Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Pengunaan Gadget?? Nak tahu? Baca Tips Menarik Ini!




Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Pengunaan Gadget?? Nak tahu? Baca Tips Menarik Ini!  | 
Sebagai ibu huda memang selalu risau tentang anak-anak yang kerap sangat guna gadget sama ada untuk belajar , main game atau menonton Youtube. Diorang sudah dibesarkan dengan gadget , nak suruh mereka tinggalkan memang sangat susah kan? Mujur baru ni huda dan join seminar Zoom Percuma yang membincangkan Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Pengunaan Gadget?



Zoom seminar yang di sampaikan oleh Dr. Mohd Hadifz bin Ithnin selama 1 jam lebih ni, sangat membuka mata huda dan juga kesedaran tentang betapa pentingnya kita sebagai parent ambil tahu tentang kesan penggunaan gadget berlebihan. 

Di awal seminar beliau mengupas tentang statistik penggunaan gadget di Malaysia




Kemudian beliau mengupas betapa teruk kesan penggunaan gadget pada mata anak-anak kita. 

5 Kesan Penggunaan Gadget Tanpa Kawalan

1) Power Cermin Mata Meningkat dan Risiko BUTA!

 Bacaan nilai power spek semakin meningkat dan apa yang berlaku adalah bola mata semakin lama semakin memanjang. Lama kelamaan saraf  di belakang mata akan koyak dan hilang nikmat melihat. Sangat menakutkan??

2) Otot Mata Hilang Kestabilan 

Bayangkan mata kita ni sebijik macam kamera DSLR. Kanta dalam kamera itu adalah kanta dalam mata kita. Kanta ini akan kontrol fokus. Bila penggunaan gadget yang terlalu lama dan mata kita fokus terlalu lama, otot semakin lemah dan hilang kestabilannya. Kesannya pandangan makin kabur...

3) Mata cepat penat dan cepat kering.

Tahu tak mata kita berkedip lebih kurang 10 kali dalam seminit. Fungsi kedipan  mata adalah untuk meratakan air mata ke seluruh permukaan bola mata terutama kornea. Tujuannya untuk membasahi, kerana bahagian tersebut mudah mengalami iritasi apabila dibiarkan kering.
Namun jika anak-anak kita menggunakan gadget tanpa kawalan, mata kurang berkedip mata makan jadi kering dan penat. Lebih teruk anak-anak gosok-gosok mata boleh merosakkan tisu mata jika terlalu kerap di gosok. 
.

4) Masalah Mata Juling

Pada seminar ini, Doktor berkongsi cerita pengalaman beliau sendiri tentang seorang remaja berumur belasan tahun yang mengalami masalah mata juling. Remaja tersebut bermain game 5 jam sehari. Waktu PKP lagi lama 5 jam ke 7 jam sehari. Otot fokus mata tak terkawal, bila mata penat dan lack of stability tu punca jadi juling. 

5) Masalah Insomnia ( Susah Tidur) 

Masa pengguaan gadget atau dikenali dengan "screen time" dikaitkan dengan tidur yang kurang berkualiti . Masalahnya ialah spektrum cahaya biru seperti yang dihasilkan oleh telefon pintar boleh menyekat penciptaan melatonin dalam badan. Itu membawa kepada "menurunkan rasa mengantuk, kesukaran memulakan tidur . Maka berlaku lah masalah susah tidur pada anak-anak juga orang dewasa tidak terkecuali. 


So sekarang kita sudah pun tahu betapa bahayanya penggunaan gadget tanpa kawalan. Maka ayuh amik langkah prokatif berikut untuk sama-sama kita kawal penggunaan gadget anak-anak kesayangan kita... 

Tips Jaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gadget 


1) BEREHAT SEBENTAR 
Ibu bapa perlu tetapkan masa untuk rehat, off screen time setiap 1 jam. Tengok luar rumah atau pandangan jauh dalam masa 5 hingga 10 minit. Bagi otot mata anak-anak rehat. 

2) OUTDOOR ACTIVITY

Bagus sebenarnya bila ajak anak-anak buat activity outdoor bersama dapat kurangkan screen time dan dalam masa sama create family bonding spend quality time. Antara aktiviti luar rumah yang boleh dilakukan bersama anak-anak adalah bersukan, bersenam, bercucuk tanam dan main di taman permainan. Apa sahaja asalkan NO GADGET!  

3) KANTA KHAS 

4) Kanta Penapis Blue light 






5) REWARD 
 Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit) supaya mendengar cakap parent dan patuhi peraturan penggunaan gadget yang terkawal. ikut kreativiti parent itu sendiri. Macam huda huda limitkan penggunaan gadget dan bagi reward anak-anak dengan bawa bercuti , makan di luar dan macam-macam lagi. 



Cuba luangkan masa tengok mata anak. Kalau rasa macam nak juling tu, atau lazy eyes atau pun mata terlalu kerap berkelip tu cepat-cepat dapatkan rawatan segera. 


Nak Check Up mata anak-anak kat mana? 


Huda sangat rekemen parent semua bawa anak-anakl pergi buat pemeriksaan mata  di OPTOM Eyecare yang kini sedang menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare.

Save the date  11/12/2021
 Dr Mohd Hafidz Ithnin akan berada di Optom Eyecare Bangi Jadi ambillah kesempatan ini bawa anak-anak untuk pemeriksaan mata dan juga boleh dapat direct tips untuk jaga mata anak-anak. 


OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
IG : Optom Eyecare
FB : Optom Eyecare
Whatsapp : wasap.my/601111479093

Post a Comment

4 Comments

nanti boleh check up mata anak dekat optom.. penting ni nak tahu kesihatan tahap mata anak
Zharif Azis said…
Saya rasa zaman skrg gadget dengan budak2 mmg tak blleh nak pisahkan. Yelahh, rata2 semua pakai gadget. Jadi to be safe, mmg kena buatkan kanta mata khas utk dorg guna
Bella Jamal said…
Ye la skrg semua usia pun dok ngadap gadget kan. Ibu bapa kn pantau juga kawal ank supaya tak terus menerus tgk gadjet/tv. Boleh suggest tmpt ni utk cek mata budak.
Fiza Aizzawa said…
Thanks sharing nie Huda..