Review Kedai Makang Belago Angin Kuala Terengganu


Review Kedai Makang Belago Angin Kuala Terengganu|
Entry review pertama di tahun 2022, nak kongsi kedai makan tengahari di tepi sawah dan menu kampung yang sedap-sedap belaka. Lokasi yang huda maksudkan adalah Kedai Makang Belago Angin yang terletak di Padang Kamunting, Kuala Terengganu.

Review Restoren Belago Angin Kuala Terengganu




Lokasi Kedai Makang Belago Angin

Tentang Kedai Makang Belago Angin


Alamat: Kg Pancur Kuin,Padang Kemunting,Batu Rakit,21020,K Nerus Terengganu
Waktu Operasi : setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 11.15 pagi hingga 3.30 petang
Hubungi : 0199176790

Mula-mula sampai ke sini, lepas masuk simpang dari sign board baru tahu wujud  kedai makan kedai tepi sawah macam ni. sebab dari jalan besar memang tak nampak pun ada sawah. 




Tempat parking pun banyak. Huda pergi sini dalam pukul 11.30 pagi,. saja pergi awal nak elak sesak ramai orang. 

Masuk ke kedai makang belago angin ni, suami kata ... 
 
Ni Kedai Makan ke Kenduri Orang Kahwin?
 
Nak tahu kenapa? hehe... sebab ada DJ dan putarkan lagu-lagu. Special sungguh kedai makan ni. 



Okay, lepas dapat seat, huda pergi tengok menu makanan yang ada. 




Fuh meriah yer, deretan lauk pauk. Antara lauk pauk yang dijual disini :- 
Gulai siput sedut
Gulai telor itik
Gulai Daging kawah
Gulai Daging salai
Gulai Ikan cermin
Gulai perut lembu vs daun kadok
Asam pedas Ikan ebek
Ayam masak merah
Sup ayam
Singgang ikan aya
Patin masak tempoyak
Baung masak tempoyak
Sayur lemak
Paihh Patin
Kerabu perut
Telor sotong goreng
Talapia goreng
Talapia berlada
Kembung percik
Ayam percik
Ayam goreng
Ayam goreng popcorn
Kerisi bakar
Kerisi goreng
Cencaru bakar
Daging goreng
Sayur goreng
Budu goreng
Air asam
Sambal telor kerengga
Telor masin
Ulam ulaman vs budu
Orang pantai timur, tak lengkap kalau makan takde budu kan?




Sebenarnya sangat rambang mata nak pilih apa, nasib ada suami memimpin ke jalan yang benar. last-last dia yang pilih. Menu kami, gulai siput sedut, gulai perut, ikan keli berlada, ayam masak merah, ikan talapia goreng dan sayur lemak taugeh. Campur dengan nasi 4 pinggan dan plain water sahaja, cuma RM 36. Rasa harga yang sangat berpatutan. 



Lepas makan basuh tangan di kawasan yang disediakan menghadap sawah, sangat refreshing view ni...




Our first family wefie of the year, 2022. 



In short, kedai makang belago angin memang best, kalau korang bercuti di Kuala Terengganu, boleh masukkan kedai makan ini dalam salah satu destinasi wajib singgah! Lokasi nak OOTD pun cun, makanan banyak pilihan, sedap dan murah!  Huda pun rasa nak repeat lagi dalam masa terdekat ni. 



Post a Comment

2 Comments

afizlatif said…
Jom repeat makan sini lagi
Shahada Fauzi said…
Dalam wishlist jugak ni.. Nanti nak try pergi..