Memori Raya 2022


Alhamdulillah, kedatangan 1 Syawal tahun ni disambut dengan penuh kejutan. Satu Malaysia terkejut kan? Huda ketika dapat tahu esok raya, kepala mula pening. banyak benda nak kena settle sebelum balik kampung. Tapi cuba bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan fokus selesaikan satu-satu kerja.

Sebenarnya masa sebelum azan maghrib tu baru jer masukkan baju kotor dalam mesin. so kena settlekan basuh baju baru boleh gerak balik kampung. Sampai di kampung encik suam di Kijal Terengganu tengah malam. Mujur ada jumpa dryer.

Sampai pukul 12.30 tgh malam di kampung, cousin The Arifs tunggu nak main bunga api. Terpaksa main juga tengah malam 1 syawal tu sebab esok lepas beraya rumah moyang The Arifs terus nak gerak balik ke Johor. Fuh memang rekod dalam masa 24 jam kami travel Kuala Terengganu ke Kijal kemudian Kijal - Muar Johor.


Memori Raya 2022


Raya Pertama | Isnin 2 May 2022

Team Raya Ganu. Syawal pertama kami sekeluarga pakai baju kuning. Bergambar bersama ibu dan bapa mertuaku yang baik hati.

Raya Kedua | Selasa 3 May 2022


Paling dirindui. 2 tahun kot tak balik raya johor! Tak sangka family besar kami bergabung warna jadi merah biru. memang bangsa johor sangatkan! 
Sorang adik takde, dia raya rumah mertua di Perak. Hope next year dapat kumpul semua sekali. InshaAllah. 

Baju raya di taja oleh Pusat Pakaian Hari-Hari. Alhamdulillah, rezeki ...


Raya Ketiga |  Rabu 4 May 2022

Open house rumah along . Sedap yer bila dapat makan makanan korea. i like!
dan sempat follow the trend, buat tiktok. Hehe, enjoy bila semua sporting! 




Raya Keempat I Khamis 5 May 2022


Open house rumah abang. nasi lemak sambal udang yang sedap. Pedas sambalnya sampai terpaksa tambah nasi. hehe... 


Sebelum balik sempat bergambar di halaman rumah yang cantik view yer.. 


Raya Kelima  | Jumaat 6 May 2022

Selepas puas beraya di rumah yang kategori wajib di kampung, kami beraya ke tempat lain pulak. Capaikan hajat encik suami nak tengok movie terbaru Marvel dan juga staycation di KL. Nanti huda kongsi cerita staycation di KL di entry akan datang. 



Beraya di Times Square KL 


Dah puas makan menu raya, makan meatball IKEA pula. 

Done cuti-cuti raya seminggu ke sana sini tahun 2022 ni. Alhamdulillah, semoga kita terus dapat menikmati hari raya yang meriah di tahun-tahun akan datang. InshaAllah...

Post a Comment

0 Comments