Selamat Tahun Baru 2022

Alhamdulillah. Selamat Tahun Baru 2022. Banyak persoalan hari ni...
Apa harus di buat untuk pastikan tahun 2022 ni jadi tahun yang best dan bermakna?
Apa harus di buat nak kuruskan badan? Hehe..
Bagaimana nak jadi parent yang lebih baik tahun lepas?
Ke mana nak staycation tahun 2022?
Aktiviti apa yang best dan baru yang nak explore tahun ni?

Hari pertama 'menulis' di buku baru tahun 2022, huda pilih nak tulis yang best2 sahaja.


Apa yang paling best dalam hidup?
Bagi huda bila kita buat orang lain bahagia, jadi tangan yang di atas, memberi tanpa syarat.





So awal pagi, huda belanja anak2 makan mekdi. Redeem free burger dan juga grab promo latte 1.99.

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ

Maksudnya: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]


Tahun ni, dalam sosial media pastikan semua aura positive, perkongsian ilmu yang sentiasa kita cari. Huda suka follow post dari seminit parenting dari Taufiq Razif. Jom la follow juga https://www.facebook.com/taufiq.razif


The Arifs new hair cut for new year 2022



Huda nak jadi parent yang "listen" kepada apa yang anak-anak request. Bukan semua request anak-anak di layankan, ikut pada keperluan dan juga bagaimana ia memberi impak pada kehidupan mereka. 

Sebenarnya memang panjang berjela wishlist The Arifs ni. Selagi mampu dan ada nikmat sihat yang Allah pinjamkan, huda cuba sehabis baik. InshaAllah. 

Lama dah The Arifs nak masak guna Thermomix. Huda pula kalau masak memang nak cepat dan tak suka di ganggu. So sempena 1st day tahun 2022, bagi can anak-anak masak sendiri dengan papa sebagai ketua chef. Masak mee hailam favourite kami sekeluarga. 





Lepas kenyang makan, The Arifs banyak kali ajak pergi masjid nak solat jemaah. Diorang rindu sangat nak solat kat masjid. Rezeki malam tak hujan. Alhamdullilah, seronok dapat sujud di masjid dan dengar suara imam yang merdu. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga nak solat di masjid lagi. Mama rasa nak ajak pergi mosque tour around malaysia, kita solat kat masjid-masjid di Malaysia, mesti best kan? Bulan ni kita mulakan round Terengganu dulu..







Post a Comment

1 Comments

Cik Puan Ena said…
Happy new year huda