KRIM MANDIAN ANTIBAKTERIA BAHARU SAFI MELINDUNGI DAN MELEMBAPKAN KULIT


KRIM MANDIAN ANTIBAKTERIA BAHARU SAFI  MELINDUNGI DAN MELEMBAPKAN KULIT   |
 
Berikutan cabaran pandemik, akhir-akhir ini kita semua sudah mula mengamalkan tabiat yang serupa, iaitu mandi lebih kerap berbanding dahulu!

 

Dalam melayari norma baharu ini, kita biasanya akan terus bergegas untuk mandi setiap kali masuk ke dalam rumah. Justeru, ia amat penting untuk memilih produk yang sesuai dan lembut pada kulit supaya kita kekal segar dan dilindungi, tanpa mengeringkan kulit apatah lagi mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini.

 

Memenuhi permintaan dan keperluan pengguna, Safi, jenama produk penjagaan peribadi dan produk mandian terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan dua variasi terkini, dengan formula mandian antibakteria baharu, menambah lagi kepada variasi krim mandian antibakteria Safi sedia ada.

 

Krim Mandian Antibakteria baharu Safi menjanjikan pengalaman yang melembapkan untuk penggemar krim mandian antibakteria. Ia mengandungi 3x Aqua Actives, bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya yang tidak diingini, dan amat berkesan untuk membasmi 99.9% kuman.  Dengan 100% rumusan bahan aktif semula jadi yogurt dan susu beras, pengguna kini boleh memilih antara Krim Mandian Antibakteria ‘Moisture Protect’ Safi dengan Yoghurt, ataupun Krim Mandian Antibakteria ‘Gentle Protect’ Safi dengan Rice Milk (Susu Beras).

 


 

 

“Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, kita semua kian mengamalkan tabiat kebersihan diri yang lebih kerap dan mengharapkan ia berkesan. Jadi ia amat penting untuk memilih produk yang boleh dipercayai dan selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Dalam aspek ini, Institut Penyelidikan Safi telah berjaya melancarkan produk dengan ciri utama yang memenuhi permintaan ramai – perlindungan berkesan tanpa bahan kimia berbahaya demi membasmi 99.9% kuman, dan juga kesan melembapkan melalui 3x Aqua Actives untuk perlindungan kulit yang sebenar. Dengan ini, pengguna Krim Mandian Antibakteria baharu Safi dapat membersihkan diri dengan yakin, di samping merasakan kesegaran dan kelembapan kulit selepas setiap mandian,” kata Kazlina Mohd Kassim, Pengurus Kanan Produk di Safi.

 

Dengan Krim Mandian Antibakteria ‘Moisture Protect’ Safi dengan Yoghurt, dan Krim Mandian Antibakteria ‘Gentle Protect’ Safi dengan Rice Milk (Susu Beras), pengguna akan lebih yakin dengan formula krim mandian yang telah disempurnakan untuk gaya hidup masa kini.

 

Krim Mandian Antibakteria ‘Moisture Protect’ Safi dengan Yoghurt dan Krim Mandian Antibakteria ‘Gentle Protect’ Safi dengan Rice Milk (Susu Beras) kini boleh didapati di pasaran di seluruh negara pada harga RM18.70 setiap botol 1 kg, manakala pek nilai isian semula 850g adalah RM12.80 setiap satu. 

 

Kekal Terlindung dengan Kulit yang Lembap!

#SafiMalaysia

#KrimMandianAntibakteriaSAFI

 

 

Post a Comment

0 Comments