Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Pahang Meraikan Anak Yatim dan Asnaf


Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Pahang Meraikan Anak Yatim dan Asnaf | 
Bertepatan dengan Fasa Peralihan ke Endemik ini, pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang turut merebut peluang merancakkan kembali operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik antaranya pakej Buka Puasa Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' sepanjang bulan Ramadan, Memandangkan bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk mengambil berat dan memberi, kira-kira empat puluh kanak-kanak kurang bernasib baik telah dijemput untuk berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan anjuran bersama hotel dan UDA Holdings Berhad. 

Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Pahang Meraikan Anak Yatim dan Asnaf


Huda juga turut hadir ke majlis yang di meriahkan dengan kehadiran kira-kira 180 tetamu dari sektor korporat dan kerajaan termasuk VIP dan jemputan dari UDA Holdings Berhad berbuka puasa bersama kanak-kanak di Ballroom Ancasa Royale Pekan Pahang.




Majlis itu dihadiri tetamu kehormat, Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti. Ancasa Hotels & Resorts, Encik Abdul Halim Md Yusuf, Pengurus Besar Ancasa Royale Pekan dan Puan Radziah Binti Mohamed Fadzil, Ketua Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad. 


Majlis dimulakan dengan bacaan Doa dari Ustaz Wan Anas bin Wan Shahrudin Al Hafiz from Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota. 


Kemudian majlis di rasmikan oleh Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad. UDA menerusi AnCasa Royale Pekan, Pahang - rangkaian hotel milik UDA mengambil langkah murni menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menerusi program ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan dengan komuniti di wilayah perniagaan UDA, selain dapat memperkenalkan rangkaian hotel milik UDA kepada masyarakat setempat.  Inisiatif CSR ini selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA laitu LIFE yang menekankan kepada Legacy Integrated. Finesse dan 'Enrich'.  Ia yang diperkenalkan sempena Ulang Tahun ke-50 UDA pada tahun lalu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong UDA selama ini.

Menurut Datuk Norliza ; 

"Saya percaya dengan adanya penjenamaan baharu, UDA akan terus utuh menggalas peranan mewujudkan komuniti inklusif di wilayah pembangunan serta perniagaan UDA, dari bersama sama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melahirkan lebih ramai lagi keluarga Usahawan, yang mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April " 



UDA menerusi AnCasa Royale Pekan, Pahang - rangkaian hotel milik UDA mengambil langkah murni menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menerusi program itu, UDA menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM26,000.00. 

RM12,000.00 disumbangan kepada 40 anak-anak yatim dan asnaf dari:
  • Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar
  • Rumah Kebajikan Anak Yatim Kampung Ketapah Tengah
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Rusa
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mukim Ganchong

Setiap anak-anak tersebut menerima sumbangan zakat RM300 berupa duit raya dan baju raya
Penyerahan disempurnakan oleh:YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhid dan diiringi:
  • YBrs Encik Azrudyn Rashid, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset UDA Holdings Berhad 
  • YBrs Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, AnCasa Hotels & Resorts 
  • YBrs Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad
RM14,000 lagi disumbangkan kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Jerantut untuk diagihkan kepada asnaf yang layak MPWK diwakili Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam, Yang Berhormat Datin Shamsiah Haji Arshad yang hadir bagi menerima sumbangan tersebut.



Diiringi oleh guru-guru mereka, lima belas kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al Mukhtar, Jalan Rompin Lama Pekan, 5 kanak-kanak Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, Kampung Ketapah dan 20 kanak-kanak dari JPKK Pulau Rusa dan JPKK Mukim Ganchong telah dijamu kepada mana-mana pelbagai hidangan kegemaran Ramadan tradisional dan lazat termasuk pencuci mulut yang menyelerakan. 


Kemuncak acara itu ialah penyampaian Duit Raya RM50 dan Baju Melayu bernilai RM250 bagi setiap kanak-kanak oleh Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings. 



Acara diakhiri dengan wajah riang dan senyuman anak-anak kerana mereka mempunyai Baju Melayu baharu untuk dipakai pada sambutan Hari Raya akan datang.


AnCasa Royale Pekan juga merancakkan kembali operasi perniagaan, dengan menawarkan pelbagai promosi antaranya pakej Ramadan Buffet Poh Paleh Wey' sepanjang Ramadan.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman sosial AnCasa Royale Pekan Pahang 

FB : https://www.facebook.com/AnCasa-Royale-Pekan-Pahang-317137432478048
Website : https://www.ancasahotels.com.my/royale-pekan/

 

Post a Comment

1 Comments

Cik Renex said…
Bagus ada program macam ni kan..