Daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong Bersama The Penyu



Daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong Bersama The Penyu |
Alhamdulillah, last weekend huda dan family luangkan masa daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong yang terletak di Kuala Terengganu. Trip kali ni huda booking dengan The Penyu. Actually huda booking dari awal tahun dan plan nak terjah pulau sempena new year trip. Namun sebab covid banyak kali cancel , sampai ke sudah jadi lah mid year 2022 trip. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan akhirnya hajat huda nak terokai 2 pulau dalam satu hari.

Daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong Bersama The Penyu


Huda ada kongsi video reels dan instastory di laman instagram @hudahalid , dan ramai dm tanya details. So blogpost kali ni untuk korang yang nak berminat nak pergi daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong.


Kenapa Huda Tempah Pakej DayTrip dengan The Penyu??


1) Harga Pakej yang Berpatutan




Masa awal tahun skroll FB ternampak iklan daytrip The Penyu ni. Tengok harga dan check point yang diorang cover sangat berbaloi. Tanpa ragu-ragu huda terus booking dengan bayar deposit 10% masa tu.

2) Jeti yang Dekat



 
Another reason huda tempah pakej daytrip dengan The Penyu ni adalah jeti paling dekat dengan rumah huda. So jimat masa , wang dan tenaga. Pengalaman sebelum ni ke pulau perhentian, kena naik di jeti di besut. Kemudian tahun berikutnya huda ke pulau kapas kena naik di jeti di Marang, dan tahun lepas huda pergi Redang naik di Jeti Merang. Naik di jeti dan kena fikir parking dan ramai orang. Berbeza dengan The Penyu, hassle free. So lepas ni huda memang akan pergi daytrip dengan The Penyu jer lah. Mudah!

3) Parking FREE

Parking pun huda titik beratkan tau.. biasalah , setiap kali trip huda yang akan planning budget semua. Bila ada free parking rasa berbaloi lah. Boleh jimat.

4) Dapat Terokai 2 Pulau dalam 1 Masa



Trip kali ni huda berpeluang terjah dua pulau iaitu Pulau Redang dan Pulau Bidong. Agak teruja sebab first time huda dan family jejak Pulau Bidong.
Di Pulau Redang aktiviti snorkeling, masuk gua dan kami sempat berATV. Ada juga aktiviti kayak, tapi huda tak main sebab plan nak berkayak di Jeti Tok Jembal jer nanti. 



Kos ATV, RM 40 / 15 minit.  If korang nak main kena bawa extra cash ke sini yer.

 

Gua Kokang



Sementara di Pulau Bidong , boleh snorkeling dan juga hiking sikit untuk breathtaking view macam ni.


Kali pertama kami jejakkan kaki di Pulau Bidong. Alhamdulillah, wishlist granted!


5) Tour Guide yang sangat baik hati



Briefing by Encik Aiman, sebelum kami memulakan perjalanan menuju ke Redang

Dari awal tempahan, En. Aiman yang entertain huda yang memang selalu tanya itu ini. Demi memastikan trip yang huda rancang berjalan lancar. Setiap pertanyaan huda di layan dengan baik. Kemudian masa sampai sebelum bertolak, anak-anak pun dilayan dengan baik oleh staff.

Time atas laut , ada sorang ni topi yer terbang dan jatuh di tengah laut. Tour guide gigih pusing-pusing sampai jumpa, walau huda terdengar tuan puna topi tu kata takpelah.. Lepas beberapa minit jumpa topi, tour guide terus terjun dan amik topi tu. Simple kind act really meaningful..

Setiap check point, tour guide akan explain itu ini. Very nice.

Dan tour guide juga rajin melayan kami semua amik gambar. Best tau sebab tak semua tour quide akan layan macam ni. So customer service huda bagi 5 bintang!

Antara gambar -gambar yang Encik Aiman ambilkan di Pulau Redang.
Di Check point pertama - Pulau Ekor Tebu . 
Check point - Little Maldives 
Ketika kami sibuk mencari Penyu di Teluk Dalam. Tengah laut pun dia offer diri untuk ambilkan gambar tanpa di suruh. certain tour guide, jenuh nak kena minta tolong untuk ambilkan gambar. Beza tau bila kita minta tolong dan orang offer diri untuk tolong tanpa di suruh... 
  

6) Lunch di Pulau Style Buffet

 


Few times huda pergi pulau, rasa kali ni paling best , sebab makan dapat duduk proper di kedai makan tepi pantai di Teluk Dalam, Pulau Redang. Teringat last year, kami dapat lunch pack, lepas tu kena cari port makan pula. Air pun air dalam botol yang tak sejuk dah sebab diorang bawa dari mainland.

Kali ni best sebab makanan jenis buffet, ada staff yang akan cedukkan kita lauk dan ada meja untuk makan. Air sirap sejuk-sejuk free refill. Memang cukup best tau bila penat dari pagi snorkeling dan melayan anak-anak.

Selepas habis round dua pulau, kami pun teruskan perjalanan balik ke jeti di Tok Jembal. Rezeki kami, awal pagi sangat smooth, tapi masa balik tu cuaca tak berapa okay. 
Korang nampak tak awan tebal tu.. laut pun kuat bergelora. Alhamdulillah, tetap seronok sepanjang perjalanan setiap kali boat membelah ombak dan air masin terpercik di muka. 
One for memories.  Waktu pagi sebelum bertolak, sempat lah berselfie. Lepas tu muka masing-masing dah burn. hehe..

Sampai di Jeti The Penyu Tok Jembal, dalam pukul 5 lebih. Layankan The Arifs request nak berkayak di sini. The Penyu juga menawarkan servis sewa kayak di sini dengan kos yang jauh lebih murah berbanding di pulau. RM 25 untuk 1 jam. Berbaloi sangat kan?



Another thing huda suka dengan Jeti The Penyu di Tok Jembal ni, ada kelengkapan seperti shower head, toilet dan campsite. Seronok lah kami dah jumpa port baru camping! 




Huda sangat rekemen untuk korang pergi daytrip ke Pulau Redang dan Pulau Bidong dengan The Penyu. Untuk pertanyaan dan tempahan boleh klik link bawah. 

Post a Comment

7 Comments

Anonymous said…
Komen yang sangat lengkap dan jelas. Amat membantu orang ramai yang tercari-cari Pakej Day Trip Snorkeling ke Pulau Redang. Gaya penulisan dah macam wartawan.
Huda Halid said…
terima kasih sudi singgah dan baca
Anonymous said…
Hi berapa jam ye naik bot dari jeti ke pulau redang tu
Anonymous said…
Nak tanya life jacket diorang bagi or huda beli
Huda Halid said…
diorang bagi. takde budget nak beli life jacket sendiri..hehe..
Lily said…
wahh seronoknyaa