Hye semua! Fuh cepatnya masa berlalu kita dah masuk bulan baru , bulan terakhir di tahun 2021. Tahun silih berganti dan perasan tak aging sign pada kulit kita pun makin ketara. Maka hari ini huda nak nak share dengan korang produk terbaru rangkaian Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum. Huda memang suka produk jenama Safi sebab Safi ni adalah satu jenama dipercayai di Malaysia dan Halal skincare No. 1. Meh sini nak share dengan korang , Safi baru jer keluarkan rangkaian Safi Youth Gold merupakan upgraded version untuk Safi Rania Gold. Of course , fokus utamanya sama juga macam Safi Rania yang membantu mengatasi masalah aging dengan formulasi yang baru malahan dengan harga yang mampu milik! So jom check this out!
Tahun ni umur huda di pertengahan 30-an. Huda nak pastikan kulit wajah sentiasa nampak cantik dan awet muda. Walau sesibuk mana dengan urusan kerja dan hal rumah tangga, kecantikan dan kesihatan kulit wajah tetap jadi keutamaan.
Tahu tak, bila kulit kita di mamah usia dan juga stress kerja, penuaan mula menampakkan tanda-tandanya , paling ketara bila kulit semakin kendur dan keanjalan kulit berkurang pada wajah dan juga leher.
Maka, tanda -tanda seperti dagu semakin berlapis, kulit pada leher juga menjadi kendur dan kulit wajah tidak lagi halus seperti dahulu. Tambahan pula, kolagen dalam kulit pula makin kurang.
Keadaan ini boleh buatkan kita nampak lebih tua dari usia dan hilang keyakinan diri. Oh NO! Takutnya…
Okay, nak share good news untuk semua wanita yang kekal awet muda. Jom kita guna Safi Youth Gold (SYG) .
Inilah rahsia untuk tampil lebih muda dari usia dengan kulit lebih anjal, halus dan berseri keemasan!
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum BAHARU:
• Bantu kurangkan *50% dagu berlapis sepantas 15 minit sahaja!
• Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift iaitu Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan.
• Ringan dan pantas meresap
Selain tu juga, Safi Youth Gold diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C dan Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu:
1. Menegangkan kulit
2. Meningkatkan keanjalan
3. Mengurangkan garis halus & kedutan
4. Meningkatkan kelembapan kulit
5. Melindungi kulit dari pengoksidaan
6. Meningkatkan kehalusan kulit
7. Memperbaiki kulit rosak
So tunggu apalagi? Nak dagu runcing dan muka tirus, boleh beli sekarang!!
Dengan Harga berpatutan – hanya RM59.00, boleh didapati di semua
cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring
serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.
Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj
0 Comments