pada tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kemasyarakatan kami untuk mewujudkan impak positif dalam komuniti di mana kami beroperasi seperti di Kubang Kerian, Kelantan. Menyumbang kepada golongan yang memerlukan merupakan satu daripada nilai teras syarikat yang sentiasa diutamakan,”


Selain itu McDonald's Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setiap tahun di Kelantan, termasuk oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.


RMHC Malaysia menjalin kerjasama dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk membuka Rumah Ronald McDonald sejak tiga tahun lalu. Rumah Ronald McDonald memiliki 20 bilik dan ibu bapa mereka (pesakit) boleh menginap di situ dengan hanya membayar RM5 semalam dengan fasiliti lengkap seperti dapur, bilik air, ruang makan, surau dan sebagainya semasa menjaga anak-anak mereka yang menjalani kimoterapi.


McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta!
Wah , banyak tu sumbangan zakat yang dikeluarkan pihak McDonald’s Malaysia . Ini adalah jumlah terkumpul untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat enam tahun yang lalu.



McDonald’s Malaysia juga berkesempatan untuk mengagihkan daging korban dan sumbangan duit raya kepada keluarga asnaf yang diraikan bersama di dalam majlis tersebut bertempat di McDonald’s Kubang Kerian.




Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bertitah :-


“Saya bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia yang telah mencari inisiatif untuk menyebarkan amal soleh dan mengadakan majlis sebagaimana pada hari ini. Apa yang kita sama-sama harapkan daripada sumbangan bayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia kepada MAIK pada hari ini ditambah lagi dengan sumbangan lembu-lembu korban daripada pihak McDonald’s kepada masyarakat Islam Kelantan akan mampu meningkatkan darjat ketakwaan kita semua kepada Allah Suubhanahu wa Taala di samping membantu meringankan beban para asnaf khususnya di negeri Kelantan,”


McDonald’s Kubang Kerian di mana majlis berlangsung, merupakan restoran terbaru McDonald’s di Kelantan yang mula beroperasi pada Mac lalu. Selain menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar lokasi restoran ini, McDonald’s berharap restoran ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, seterusnya meningkatkan tahap ekonomi keluarga mereka.


McDonald’s & HALAL Malaysia

Status HALAL McDonald’s Malaysia tiada lagi sangsi kerana McDonald's Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal dan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan.


McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.

Post a Comment

0 Comments