Hai semua, selamat hari raya, maaf zahir batin. Bagaimana dengan raya 2022 korang. Mesti meriah kan selepas 2 tahun tak beraya. Tambahan pula dengan suprise raya mengejut tahun ni. Actually seronok sangat walau masing-masing penat kan dengan tak tidur malam di malam 1 syawal yang lalu. Semuanya yang berlaku menjadi memori indah yang kita akan ingat sampai bila-bila. Dah puas beraya, jom Raya Staycation pula!
Raya Staycation di Mercure Shaw Parade Kuala Lumpur
Permandangan dari bilik kami pada waktu pagi di Mercure Shaw Parade KL
Selepas survey hotel area bukit bintang, jumpa pun hotel yang 4 bintang dengan harga murah di Traveloka. Huda kalau travel memang picky nak hotel yang ada kualiti, tapi nak harga murah. haha, tu yang susah betul nak cari.. ni rezeki syawal sungguh, jumpa hotel Mercure. Kali kedua huda check in hotel di bawah naugan ALL ACCOR . Bulan februari yang lalu huda check in di IBIS Style KB, boleh baca pengalaman huda di sini.

Planning di buat few days sebelum nak pergi. mujur ada hotel yang affordable di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Murah kan? Tak tahu traveloka ada kupon. time nak bayar ada deduct RM 20. Thank you Traveloka! Sekali sekala turun KL, kami ambil peluang bercuti sambil tu tengok wayang, penuhi craving nak makan meatball IKEA dan macam-macam lagi.
Dekat juga hotel ni dengan IKEA Cheras. so dinner makan meatball jer. Ingat raya-raya kurang orang, beratur juga demi sepinggan meatball ni..
Ini hotel yang huda booking melalui Traveloka. Tak sangka ada hotel bertaraf 4 bintang dengan harga murah macam ni.
Hotel ni boleh di katakan agak baru kot, terletak di Shaw Parade area bukit bintang. Awal pagi kami luangkan masa tengok wayang di Times Square. Kemudian lepas lunch di Johnnys Restaurant baru kami check in ke hotel.
Hotel ni sangat strategik sebab dekat jer dengan Lalaport Bukit Bintang, Berjaya Times Square, Lot 10, Pavilion, dan Imbi Monorail station. Menara Tun Razak Exchange pun dapat tengok dengan jelas. Malam-malam lagi cantik dengan lampu warna warni..
Jom room tour bilik kami, bilik jenis Deluxe Room with 2 singles bed dengan keluasan 25sqm. Selesa sangat untuk kami anak beranak. Ruang untuk solat pun just nice, takdelah luas atau sempit.

Kemudahan yang ada di dalam bilik - TV, safety box, free mineral water dan tea /coffee.


Reason huda akan cari hotel yang bertaraf berbintang2 ni sebab nak toilet yang bersih. So okay lah toilet kat sini. Toiletries pun lengkap.

Swimming pool berada di tingkat 20. Alhamdulillah, anak-anak happy sungguh dapat swimming. Bertambah seronok sebab hanya kami anak beranak jer mandi. Maybe ramai lagi masih di kampung kan..


Ini view di lif,belah kiri sikit boleh nampak KL Tower. Kira puas lah semua tower di KL boleh nampak jelas sepanjang kami stay di sini.

Port ootd pun banyak. Cuma tu lah, plan nak bergambar sini sebelum check out dah ada orang mengopi plak kat sini. sempat snap gambar anak-anak waktu malam jer.
Proses check in dan check out pun laju. Staff pun friendly. Cantikan lobby hotel ni? Sofa warna warni menaikkan seri..

Masa parking kereta di Shaw Parade, akan dapat tiket. Bila nak keluar dari parking kena tukar tiket dengan harga RM10 dapat unlimited entry for 24hour.
Overall kami sangat puas hati sepanjang menginap di sini. InshaAllah kami plan nak menginap lagi di sini, sebab masih belum puas teroka tempat menarik di KL . Next time nak naik HoHo KL, korang dah pernah naik? Kalau pernah mind to share with me =)
Sekian sharing hari ni..terima kasih sudi baca.
6 Comments