Atasi Masalah Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah


Atasi Masalah Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah | Parut jerawat atau acne scar ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuk lelaki dan perempuan. Dan banyak jenis jerawat dari pelbagai punca. Bahaya parut jerawat ni, bukan sekadar dari segi kecantikan wajah, namun ia sangat memberi impak kepada keyakinan diri seseorang. Huda pernah jumpa orang yang muka penuh parut jerawat memang mempunyai masalah low self-esteem sebab masalah parut jerawat yang dia alami. So kali ni huda nak sharing macamana korang boleh atasi masalah parut jerawat dengan menjalani rawatan kulit di klinik Dr Bazilah.

Atasi Masalah Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah



Sharing huda hari ni, khusus untuk korang yang ada skin issues di atas , di mana jerawat dan kesan parut jerawat harus di atasi.

 Punca Jerawat

  •  Tekanan / Stress
    •  Apabila kita dalam keadaan stress, badan kita akan mengeluarkan adneralin dan hormon androgen yang berlebihan dari normal maka jerawat pun mula muncul.
  • Alat solek tidak dicuci dengan sempurna
    •  Gemar bersolek namun tidak peka dengan kebersihan alat solek seperti berus mekap/sponge ? Bakteria boleh terperangkap dan melekat pada berus serta akan mengakibatkan jerawat naik di wajah.
  •  Guna Tuala lap muka tak bersih 
    •  Sepatutnya ada tuala khas untuk lap muka dan elakkan gunakan tuala mandi sebagai tuala untuk lap muka kerana tidak dijamin kebersihannya. Dan kerap basuh tuala untuk pastikan kebersihannnya. 
  • Tabiat memicit jerawat 
    • Tabiat memicit jerawat dengan jari dan kuku yang dikhuatiri kotor akan memburukkan lagi keadaan kulit yang berjerawat.. Ia akan meninggalkan parut jerawat 
  • Tidak Konsisten dalam Rutin Penjagaan Kulit
    •  Berubah skincare juga boleh menyebab kulit tidak serasi dan punca tumbuhnya jerawat.

Jenis Parut Jerawat



Jerawat Boxcar Scar
  • Bentuknya bersegi kedalam kulit dan besar. Lubang parutnya kelihatan lebar. 
  • Nampak seperti kawah dan berlekuk. 
  • Berpunca dari keradangan kulit yang menganggu dan merosakkan penghasilan kolagen. 
  • Kolagen tidak dapat dihasilkan jadi kulit tidak dapat pulih kepada kulit asal 

Rolling Scar
  •  Nampak seperti berombak dan berbukit
  • Berpunca daripada keradangan disebabkan oleh jerawat yang dibiarkan dalam tempoh yang lama. 
  • Jerawat yang makin kronik akan menyebabkan parut berlubang dan akan menjadi teruk.

 Icepick Scar
  •  Parut lubang jenis ini nampak seakan seperti dicucuk jarum.
  • Parut ini halus tapi agak dalam dan jauh ke dalam kulit. 
  • Ia berlaku akibat jerawat di dalam kulit. 
  • Jerawat yang sembuh menyebabkan pori menjadi kosong dan berlubang kerana kehilangan kolagen.

 Hypertropic Scar 
  • Parut jenis ini nampak kelihatan kulit timbul dan ada benjolan.
  • Ia terjadi disebabkan oleh kulit yang menghasilkan kolagen berlebihan dan membentuk isi kulit yang timbul pada kulit. 
  • Mempunyai warna kemerahan. 

Rawatan Untuk Atasi Masalah Parut Jerawat

Okay, korang ada masalah salah jenis jerawat yang huda kongsikan tadi? So apa kata korang cuba dapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah. Di sini mempunyai doktor yang bertauliah dan mempunyai lesen di bawah KKM. Tambahan pula, doktor di sini hanya menggunakan kaedah yang terbaik dan terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya. InshaAllah masalah parut jerawat korang tu mesti dapat di atasi!

Apakah kaedah rawatan untuk parut jerawat yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah?


Terdapat dua jenis rawatan atau kaedah iaitu TCA Cross dan CO2 Laser.
Rawatan TCA Cross TCA Cross
  • Membantu menaikkan parut berlekuk yang dalam agar kesan yang lebih baik dapat dilihat sebelum rawatan laser dilakukan. 


  • Rawatan ini dilakukan 3-5 kali atau lebih bergantung kepada masalah parut tersebut. 

Rawatan CO2 Laser
Kaedah ini untuk merawat parut jerawat atau parut chicken pox pada muka.



Kolagen diransang ( induced collagen ) melalui CO2 Laser untuk menaikkan parut berlekuk dan membantu mengecilkan pori. 

Keberkesanan Rawatan Parut Jerawat di Klinik Dr. Bazilah .

Gambar berikut huda kongsikan pada korang antara pelanggan klinik Dr Bazilah yang berpuashati dengan kesan rawatan atasi parut jerawat di sini. Tidak kira usia, tua dan muda, wanita mahupun lelaki. Semuanya boleh dapatkan rawatan acne scar di klinik Dr. Bazilah 






Untuk sebarang pertanyaan, nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan, korang boleh hubungi Klinik Dr Bazilah seperti berikut :-

Telefon : 03-89229681 (Bandar Baru Bangi) / 03-50357359 (Shah Alam) / 013-8177005 (Kuala Lumpur) 

Post a Comment

0 Comments