Makan Laksa Penang Sedap di Pasar Payang



Selera makan sebelum sambut ramadan minggu depan, lain macam sikit. Kali ni craving nak makan laksa. Kebetulan huda ada urusan,kena singgah Pasar Payang kelmarin. Ada ternampak gerai jual laksa. Terus ajak suami makan breakfast laksa di sini. 


Selain laksa,ada juga jual cucur  dan juga popia sata. Tapi huda tak beli pun, tak rasa nak makan makanan bergoreng. 


Gerai no 27 di Pasar Payang , jual laksa yang sedap di Pasar Payang. Kalau korang shopping ke Pasar Payang, boleh lah datang makan laksa kat sini. Sedap tau! 

Ada pilihan laksa kuah putih , kuah merah dan laksa penang.

Tq encik suami belanja. Sambil tu amik kesempatan dating sekejap lepas hantar anak2 ke sekolah. Lepas order,kena tunggu orang hantar laksa panas-panas. 

Sedap laksa kuah putih, encik suami order. Huda makan laksa penang. Sedap juga. Next time kalau craving nak makan laksa sedap, konfem huda datang sini jer. 

Sekian sharing jalan jalan cari makan di Kuala Terengganu. Next time huda share tempat makan best yang lain yer. Thanks for reading.