Review Kasut Lucca Vudor - Kasut Kulit Handmade Design Itali Dengan Kualiti Tip Top


Review Kasut Lucca Vudor - Kasut Kulit  Handmade Design Itali Dengan Kualiti Tip Top  | Hye semua pembaca blog ceritahuda.com. Terima kasih sudi singgah. Hari ni huda nak share tentang review kasut jenama Lucca Vudor dari Singapore. Ramai kawan-kawan suggest beli kasut dari Lucca Vudor ni sebab kualiti tinggi, selesa sangat dan paling best ianya handmade. Setiap kasut yang dihasilkan unik. 

Review Kasut Lucca Vudor - Kasut Kulit  Handmade Design Itali Dengan Kualiti Tip Top



Huda shopping kasut Lucca Vudor di website. Kalau korang nak walk in pun boleh, sebab ada store Lucca Vudor di Malaysia iaitu di Atria Shopping Gallery. Jom ikut huda cuci mata design kasut New Arrivals di Lucca Vudor. 



Ada banyak pilihan, ada heels, ada sandal dan juga ada leather sneaker. 

Huda berkenan dengan leather sneaker putih tu. Sebab dah lama pasang hajat nak beli sepasang sneaker putih ni. Cantik kan , memang cun habis untuk OOTD. Bukan sekadar cantik jer, yang penting selesa! 



Kalau convert harga USD Sg ke MYR , harga kasut ni bernilai RM 320.52 . Pricey tapi sangat berbaloi tau sebab kasut leather, handmade pulak tu. Memang worth it! Why not sekali sekala reward diri sendiri kan? 

Keistimewaan Kasut Lucca Vudor 





  • Kasut Mewah, Buatan Tangan Secara Tradisional
  • Setiap kasut Lucca Vudor direka khas buat wanita untuk keselesaan sepanjang hari.
  • Top Italian design dan kualiti
  • Menggunakan kulit  lembu dan kambing yang berkualiti tinggi untuk keselesaan yang optimum
  • Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau gosokan yang menyakitkan!
  • Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan ( added support and lift )
  • Supportive Back - Elakkan blister
Penting ke pilih kasut yang selesa? 
Korang tahu tak, kalau kita beli kasut yang tidak berkualiti , design pun kurang selesa boleh mencederakan dan parut kaki melalui lepuh dan luka. Tambahan pula ada pula kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. So, jadi pengguna bijak, laburkan duit untuk kasut yang selesa dan terbaik. 


Review Kasut Lucca Vudor Fantasia A888-3

Lepas sampai jer kasut yang huda order ni, terus pakai pergi dating kat shopping mall. Selesa sangat huda pakai sepanjang hari tawaf mall. Biasa kalau kasut baru ni amik masa kan nak serasi, tapi pakai kasut Lucca Vudor ni terus rasa comfort dan selesa sangat . 


Bahaya gak kalau pakai kasut selesa sangat ni, pusing mall window shopping tak reti nak berhenti ni...hehe..


Keseimbangan sempurna antara anggun dan sporty, bergaya dan klasik, selesa dan bergaya. Sesuai di pakai pada bila-bila masa dan lokasi.. 

Kasut Lucca Vudor Fantasia A888-3 ini diperbuat dengan signature Lucca Vudor Pressure Relieving Sole. Jadi pakai untuk travel , naik flight turun flight, play tourist berjalan sakan ni memang best ni. Tak sabar huda nak pakai pergi travel nanti. 



Seperti huda share sebelum ni, keistimewaan Lucca Vudor yang mengutamakan keselesaan dimana terdapat pelapik khas bahagian dalam dengan kusyen tambahan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan untuk berjalan lama.




Kasut Fantasi A888-3 ini menggunakan lambskin ( kulit kambing ) dan tapak luar menggunakan getah. Selesa pakai, tak panas dan walau tapak kasut ni agak tinggi , still rasa selesa sangat. 




Jom Beli Kasut Lucca Vudor Dan Nikmati FREE SHIPPING!


Kalau korang mencari self reward, huda sangat rekemen korang belanja  diri sendiri sepasang kasut Lucca Vudor ni. Ada Free Shipping  ( tiada perbelanjaan minimum ) buat pelanggan Singapore dan Malaysia.
Klik klik jer beli online lepas tu korang akan terima emel  setelah pesanan telah dihantar dan korang akan terima kasut dalam tempoh 5 hari bekerja. 

Beli Online Di sini
Website : https://luccavudor.com/


Nak beli walk in kedai pun boleh...

CAWANGAN SINGAPORE

Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM

Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM

Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM

CAWANGAN MALAYSIA

Atria Shopping Gallery G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM



Instagram : https://www.instagram.com/luccavudorsg/






Sekian sharing hari ni. Nak sambung fikir nak berjalan ke mana pula lepas ni pakai kasut Lucca Vudor yang comfy ni.. 



Post a Comment

5 Comments

I just saw Lucca Vudor outlet at Atria this weekend. the shop has nice shoes
semua kasut kat sini cantek2.. berkenan tgk.. dan kasut putih ni memang lawa...
iena eliena said…
Cantiknya Kasut Lucca Vudor ni. Smart and style je warna putih tu.Kalau cari kasut memang perlu cari yang comfy supaya selesa dan kaki tak sakit bila jalan jauh :)
Rolling Grace said…
soft and supportive - just the way shoes should be! cant wait to try this brand out, loving the designs!
仙妮 said…
I also just bought a pair recently, love my pair too, very comfy to wear for any outdoor activities. Cheers Siennylovesdrawing