Bayar Zakat Mudah dan Cepat Secara Cashless di Alliance Bank | Teknologi masa kini sangat memudahkan dan kita semua dapat melakukan transaksi kewangan dihujung jari dan secara cashless. Termasuk juga kewajipan kita membayar zakat merupakan rukun islam ke empat.
Bayar Zakat Mudah dan Cepat Secara Cashless di Alliance Bank
Islam ini sangat indah, Allah lebihkan rezeki kita dan suruh kita berkongsi. Dengan berkongsi kita dapat ringankan beban orang lain , mereka yang memerlukan. Seronok dapat menjadi ‘tangan di atas’ iaitu tangan yang memberi. Fadhilat membayar zakat ini sangat banyak dan manfaat untuk diri kita sendiri yang menjadi pembayar zakat.
5 Fadhilat Zakat
1) Zakat adalah satu ibadah wajib yang di fardhukan dan terkandung dalam rukun islam ( Rukun Islam ke empat )
2) Membantu meringankan beban dan penderitaan fakir miskin. Melalui pemberian zakat dapat membantu dan juga memberi kesenangan kepada golongan yang memerlukan seperti makanan , pakaian dan keperluan lain.
3) Dapat menjauhkan diri dari sifat tamak, ego dan kedekut. Dengan menunaikan zakat fitrah, seseorang itu dapat mendidik hati agar merendah diri serta mengelakkan diri dari sifat mazmumah seperti kedekut , bakhil serta mementingkan diri sendiri.
4) Mempupuk rasa kasih sayang di antara kita saudara sesama islam . Tanpa mengira status, kedudukan dan lokasi, semua orang dapat mendidik hati serta memupuk kasih sayang.
5) Zakat bukan sahaja membersihkan jiwa namun membersihkan harta . Malahan ia juga menjadi keberkatan dalam rezeki dengan Allah akan melipat gandakan rezeki si pemberi zakat.
Bayar Zakat Atas Talian Lebih Mudah Cashless Sahaja Dan Sertai Peraduan " Menang & Kongsi "
Sejajar dengan dunia digitalisasi , semua perkara dapat di selesaikan di hujung jari. Termasuklah kewajipan menunaikan zakat. Kempen JOM Zakat Cashless yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selongor merupakan satu usaha untuk menggalakan golongan yang berkelayakan membayar zakat untuk membayar zakat dengan mudah secara atas talian sahaja.
Jom kita sama-sama membayar zakat dan berpeluang menyertai kempen “ Menang & Kongsi “. Mana tahu berkat anda berzakat dan murah rezeki menang wang simpanan tabung haji bernilai ribuan ringgit. Sesungguhnya rezeki tidak pernah salah alamat…
Anda berpeluang memenangi hadiah menarik dan berkongsi hadiah yang dimenangi dengan asnaf. Wang tunai jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021.
Caranya mudah dengan 2 langkah ini untuk menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi" dan korang berpeluang memenangi hadiah menarik :
#1 Tunaikan zakat di mana-mana platform LZS. (online, ejen LZS, cawangan LZS)
#2 Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan.
Untuk makluman lanjut sila layari: https://my2point5.zakatselangor.com.my/
Khas untuk pengguna perbankan Alliance Bank, anda pun boleh laksanakan zakat secara direct melalui akaun bank di atas talian. >>> www.allianceonline.com.my <<
Ayuh, alang-alang tengah free ni cepat-cepat kita tunaikan kewajipan zakat kita dan juga ahli keluarga kita. InshaAllah, keberkatan hidup semakin bertambah dengan menunaikan hak mereka yang lebih memerlukan. Sesungguhnya hidup kita di dunia adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Nak tahu lebih lanjut dan aktiviti pengagihan zakat dari Lembaga Zakat Selangor? Klik link pautan di bawah
FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor
ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
0 Comments