Big Bad Wolf di KTCC, Kuala Terengganu - “The Big Bad Box Sale – Midnight Madness”


Apa khabar, orang Terengganu! Jualan Buku yang dianjurkan oleh Jualan Buku Terbesar Di Dunia - Big Bad Wolf Books akhirnya kembali ke Terengganu selepas tiga tahun! Kali ini, Big Bad Wolf Books akan menganjurkan acara The Big Bad Box Sale – Midnight Madness di mana para pelanggan boleh menikmati ‘Box Deals’ eksklusif di Jualan Buku yang akan berlangsung selama 11 hari mulai hari ini, 29 Jun sehingga 9 Julai 2022 dari 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

Para ulat buku, pelajar, guru dan ibu bapa dari semua peringkat umur di seluruh negeri boleh menantikan beberapa ‘Box Deals’ menakjubkan yang akan ditawarkan di The Big Bad Box Sale – Midnight Madness bertempat di KTCC Mall, Pusat Membeli-Belah yang terbesar dan moden di kota Kuala Terengganu.


The Big Bad Box Sale – Midnight Madness

  • Jun 29 hingga Julai 9, 2022 (11 hari)
  • 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (14 jam)
  • Tempat letak kereta berbumbung pada Level 4 di KTCC Mall, Kuala Terengganu, Terengganu



Apa Yang Anda Perlu Lakukan Di Acara The Big Bad Box Sale – Midnight Madness




Bila di sana, pelanggan dikehendaki memilih dan membeli sama ada kotak bersaiz "kecil" atau "besar" dan masukkan seberapa banyak buku kegemaran mereka ke dalam kotak. Kotak bersaiz kecil boleh didapati dengan harga RM99.90 manakala kotak bersaiz besar boleh didapati dengan harga RM119.90 sahaja. Sekiranya pelanggan memilih untuk memiliki kedua-dua saiz, pelanggan hanya perlu membayar harga kotak ‘Combo’ iaitu RM199.90 dengan diskaun sebanyak RM19.90. Dan sekiranya pelanggan masih berminat untuk membeli tiga kotak bersaiz besar (jika itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi selera buku yang besar), pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan tawaran ‘Fuyoh Bundle’ pada RM319.90 dengan penjimatan sebanyak RM39.80.


Setelah mendapatkan kotak itu di kaunter juruwang, pelanggan boleh terus membeli-belah dan disambut dengan lautan buku pelbagai genre yang sesuai untuk semua pembaca buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen. Pelanggan Jualan Kotak pasti akan dimanjakan dengan pilihan ribuan buku berbahasa Inggeris dan bahasa Malaysia merentasi pelbagai genre daripada buku rujukan, novel, agama, thriller dan banyak lagi untuk dinikmati semua.


Tidak ketinggalan juga, rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar buku tempatan Malaysia, Kualiti Books, akan turut membawa pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada IMAN Shoppe, Prestasi, Pelangi, PTS, Pustaka Azhar, Sasbadi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, buku-buku dari Kualiti Books tidak termasuk dalam ‘Box Deals’, namun pelanggan masih boleh menikmati tawaran lain semasa jualan yang termasuk Set Promo, 'Kisah Teladan Kanak-Kanak' dan Stok Penghabisan dari harga serendah RM1.


Sebagai sebahagian daripada program jangkauan komuniti Big Bad Wolf Books’, Big Bad GiveBack serta seiring dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Big Bad Wolf Books akan menyumbangkan buku kepada anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Baitul Sakinah. Pertubuhan amal Baitul Sakinah yang kini menjaga anak-anak yatim dan asnaf berumur antara 3 hingga 13 tahun akan berpeluang mengunjungi Jualan Buku semasa percutian Raya mereka pada minggu akan datang di mana mereka akan dapat membawa pulang beberapa kotak berisi buku kegemaran mereka.


Big Bad Wolf Books juga gembira dan berbesar hati untuk menerima sokongan daripada Puan Christine Rohani Longuet, usahawan bot, pengarang, pemilik homestay Awi’s Yellow House, ahli etnobotani dan pelajar Ph.D yang mengimbau kembali lawatannya ke Jualan Buku Big Bad Wolf Books sebelum ini. Wanita Perancis berusia 79 tahun yang kini menetap di Pulau Duyong, Terengganu sejak 51 tahun lalu, gigih menyemarakkan kecintaanya tehadap perbualan intelektual, dan kerap mencari keselesaan dalam buku-buku yand disimpan di perpustakaan rumah kayunya berhampiran dengan Awi’s Yellow House. Puan Rohani menggalakkan rakyat Terengganu yang ingin mecari buku yang murah dan berkualiti untuk mengunjungi Jualan Buku Big Bad Wolf Books.


Big Bad Wolf Books kekal teguh dalam misinya dalam 'Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku' (Changing The World, One Book At A Time) selama 13 tahun. Jualan ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 yang bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan dan menjadikan buku-buku ini. Idea memilih buku pertama untuk dimasukkan ke dalam kotak berpotensi untuk menyebabkan pelanggan untuk akhirnya mengisi kotak mereka dengan pelbagai jenis buku dengan judul yang paling memberi inspirasi kepada mereka. Kempen membaca adalah sebahagian daripada misi Syarikat ini untuk terus menggalakkan orang ramai mencapai sebuah atau dua buah buku sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk rakan atau keluarga mereka dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan. Big Bad Wolf Books memberi tumpuan kepada mencipta generasi pembaca baharu dan meningkatkan literasi bahasa Inggeris.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, sila lawati:

Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/.

Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.

Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.








Post a Comment

0 Comments