2nd December to Remember - 10th Anniversary




2nd December to Remember - 10th Anniversary | Hidup ini sebuah perjalanan, dan sesungguhnya penghujungnya adalah rahsia Allah. Syukur, saat ini perjalanan di alam perkahwinan huda dan suami sudah 10 tahun berlalu. Terasa cepat dan terlalu indah segalanya yang Allah pinjamkan sepanjang 10 tahun ni. Perkahwinan ibarat tiket huda menjadi diri yang sebenar dan bebas buat apa sahaja dalam mengatur hidup keluarga huda sendiri. Best kan kahwin dan tinggal di rumah sendiri?



Awal perkahwinan huda dan suami banyak onak duri dan ranjau perlu diredahi. Boleh dikatakan hidup 20-an huda sangat struggle. Dengan besarkan anak-anak yang kecil. Awal 5 tahun perkahwinan adalah waktu mencipta keluarga yang sangat sibuk sampai tiada masa untuk diri sendiri.

Bila sekarang usia dah masuk pertengahan 30-an huda sangat suka kehidupan sekarang. Anak-anak dah besar, rasa bebas nak ke mana sahaja bawa mereka mengembara dan meneroka.




Seronok tahun ni , tahun ke 10 perkahwinan anak anak sulung dah umur 9 tahun dan anak bongsu umur 7 tahun. Hanya fokus besarkan mereka, dan hikmah Allah uji dengan masalah kesihatan sebab nak bagi nikmat hidup yang lebih baik. Cukuplah keluarga kami, sekadar berempat…


Sempena sedekad bersama haruslah cipta memori yang akan di ingat sampai hujung nyawa..
Tiada hadiah lebih bermakna melainkan waktu yang kami luangkan bersama
 
Awal pagi, settle hantar anak-anak ke sekolah kami pergi breakfast date di Bytes Cafe di Duyong Marina Resort 



Orang Johor VS Orang Ganu punya breakfast..  Mujur order 1 cup jer cappucino , kami sharing jer. takleh amik kaffein banyak2. 

Our romantic breakfast, berlatar belakangkan jambatan ikonik Drawbridge. Mujur tau hujan, kalau tak kami dah bergambar kat luar.. 



Sempena special day,. gantung kuali lah, malas masak. hehe.. So lunch pun pergi dine in kat luar. Lepas pick up The Arifs balik school terus pergi cari makanan lunch. Try makan di restoren Nami Cafe.


Kami order nasi ayam crispy dan sambal penyet. Fuh memang padu sambal dia, 1st time tengok suami makan berpeluh lencun.. Walau pedas, rasa macam nak repeat lagi makan sini! 


Tak lengkap lah Anniversary takde kek kan? Huda sempat pergi cari kek yang cantik dan sesuai untuk hari special kami...



Lepas asar sesi potong kek anniversary yang huda beli di Ziq Bakery di Gong Badak. boleh tahan sedap kek ni, dah la cantik , murah pulak tu. Best yer dok ganu... So i never regret what ever happen in the past. Sebab ALLAH bagi better life today. Alhamdulillah.. 

Tunggu minggu depan baru kami nak berjalan Anniversary Trip dan tak lupa juga activity rare yang kami tak pernah buat iaitu join Explorace. Saja nak create memories pada bulan anniversary dan before the year end...



Post a Comment

0 Comments